Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode Akhir

Laila berjumpa dengan Cik Embun. Cik Embun bertanyakan pada Laila, " siapa yang kau paling benci?, si suami atau isteri?". Di kampung, Ezlan teruk dirasuk hantu malam tu.

Esoknya Ezlan meminta Pian untuk ceraikan Rai. Mak Lang pun menjelaskan dia yang merancang perkahwinan Rai dengan Pian.

Laila balik ke kampung dan mencari gambar Rai di rumahnya. Cik Embun baca jampi dan cucuk gambar Rai dengan kerambit. Rai waktu itu sedang tidur rasa serba tak kena.

tonton Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode Akhir


Ezlan berjumpa dengan ayah Maryam yang merupakan seorang ustaz di surau. Ezlan dah pulih dari buatan Laila. Dalam perjalanan pulang, Ezlan lalu di rumah Laila.

Dia terhenti di situ. Laila ketika tu ada dalam rumahnya. Ezlan berlalu pergi. 

Malamnya sedang Rai tengah tidur, sesuatu jatuh dibadannya. Bila dia buka mata, ada lembaga hitam betul betul berada di depan mata dia. Rai menjerit sekuat hati. Dia terjaga dari mimpinya. Mimpi rupanya!

Laila datang bertemu dengan Ezlan di alam ghaib. Dia memberitahu Ezlan bahawa dia mengandung. Ezlan tersedar yang Laila tiada depan matanya.

Cik Embun suruh Laila gugurkan kandungan. Tapi Laila tak nak. Itu adalah anak dia Dan Ezlan. Tanda cinta dia dengan Ezlan. Tu bukan Ezlan! Itu cinta kau dengan Syaitan, kata Cik Embun.

Laila menangis selepas Cik Embun memberi kata dua. Samada dia nak bayi tu atau Ezlan.

Sedang Mak Lang sedang mengaji. Tuk! Tuk! Tuk! Bunyi ketukan pintu rumah. Mak lang menyuruh Rai membuka pintu dan melihat siapa yang datang.

Rai membuka pintu dan datang satu angin yang kuat. Rai dirasuk! Mata Rai terus jadi merah menyala. Mak Lang pelik Rai tak muncul muncul selepas membuka pintu.

Mak Lang ke pintu depan dan dia terkejut Rai bercakung di beranda. Aku nak Ezlan!!! Rai yang dirasuk terus terjun dari beranda dan lari. Mak Lang memanggil Pian dan mencari Rai.

Ezlan datang membantu mencari Rai. Rai mencekik Ezlan dan Pian. Masa ni Cik Embun tengah membuat jampi serapah. Pian baca ayatul kursi dan jampi Cik Embun tak menjadi.

Lalu Cik Embun kuatkan jampi dia dengan mencucuk patung. Lalu Rai mencucuk Pian dengan kayu dan Pian meninggal dunia.

Mak Su tidak dapat terima kenyataan Pian dah tak ada. Maryam juga turut bersedih atas pemergiaan Pian. Rai dan Ezlan kembali hidup bersama.

Cik Embun paksa Laila gugurkan kandungan dengan menggunakan daun tajam. Dalam kesakitan Laila cucuk sendiri dan gugurkan kandungannya.

Dalam kesakitan, Laila duduk di bilik. Tiba tiba Laila rasa lemah longlai. Laila juga meninggal dunia.

Mak Wan dan Pak Darus pergi meninggalkan rumah Laila walaupun berat rasa hati kerana dah bekerja lama di situ. Tapi hantu belaan Laila masih lagi tinggal di rumah itu.

Cik Embun pergi ke kubur Laila dan menggali kubur Laila untuk buatkan Laila hidup kembali. Hantu Laila datang ke rumah Ezlan dengan membawa bayinya.

Sampai di pintu, hantu Laila menoleh dan mengilai. Hee heee heee

TAMAT

Apoo ending macam tu? Cannot lah! Kenapa Pian mesti mati. Patut Pian dengan Rai. Ending yang buat netizen marah. Macam bakal ada Aku Yang Kau Gelar Isteri 2 je ni. Ke?

11 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Tak tengok sangat... seperti biasa berebut siaran dengan anak jer

    ReplyDelete
  2. nampak menarik belum berkesempatan layan drama ni

    ReplyDelete
  3. Haha.. mungkin ada lagi sambungan.. hehe

    ReplyDelete
  4. Tuhla tu... sian Pian.. dahla handsome.. Bahahahaha

    ReplyDelete
  5. woii apa ni ending macam tu!! hahahahha..adehhh..hari tu kat hotel, boleh sis lin layan cite ni kul 12 malam kat sebelah akak..hadoii..hahahah

    ReplyDelete
  6. Aduhai..jiwa kacau tgk ending begini..hahahaa..why pian? kpe bkn ezlan!
    Mugkin dlm AYKGI 2 nanti ezlan mesti kena teruk..sbb cik embun nk bls dendam utk laila..

    ReplyDelete
  7. Mama Eza suka sangat drama ni. Haha best dia kata, sanggup tunggu nak tengok.

    ReplyDelete
  8. Atau sahaja buat penamatan begitu buat penonton sakit hati.

    ReplyDelete
  9. seriously fiza. aida x suka ending nyer bila pian mati.
    ntah nape feeling aida time tgk citer ni, surely ending rai & pian.
    tapi... !!!! sgt tak suka ezlan. dari awal dia la punca segala antu & ilmu itam.
    if dia betul hatinya, semua org tak derita.

    (wow! emosi sgt dah aku ni! ha ha ha ha)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال