Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 12

Rai bertegas mahu tolong Ezlan tapi Pian juga berkeras tak benarkan Rai ke rumah Laila lagi. Rai ingin dapatkan Ezlan semula. Rose terdengar perbualan mereka berdua dan mengadu pada suaminya Naim. Naim hanya mengendahkan dan berpesan supaya tidak masuk campur urusan rumahtangga orang lain.

Sedang Rai sembahyang, bangkai ayam dipenuhi darah tiba-tiba jatuh depannya. Rai menjerit memanggil Pian. Pian dari tingkat bawah berlari masuk ke bilik. Naim dan Rose juga turut ke bilik Rai. Tapi bila mereka semua sampai di bilik Rai, satu titis darah pun tak ada. Bangkai ayam lagilah tak ada.

Rose memerli Rai dan berkata, dah lah menumpang di rumah orang. Buat bising pulak. Rupanya masa tu, Laila sedang melakukan pemujaan di bilik rumahnnya.

Esoknya Ezlan ingin membenarkan anak-anaknya Rais dan Ain berjumpa dengan Rai. Tapi Laila tak izinkan. Pelik. Laila hanya mahukan Ezlan dan bukannya anak-anak Ezlan tapi dia tak benarkan pula. Ezlan akan melupakan Rai sekiranya Laila lebih baik dari Rai.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 12


Rai memasak kat dapur sebab Naim teringin makan masakan kampung. Habis bersepah dapur Rose. Rose bising-bising dengan Naim. Naim menasihatkan Rose dan marahkan Rose yang tak suka dengan keluarga Naim dan tak hormat orang lain.

Rose bengang dan berjumpa dengan Laila. Laila berjumpa Cik Embun untuk membuatkan Naim mengikut cakap Rose. Malam tu, sedang Naim tidur lena Rose calitkan minyak pengasih.

Cik Embun bawa Laila ke rumah seorang bomoh handal untuk membuatkan Ezlan terus bersama Laila. Laila sanggup terima apa juga akibatnya.

Ezlan memohon simpati Laila untuk membenarkan anak-anaknya berjumpa Rai. Laila tak izinkan juga. Laila masakan sesuatu untuk Ezlan. Masakan tersebut telah dimasukkan 'sesuatu'. Selepas Laila suapkan Ezlan, Ezlan mengikut sahaja apa kata Laila.

Maisarah ambil keputusan untuk berjumpa dengan Laila. Dia taknak Laila terus menggangu mereka. Tapi sebaliknya Laila mengugut Maisarah yang dia boleh buat apa saja dan dia tahu Maisarah sedang mengandung.

Hadi memarahi Maisarah kerana berjumpa dengan Laila. Hadi tahu Maisarah dalam bahaya. Esoknya Maisarah berjumpa dengan Naim untuk meminta tolong kerana Hadi dah jadi macam orang lain selepas berkahwin. Laila menghantar makhluk ke rumah mereka dan kerap menganggu. 

Rai pun kerap diganggu. Pian merancang untuk membuat sesuatu supaya Rai tidak diganggu lagi. 

Ain terkurung di dalam bilik pemujaan Laila, Rais selamatkan adiknya. Belum sempat mereka keluar rumah, Laila muncul depan mereka dengan sebatang rotan.

Bersambung...

11 comments:

  1. Tak tengok pun , tapi bila baca review by episode ni rasa cam nak tgk pulak. hehe

    ReplyDelete
  2. byk lagi ke eps cite ni?
    seram nak tengok hehehe...

    ReplyDelete
  3. Huish cerita ni memang penuh pemujaan nyaaaaaa!

    ReplyDelete
  4. hmmm seriau bila fikirkan dalam dunia serba moden sekarang, benda khurafat macam ni still ada..

    ReplyDelete
  5. Habis semua hendak diguna-gunakan.

    ReplyDelete
  6. Seram dan sedih... Sobbsss... semalam tak tengok.. sebab mengantuk sgt.. pukul 10 dah bammm terusss

    ReplyDelete
  7. Setiap episod mesti seram. Kena tunggu habis pantang baru boleh marathon hehe

    ReplyDelete
  8. Watak Laila nampak hidup, jahat dan garang.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.