Agak panas dan kejap kejap rasa redup sikit hari ni. Petang petang ni mulalah mata mengantok. Ini kalau disorongkan bantal, mahu terlelap sejam dua. Tapi dalam otak ni fikir banyak benda kena buat lagi oiii, jangan mengada-ngada nak terlelap.
Tekak rasa kering, macam nak sesuatu yang manis bersemut. Tapi tak nak manis potong kaki. Yang sedang-sedang saja sudah.
Dapat minum air yang sejukkan tekak pun sedap juga. Husband belikan air matcha honey dan mango pop dari Tea Hunter. Last beli bulan lepas. Kiranya bulan ni tak beli lagi lah. Ada gap panjang tu maksudnya bukan lah selalu membeli.
Matcha Honey
Pertama kali mencuba minuman matcha/green tea/teh hijau yang dicampurkan dengan manisan honey/madu. Sumpah sedap air matcha honey ni sebab dia tak manis gila. Rasa lemak susu pun tak terlalu kuat. Pendek kata, just nice rasa dia. Sedap! Cukup dah menggambarkan kesedapan air matcha honey ni.
Matcha honey ni ada tambah boba.
Matcha honey ni ada tambah boba.
Mango Pop/Mangga Pop
Kalau balik segamat saya akan beli air mango shake kat tempat favourite. Disebabkan lama tak balik, terubat rindu dengan air kat segamat tu. Mujurlah dapat rasa air mango pop yang sedap juga ni.
Paling suka minuman yang ada pop. Dia macam boba tapi lutsinar dan meletup bila digigit. Sebab tu dipanggil mango pop. Better than boba sebab boba tu kenyal susah nak gigit habis.
Tengok air sejuk, teringin minum air kelapa pandan kat kampung. Air kelapa campur gula melaka. Sedap oii!
Lamanya tak minum mango shake, nanti boleh try mango pop ni :D
ReplyDeleteMango pop tu, nampak menarik. Lama akak tak minum minuman macam ni. Akak nak kurang minum air manis dan sejuk. Cuma kadang, teringin juga. :)
ReplyDeletekat sana ada tea hunter,,
ReplyDeletekat sini ada tiger hehhe...
wahh sedapp manis2 potong kaki nih.. huhuhu
ReplyDeletenampak sedapnya
ReplyDeletemacam sedap jeeeeee! suka jugak boba jenis letup2 tu..
ReplyDeleteSedapnya dapat minum sejuk begini di kala cuaca panas terik.
ReplyDeleteWarna pun cantik. Teringin pula hendak cuba matcha honey apabila Fiza terangkan rasa.
ReplyDeleteduduk rumah memanjang je minum air kosong tapi kalau keluar mesti nak beli air yg manis2 gini. maybe faktor cuaca juga..haha
ReplyDeleteOhhh.. ada ek boba gituh.. Ok Noted.. remark dulu.. Nanti nak try.. Hahhahaha.. Cari memana air ada boba poppppp
ReplyDeletemango pop jadi plhan sbb i dont like matcha ahah
ReplyDeleteAir macam ni memang selalu sedap. Nyummms tambah-tambah lagi masa cuaca panas.
ReplyDelete