TARIKH MAULIDUR RASUL 2023/1445H
Maulidur Rasul 2023 jatuh pada hari Khamis, 28 September 2023 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1445H. Hari Maulidur Rasul adalah cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.baca juga
MAULIDUR RASUL
12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik.
Lazimnya pada hari sambutan Maulidur Rasul akan ada acara perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program majlis ilmu, forum perdana dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.
TEMA MAULIDUR RASUL 2023 / 1445H
Tema sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023 adalah "Perpaduan Teras Malaysia Madani"sumber : JAKIM |
Berikut senarai tema sambutan maulidur Rasul dari 2001-2022
“Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.
Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.”
Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:
Al-Abbas bersyair:
“Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.
Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.
Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :
1. Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat.
2. Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.
Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulid Nabi tidak termasuk di dalam perkara bidaah (perkara baharu) yang menyesatkan.
Selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan menepati syariat baik daripada sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jammah..
Sumber: Bayan Linnas Siri Ke-80 : Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul.
Senarai Tema Sambutan Maulidur Rasul dari 2001-2022
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1423H / 2001 : Perpaduan Pemangkin Pemangunan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1424H / 2002 : Perpaduan Pemangkin Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1425H / 2003 : Bersama Hayati Keindahan Islam
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1426H / 2004 : Kedatangan Muhamad Rasulullah Membawa Rahmat Kepada Alam
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1427H / 2005 : Negara Maju Matlamat Kita
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1428H / 2006 : Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1429H / 2007 : Insan Cemerlang Insan Terbilang
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430H / 2008 : Insan Cemerlang Insan Terbilang
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2009 : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2010 : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2011 : Satu Malaysia Satu Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2013 : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2014 : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015 : Perpaduan Nadi Transformasi Negara
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1438H / 2016 : Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1439H / 2017 : Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 : Menyantuni Umat Membawa Rahmat
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1441H / 2019 : Negara Rahmah Ummah Sejahtera
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1442H / 2020 : Ummah Rabbani, Negara Harmoni
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H / 2021 : Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti
- Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022 : Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
LOKASI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023/ 1445H PERINGKAT KEBANGSAAN
Sambutan Maulidur Rasul 2023/ 1445H peringkat Kebangsaan pada hari Khamis, 28 September bersamaan 12 Rabiulawal akan diberitahuu kelak.Siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul 2023 akan disiarkan melalui saluran televisyen dan radio RTM.
SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata:“Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.
Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.”
Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:
Al-Abbas bersyair:
“Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.
Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.
HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
Imam al-Suyuti meriwayatkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafii. Menurut Imam al-al-Syafii berkata:Perkara-perkara baharu yang diadakan terbahagi kepada dua bentuk :
1. Perkara yang diadakan menyalahi al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulamak salaf dan ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang sesat.
2. Jika perkara yang diadakan itu ada kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada al-Quran, al-Sunnah, pandangan Ulamak Salaf Dan Ijmak, maka ia adalah bid’ah (perkara baharu) yang tidak tercela.
Oleh itu, berdasarkan pandangan ini sambutan Maulid Nabi tidak termasuk di dalam perkara bidaah (perkara baharu) yang menyesatkan.
Selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam dan menepati syariat baik daripada sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jammah..
Sumber: Bayan Linnas Siri Ke-80 : Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul.
1. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul
Bersempena sambutan Maulidur Rasul 2023/1445H, Marilah kita ambil peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Jom berselawat! Bukan hanya sempena maulidur rasul tapi jadikan amalan untuk hari-hari biasa juga.
No comments
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.