Laksa Johor Selera Johor

Pernah tak rasa macam tak ada selera makan tapi nak makan something. Dalam masa yang sama tak tahu nak makan 'something' tu apa. Sumpah lah rasa dah dah tak tahu nak makan apa. Rasa macam nak makan yang orang lain masak. Tak nak diri sendiri masak. Jemu kot!

Parah betul! Ke sebab lama terjeruk dalam rumah, rindu dengan segala-galanya. Dok scroll foodpanda pun rasa macam tak ada feel nak makan. Bila husband kata makan nasi ayam, okay kita pun ON je order nasi ayam.

Order kat kedai Selera Johor lah. Seebelum ni pernah order nasi ayam bowling Selera Johor dan mee bandung. Kali ni order nasi ayam bowling dengan laksa Johor pulak. Ye, memang kena dengan selera dengan tekak orang 01 dan 05. 

Ape benda lah viral pasal kod kenegeriaan sehari dua ni. Macam macam eh. Nasi ayam bowling dah selamat masuk perut. Alhamdulillah, habis licin makan tanpa membazir. Maksudnya sedap dan menepati citarasa lah. Kita ambil gambar laksa Johor je lah yang sempat.

Laksa Johor Selera Johor

Laksa Johor Selera Johor

Packaging dia bagus, asingkan bahan-bahan dengan lapisan plastik untuk elakkan cepat basi kalau bercampur. Sambal-sambal nasi ayam pun elok je seal. Tak ada pertumpahan kuah. Selamat sampai ditangan dengan keadaan baik.

Laksa Johor Selera Johor

Dari segi rasa, nanti baru cerita sebab tak makan lagi. Simpan untuk makan petang nanti. Lepas tu baru update. Harap kenalah dengan citarasa. Kemurungan betul bila deal dengan keadaan yang macam ni. 

-Selepas mencuba
Beli pukul 1petang macam tu, makan pukul 8malam. Laksa masih okay tak basi sebab dia dah asingkan taugeh, timun, bawang dengan spaghetti tu. Taugeh pun tak basah dan masih rangup macam taugeh segar lagi.

Kuah dia pekat dan sedap. Sambal belacan pun tak ada bauan belacan yang kuat. Macam tak ada bauan belacan pun ye. Memang sedap lah cerita dia. Kena dengan selera saya.



12 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Rindunya nak makan Laksa Johor yang sedap.
    Lagi pulak memang dah berbulan tak dapat balik Johor.

    ReplyDelete
  2. Favourite jugak! Kemas betul packaging dia, malam pun elok lagi. bagus betul

    ReplyDelete
  3. Tekak wak pun berkenan dengan laksa JDT ni

    ReplyDelete
  4. Whoaaa. kalau sedap, boleh beli lg nih.. hehe

    ReplyDelete
  5. Bagus penjual itu fikir teliti cara pembungkusan.
    Nasib baik sedap.

    ReplyDelete
  6. bagus peniaga nie... asingkan sayur. senang makan bila2 masa.

    ReplyDelete
  7. ooo tadi ada update pasal bihun goreng orang sarawak masak..patut akak guna ayat orang IC kod K..baru la menarik..hahahha

    ReplyDelete
  8. sungguh bila pekena di perak..terkenang2 fiza ooi ^_^

    lama dah shida nk rasa ni..xdpt lg hehee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya laksa johor.. susah nak jumpa kat sini..

    ReplyDelete
  10. Betullah apa Fiza kata, Kak Amie pun rasa. Tak tahu nak bawa ke mana 'selera' itu. Lama dah dapur Kak Amie tak berasap. Agaknya sebab anak-anak dah balik ke sarang. Rasa sunyi dan sedih pula bila ke dapur.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال