Tracie Juara Dewi Remaja 2022 dan Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022

Tracie Sinidol, 21 tahun Dewi Remaja 2022 Sabah yang memiliki wajah seiras pelakon Mira Filzah dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022 dalam pentas akhir pencarian dewi remaja 2022 yang bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 3 September 2022.

dewi remaja 2022

Dewi Remaja 2022 telah berlangsung selama 8 minggu mula bersiaran sejak 16 Julai 2022 setiap Sabtu menerusi saluran 104 Astro Ria dan Astro Go.

Rancangan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro dihoskan oleh pelakon lelaki, Fikry Ibrahim dan selaku juri tetap pula, finalis Dewi Remaja 1994/1995 iaitu Rozita Che Wan.

Peserta akhir malam kemuncak Dewi Remaja 2022 diadili oleh tiga juri profesional iatiu Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias dan Izara Aishah. Pertandingan akhir turut diserikan dengan persembahan daripada barisan artis popular iaitu Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.

Senarai pemenang Dewi Remaja 2022

Juara Dewi Remaja 2022

Sumandak Sabah, Tracie memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta trofi juara Dewi Remaja 2022. Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja edisi 2019, Shaza Bae yang memakaikan Tracie mahkota kemenangan dan selempang juara.

juara dewi remaja 2022

Biodata Tracie Sinidol

Nama : Tracie Sinidol
Umur : 21 tahun
Tarikh lahir : 24 September 2001
Asal : Sabah
Tinggi : 159 cm
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kemenangan Tracie mengenepikan tiga lagi top 4 finalis dewi remaja 2022 yang menjadi peserta terakhir iaitu Nur Alyssa Ahmad Azim (Alyssa), Kimberly Chuah (Kimberly) dan Siti Nur Aishah Bee Md Nor (Bee Aishah).

Naib Juara Dewi Remaja 2022

Siti Nur Aishah Bee Md Nor, Bee Aishah mendapat tempat kedua dengan membawa hadiah wang tunai bernilai RM7,000 berserta trofi.

Tempat Ketiga Dewi Remaja 2022

Manakala tempat ketiga dimenangi Kimberly Chuah (Kimberly) dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 dan trofi.

Tempat Keempat Dewi Remaja 2022

Nur Alyssa Ahmad Azim, Alyssa pula berpuas hati di tempat keempat dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.

Kategori Khas Dewi Remaja 2022

Anugerah Dewi Active Kinohimitsu : Alyssa
Dewei Favourite (undian dalam talian) : Tracie
Dewi Inspirasi : Keeran

Finalis Dewi Remaja 2022

  1. Auni
  2. Alyssa
  3. Bee
  4. Dina
  5. Hyeley
  6. Janny
  7. Kimberly
  8. Rasyiqah
  9. Tracie
  10. Zafira

Senarai Peserta Dewi remaja

  1. Auni
  2. Fifi
  3. Keeran
  4. Reezlyn
  5. Dina
  6. Melissa
  7. Hyeley
  8. Malle
  9. Bee Aishah
  10. Zafira
  11. Eiman
  12. Kimberly
  13. Alyssa
  14. Tracie
  15. Rasyiqah
  16. Janani
sumber : kosmo | remaja 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.