Gadgets

Siaran Langsung Kawasaki Frontale vs JDT Live Streaming ACL 2023

Kawasaki Frontale vs JDT

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT akan berdepan dengan kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024 bagi aksi kelima peringkat kumpulan I.

Skuad Harimau Selatan, JDT akan berkunjung ke Stadium Kawasaki Todoroki menentang pasukan tuan rumah Kawasaki Frontale yang merupakan juara empat kali Liga Jepun dalam misi untuk mara ke pusingan kalah mati.

Selepas empat perlawanan berlangsung, misi JDT hadir ke Kanagawa untuk mengutip 3 mata berharga di gelanggang lawan selepas cemerlang mencatatkan 2 kemenangan berturut-turut mengatasi pasukan BG Pathum dan Ulsan Hyundai dalam kumpulan I.

Pada pertemuan pertama pembuka tirai saingan Piala ACL 2023 kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 19 September 2023 yang lalu, Kawasaki Frontale berjaya membenam JDT dengan jaringan tunggal oleh Marcinho pada minit 45.

baca juga

Pengendali pasukan JDT, Esteban Solari mengatakan aksi menentang Kawasaki Frontale ini ibarat seperti perlawanan final bagi JDT dan beliau mahu semua pemain menumpukan sepenuh fokus supaya dapat layak ke peringkat seterusnya.

Beberapa kelemahan pasukan JDT perlu diperbaiki khususnya dalam 'set-piece' sebelum bertemu kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

Selepas empat perlawanan berlangsung dalam kumpulan I, pasukan Kawasaki Frontale di kedudukan selamat. Manakala pasukan JDT dan Ulsan Hyundai perlu merebut kedudukan naib juara dengan syarat tidak boleh kalah dalam 2 perlawanan terakhir. 

Pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT kena menang atau seri manakala Kawasaki frontale hanya memerlukan seri sudah cukup untuk melayakkan ke pusingan 16 terbaik .

Siaran Langsung Kawasaki Frontale vs JDT Live Streaming Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024

Perlawanan antara pasukan Kawasaki Frontale vs JDT akan berlangsung pada 28 November 2023, hari Selasa jam 6:00 petang (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Kawasaki Todoroki, Jepun.

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara Kawasaki Frontale vs JDT secara lansung menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan di platform penstriman Sooka. 

Tempat : Stadium Kawasaki Todoroki, Jepun
Waktu siaran : Selasa, 28 November 2023, jam 6:00 petang
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)
Live streaming : Astro Go, Sooka

Pra-rancangan perlawanan akan bermula pada jam 5:30 petang

Keputusan masa penuh/live score results

Keputusan perlawanan antara Kawasaki Frontale vs JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/2024 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KAWASAKI FRONTALE/ KWF (5) - (0) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT 
A. Ienaga 8'
Leandro Damião 50'
 Marcinho 60'
 Y. Kobayashi 69'
 M. Yamane 88'

Semoga JDT dapat mencatat satu lagi keputusan positif berhadapan dengan pasukan Kawasaki Frontale di Stadium Kawasaki Todoroki pada 28 November 2023, hari selasa jam 6:00 petang (waktu Malaysia).


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.