Header Ads

Gurindam Jiwa Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Muzik video rasmi Gurindam Jiwa Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini dah keluar di Youtube 5 March 2021. Lagu Gurindam Jiwa, single ke 5 dalam album 'BELAGU' Dayang Nurfaizah yang menampilkan lagu lama dengan nafas baru.

Gurindam Jiwa Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
tangkap layar muzik video




Penyanyi asal gurindam jiwa adalah Almarhum Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama  R. Ismail. Nordin Ahmad pengganti kepada lagu gurindam jiwa ini kerana suaranya seakan akan sama.

Selain tu, lagu gurindam jiwa juga pernah dipopularkan oleh zaleha hamid duet bersama Abdullah Chik. Dalam mencari maklumat tentang lagu gurindam jiwa ni baru saya tahu ada filem gurindam jiwa rupanya.

Filem Gurindam Jiwa

Diterbitkan pada tahun 1965 di Singapura oleh Cathay Keris Studio Siglap Singapura. Masa tu masih lagi gambar dalam hitam putih. Filem Gurindam Jiwa diarahkan oleh M. Amin dibintangi oleh Nordin Ahmad, Latifah Omar, Rose Yatimah, Malek Selamat dan ramai lagi.

Lirik Lagu Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( chorus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


9 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.