Header Ads


Akhirnya Sampai Juga Di Cameron Highlands Flora Park

Cameron Highlands Flora Park, tempat terpaling nak pergi. Sebelum ni mampu update je tentang Cameron Highlands Flora Park. Akhirnya impian ditepati juga dapat jejak di Cameron Highlands Flora Park! 

Tengok gambar mereka yang pernah datang semua cantik-cantik. Adakah indah khabar dari rupa. Nak juga tengok in realiti macamana. Lepas singgah Cameron Lavender Garden, kami turun bawah lagi ke Cameron Flora Park.

Sebelum pergi dah suurvey dulu Cameron Flora Park :

  • flora park cameron highlands location
  • flora park cameron highlands ticket price
  • flora park cameron highlands opening hours

Flora Park Cameron Highlands location

Cameron Highlands Flora Park Lokasinya di Brinchang dan agak ke dalam sikit. Kami guna waze je senang. 

Flora Park Cameron Highlands ticket price 2022

Tiket masuk RM50. Mahal betul! Dah tahu mahal tetap juga nak pergi. Bila lagi kan? Bukan selalu dapat naik Cameron Highlands. Setahun sekali pun belum tentu. Rugi pulak rasa kalau tak singgah. Flora Park Cameron Highlands ni tempat cantik.

Selain jalan-jalan bergambar, boleh juga berkelah dalam Cameron Flora Park ni.

Harga pakej piknik di Cameron Flora Park

Family Garden RM 238
2 tetamu, maksima 6
tambahan tetamu : RM 80/dewasa | RM 40/kanak-kanak

Sweet & Simple RM288
2 tetamu, maksima 6
tambahan tetamu : RM 100/ tetamu

Dream Deluxe RM488
4 tetamu, maksima 4

untuk maklumat lanjut : instagram Cameron Highland Flora Park

Parkir juga berbayar ye. Boleh gunakan kad touch n go atau IC(ada touch n go). In case guna IC tak boleh atau baki kad tak cukup, tap debit kad banyak kali sampai boleh. Ini dari pengalaman kami ada problem IC touch n go buat hal.

Flora Park Cameron Highlands opening hours

Jumaat, Sabtu, Ahad : 9:30 pagi - 7:00 petang
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis : 9:30 pagi - 6:30 petang

Slot masa piknik

2 slot masa. Setiap slot 2 jam.
Slot pertama : 10 pagi - 12 tengah hari
Slot kedua : 3 petang - 5 petang

Hati berbunga bunga dapat jejak Flora Park seiring dengan tempatnya yang banyak bunga. Kawasan parkir luas. Rasanya kalau weekend atau cuti umum mesti penuh ni. Turun kereta terus pergi tempat menunggu.

Ingatkan kat sini beli tiket. Rupanya tempat menunggu transport ke Flora Park. Kena naik Four-wheel drive (4WD).

Flora Park Cameron Highlands

Masa kami sampai, kebetulan ada 4WD yang nak gerak dan ada lebih kurang 4 orang macam tu. Sekali jalanlah. 4WD boleh muat lebih kurang 10 orang. Agak mencabar naik bersama orang lain sebab tak ada pemegang nak dipegang.

Bila lalu laluan berbukit tu rasa macam tak stabil je. Risau tercuit orang sebelah. Kalau sama jantina takpe lagi.

Flora Park Cameron Highlands

Lebih kurang 10 minit macam tu sampailah ke Flora Park sebenar. Mungkin sebab kat atas ni tak ada kawasan parkir yang luas dan jalan tak berapa nak elok. Sebab tu kena sediakan kenderaan. Kalau naik kenderaan sendiri jahanamlah kereta nanti.

Flora Park Cameron Highlands

Lega bila dah sampai. Lepas dah lalu laluan bunga pink kiri kanan tu terus ke entrance Flora Park. Kat sini baru lah beli tiket. Selepas beli tiket, pekerja Flora Park akan guide dan bagi pamplet. Dia cadangkan pergi outdoor dulu baru indoor.

Flora Park Cameron Highlands

Kami pun ikutlah cadangan tu layan taman bunga outdoor dulu. Excited nak tengok keindahan Cameron Flora Park. Sekali dah nampak Flora Park outdoor tu, mak haiihhhh..jenuh nak naik tangga oiii.

Flora Park Cameron Highlands

Tangga dia sangat menarik macam great wall tapi versi tangga dan dinding yang unik. Biar betul nak kena naik tangga sampai atas! Nak tak nak kena naik jugalah. Rugi tiket mahal kalau tak beria enjoy dalam Cameron Flora Park ni.

Kalau sakit kaki, sakit lutut sila kecewa awal. Jangan nanti dah menyesal pula bayar tiket mahal tapi tak mampu nak naik tangga sampai atas. Kami naik pun kejap kejap berhenti ambil gambar. Mana boleh jalan terus tak berhenti.

Dahlah tak workout tiba tiba kena naik tangga sebegini banyak. Risau jadi kaki sotong je nanti. Lagipun berhenti tu ambil gambar sana sikit sini sikit. Kurang sikitlah rasa stress nak sampai atas tu. Macam hiking jugalah. Cuma hiking tu lagi mencabar. 

Flora Park Cameron Highlands

Tengok Cameron Flora Park cantik, terus lupa kepenatan. Bahagian tepi tu banyak pokok bunga hydragea (bunga Zaleha@ Siti Zubaidah). Geram je tengok sekuntum besar besar macam tu.

Flora Park Cameron Highlands

Dalam pamplet yang diberikan ada tunjuk photobooth point. Ini photobooth point 1, berhenti bergambar kejap. Macam biasa kena tunggu giliran lah nak bergambar.

Flora Park Cameron Highlands

Sementara menunggu giliran tu, bolehlah rehat-rehat bergambar kat sini. Bila dah sampai sini, kiranya dah separuh perjalananlah untuk sampai ke atas. Nasib baik Cameron Highlands cuaca dia sejuk sikit. Kalau tidak, berkicap juga ni. 

Nak kata sejuk sangat tu taklah. Tetap rasa panas juga. Lagipun badan tengah bakar lemak kan. Haruslah terasa panas sikit. Inilah akibatnya terlebih sayang lemak.

Flora Park Cameron Highlands

Cantik permandangan Cameron Flora Park dari atas ni. Macam ni taklah rasa gayat sangat.

Flora Park Cameron Highlands

Cantiknya lah bila bunga-bunga banyak macam ni. Bunga kekwa tak silap.

Flora Park Cameron Highlands

Akhirnya sampai juga kat atas. Wow! Rupanya dah berjaya naik 251 anak tangga. Haa tepuk!

Flora Park Cameron Highlands

Dah penat naik tangga, boleh berehat sakan kat atas ni. Ada cafe dan photobooth point yang lain. Kami menikmati permandangan dari atas dan menunggu giliran untuk bergambar. Sambil tu rehat kejap.

Flora Park Cameron Highlands

Nak ke tempat ni, kena lalu laluan jalan yang jarang-jarang tu boleh nampak bawah. Gap antara grill boleh tahan besar juga. Risauuuu..Tiba-tiba rasa gayat dapat tengok bawah. 

Flora Park Cameron Highlands

Terpaling gayat nak bergambar kat infinity stairs ni. Tak mampu weh nak habiskan langkah naik sampai atas. Cukup separuh jalan je. Photobooth point terpaling popular dan terpaling tinggi.

Flora Park Cameron Highlands

Kat sini pun sama tinggi juga. Macam sarang burung gitu rupa paras dia. Masa jalan kat sini pun rasa bergoyang. Ke perasaan sendiri tak tahu lah. Kalau dah takut, dalam kepala tu dah fikir macam-macam. Cukup bergambar kejap je.

Lutut goyang. hahaha..apesal penakut dan gayat sangat entah. Dulu hiking sampai puncak tak lah rasa segayat ini.

Flora Park Cameron Highlands

Dekat tangga putih ni tempat wajib bergambar. Iconic Flora Park lah juga. Kena ambil dari angle yang cantik. Ini asal boleh je. Ini penghujung perjalanan outdoor kami lah. Dia dekat bawah tengah tengah Flora Park. Dah turun bawah baru pergi sini.

Flora Park Cameron Highlands

Patutlah dia cadangkan jalan-jalan outdoor dulu, rupanya kena naik tangga dan explore sepuas-puasnya baru layan taman bunga indoor. Lepas tu kami layan premandangan bunga-bunga indoor pula. Ada banyak jenis-jenis bunga. Banyak yang unik dan tak pernah tengok.

Almaklumlah, bunga di Cameron Highlands ni bunga kayangan, nak duduk tempat sejuk je baru hidup elok. Bawa balik turun bawah jadi puteri lilin.

Flora Park Cameron Highlands

Salah satu spot bergambar yang wajib ambil. Dah tak tahu nak posing macamana dah. Penat berjalan tu takleh nak let go sangat. Dah penat, mood bergambar pun lari.

Flora Park Cameron Highlands

Bunga matahari mexico kalau tak silaplah. Ke pokok bunga lain. Ada siapa tahu?

Flora Park Cameron Highlands

Dah keletihan, jomlah kita balik. Sementara menunggu 4WD pick up, bolehlah bergambar selagi handphone bernyawa.

Flora Park Cameron Highlands

Berbaloi tak masuk sini? Berbaloi kalau jenis suka bergambar dan explore habis-habisan dengan tiket RM50 tu. Kalau tak cukup kuat nak naik tangga sampai atas atau kurang sihat, disarankan jangan masuk. Rugi kalau tengok dari bawah je.

Harga tiket setandinglah dengan apa yang ditawarkan. Dengan kenderaan 4WD lagi. Kira okay lagilah tu. Dalam Cameron Flora Park ni ada juga cafe. Bolehkan makan dan minum. Layan kopi ke, aiskrim ke.

16 comments:

  1. 🥰🥰bestttnya. Teruja tgk bunga bunga cantikkknya. pelbagai jenis. Warna.warni
    bila la nk dpt ke sini jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best datang sini Kak Nur. Bunga semua cantik cantik, lagi² banyak dan rimbun. Semoga ada rezeki Kak Nur juga dapat jejak sini.

      Delete
  2. Memang berbaloi bayar RM50 tu, Fiza. Kenderaan naik pun disediakan. Kita ni, bilalah nak sampai agaknya. Nak kena kumpul duit dr skrg agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kira berbaloi jugalah. Tu lah, kat sini semua harga tiket dah naik dan semuanya serba berbayar. huhu...

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat indah tengok bunga-bunga dan permandangan kat sini. Suka tengok jugak :)

      Delete
  4. Alahaiiii....bestnya la Fiza dah sampai sini....nak pi jugak..tp tengok tangga tu...aduhaiiiii......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu memang best kak. Itulah tu, tak sangka pulak kena naik tangga setinggi tu. Tapi itulah, dah sampai terpaksa gigih jugak naik.

      Delete
  5. semput tak fiza, naik smpai atas tu hahaaa ^_^ shida pun tak pernah smpai sini byk perubahan dah cm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan mengah jugak Shida. Kalau fit okay je naik tangga sampai atas. Flora park ni macam baru lagi setahun dua macam tu kot. Kena datang sini Shida :)

      Delete
  6. Cantiknya gambar-gambar Fizah. Kaki OOTD memang suka la tempat gini. Harga mahal tu redha la, nak mantain tempat ni pun mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal. Kalau kaki OOTD dengan photographer hebat bergabung jadi cantik. Kita ni bergambar asal boleh je Sal. Itulah tu, faham dia punya fee tu mahal sebab apa. Cuma rugi kalau tiket mahal tak explore habis-habisan sebab tempat ni terlalu cantik :)

      Delete
  7. ha tmpat ni yg viral org piknik tu kan... aritu igt nak singgah, konon nak piknik la juga sekali tutup daaaa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dulu masa buka memang viral Flora Park ni. Slot piknik dia tak banyak dalam sehari tu. Kena check masa dan booking siap².

      Delete
  8. cantikkkk...infinity stairs to mcm berjalan ke awan...mmg puas photoshoot di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat ambil gambar dari angle yang cantik mesti nampak lagi menarik. Saya tak berani sampai atas. hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.