Sarang Burung Di Celah Daun kari

Bila tak ada idea, mulalah membelek handphone kot ada gambar yang boleh dijadikan modal untuk entry blog. Haaa..ada pun! Edit sikit bagi helok...Ini dia hasilnya gambar sarang burung di celah daun kari.

sarang burung di celah daun kari

Tak tahu lah jenis sarang burung apa. Haritu masa balik kampung, husband pangkas pokok limau. Ada pulak terselit sarang burung. 

Nampak macam comel je sarang burung ni. Ting! Idea pun muncul. Buat props gambar letak telur burung puyuh pun cantik jugak ni kan.

Sebelum tu, letak sarang burung kat celahan daun kari ni nak ambil gambar. Cantik pulak terletak kat situ. 

Sumpah kagum dengan kesenian burung buat sarang tempat perlindungan mereka. Berseni dan kukuh. Pernah tengok burung buat sarang. Ambil masa lama. Itu belum kira penat ulang alik bawa lalang dan ranting kering tu.

Luaran sarang burung pula ada daun kering, kelopak bunga dan sampah-sampah.

Sarang burung tempua lagi cantik, dia macam tergantung. Kalau dapat tu memang cantik sangat buat props gambar atau hiasan.

18 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Owh.. ingatkan burung tu buat sarang kat daun Kari...rare betul hehe

    ReplyDelete
  2. elok terletak je sarang burung tu, agaknya pemiliknya pun comel juga macam sarang tu.

    ReplyDelete
  3. Sempat dia menyelit buat sarang kat situ ye hahaha

    ReplyDelete
  4. Cantik gambar Fiza ni. Sarang burunglah antara benda berseni yang akak kagum dari dulu sampai sekarang. Tak terjangkau dek akal bila fikir burung yang jalin sarang seindah itu.

    ReplyDelete
  5. Dulu² masa kecik pantang nampak sarang burung atas pokok. Gatal je tangan nak panjat pokok dan lihat isi kandungan dalam sarang burung tu. Ada sekali tu, angkat sarang burung lalu semut² dalam sarang jatuh masuk mata. Dia punya pedih, tuhan saja yang tahu..

    ReplyDelete
  6. Haah kukuh sarang burung, letak telur tidak jatuh.
    Kagum Fiza ambil gambar cantik.

    ReplyDelete
  7. Bila balik kampung kak PC suka cari sarang burung kat celah pokok bunga.

    ReplyDelete
  8. Cantik! Mungkin sarang burung puyuh tu.

    ReplyDelete
  9. betul2 bila xde idea, mula belek gmbr dalam phone..
    tp bila xde gmbr yg menarik..
    ha time ni mmg kosong je la entry berhari2 hehhee

    ReplyDelete
  10. Burung akan buat sarang setiap kali nak bertelur.
    Dia tak akan gunakan sarang yang lama.

    ReplyDelete
  11. nice pic fiza, tak pernah buat saya teruja tgk pic2 fiza

    ReplyDelete
  12. Alahai comel betul. Gambar Kak Fiza semua lawa2..

    ReplyDelete
  13. astaga..ku ingatkan burung memang bersarang dekat pokok daun kari tu..heran jugak dibuatnya..hahahahha! pandai fiza!

    ReplyDelete
  14. sama! atie pun kalau tgk sarang burung terpegun dgn kesenian diorg

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال