Header Ads

MH370, 7 Tahun Sudah Berlalu

Masih ingatkah lagi tragedi kehilangan pesawat MH370? Tanpa kita sedar dah 7 tahun berlalu kehilangan kapal terbang MH370. Punca kehilangan MH370 masih belum menemui jawapannya.

7 Tahun lepas, di tarikh yang sama 8 Mac 2014 kita telah digemparkan misteri kehilangan MH370. Sekaligus mencatatkan sejarah yang paling menyedihkan buat negara dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.

kronologi kehilangan mh370
sumber : The Sun


Berita kehilangan pesawat MH370 menggemparkan rakyat Malaysia pada awal pagi 8 Mac 2014. 

Kronologi kehilangan MH370

Penerbangan Malaysia ke Beijing China dikatakan telah terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara pada jam 1.30 pagi.

Penerbangan kapal terbang MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 0041 hari Sabtu dan dijadualkan akan tiba di Beijing pada jam 0630.

Pesawat MH370 Boeing 777-200 membawa penumpang seramai 227 penumpang. 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. 19 orang daripada warganegara China merupakan artis yang akan menghadirkan diri ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.

Terdapat 2 daripadanya penumpang yang menggunakan pasport curi menaiki pesawat MH370. Daripada senarai penumpang, 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.

Pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Laluan tersebut adalah laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara negara China.

Kemudian tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Pesawat MH370 dipercayai cuba berpatah balik dan dikatakan berkemungkinan menuju ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Teori kehilangan MH370

Terdapat banyak teori berkaitan kehilangan pesawat MH370 ini. Antaranya keadaan cuaca pada ketika itu yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang.

Akan tetapi, keadaan cuaca ketika penerbangan dilaporkan baik manakala juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan. Juruterbang seorang yang berpengalaman dan telah mula bertugas sejak 1981.

Malaysia Airlines (MAS) adalah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden.

Walaupun pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012, tetapi ia telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula.

Pemeriksaan kali terakhir dilakukan adalah pada 10 hari sebelum insiden itu terjadi. Amerika Syarikat yang menghantar pegawai penyiasat FBI berkata ia tidak menolak kemungkinan insiden ini ada kaitan dengan serangan pengganas susulan kehadiran dua penumpang dengan pasport curi. Tapi, teori itu tidak dapat dibuktikan.

Dalam pada itu, bekas juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa pesawat MH370 ditembak jatuh oleh sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi yang bernama Diego Garcia.

Kurang seminggu selepas kehilangan MH370, Prof Madya Dr Mohd Fadzil Ain dari Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik USM pula berpendapat bahawa berkemungkinan pesawat tersebut mengalami masalah bekalan kuasa utama dan apabila diaktifkan bekalan kuasa sokongan, bekalan kuasa tersebut juga mengalami kegagalan.

Katanya, ini mungkin menyebabkan sistem komunikasi pesawat tidak berfungsi seperti yang diharapkan dan menyedari masalah ini, juruterbang mungkin mengambil langkah berpatah balik ke KLIA mengunakan navigasi secara manual.

Pelbagai teori dan spekulasi liar kemudian ditimbulkan pelbagai pihak sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Misi SAR MH370 

Rentetan daripada itu, gerakan mencari dan menyelamat besar-besaran melibatkan pelbagai negara dilakukan. Misi SAR MH370 turut dibantu anggota menyelamat dan mencari dari pelbagai negara.

Tidak lama kemudian, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 memasuki fasa baru yang lebih rumit, membabitkan pelbagai negara dan merangkumi kawasan yang luas.

SAR juga lebih mencabar kerana ia turut meliputi kawasan darat dan laut serta membabitkan 25 negara. Kesedihan yang dirasai kaum keluarga dan waris penumpang serta kru tambah memeritkan apabila Hishammuddin memaklumkan bahawa misi SAR MH370 mungkin mengambil masa yang lebih lama.

25 Mac, Perdana Menteri mengumumkan pesawat MH370 telah 'berakhir' di Lautan Hindi. Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya menerima kritikan dan diminta berundur. Namun beliau berkata segala keputusan sama ada akan meletak jawatan hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat itu selesai.

Sebulan selepas insiden pada April, pakar penerbangan Geoffrey Thomas mengumumkan jangka hayat bateri kotak hitam pesawat malang itu kemungkinan sudah berakhir.

Situasi itu dijangka merumitkan lagi usaha pencarian kerana isyarat itu penting bagi menentukan lokasi terakhir penerbangan pesawat MH370 di Lautan Hindi.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd, Datuk Koh Yaw Hui juga memberitahu pihaknya akan membayar RM2 juta kepada 14 waris penumpang pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan.

Syarikat itu juga akan mengetepikan prosedur biasa bagi memudahkan proses pembayaran tuntutan.

Ketika kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di negara ini pada April, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Amerika Syarikat kerana terus memberi sokongan dan kerjasama padunya dalam operasi mencari MH370.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin MH370 dan MH17.

Dalam pada itu, terbaharu pada Khamis, DCA mengadakan sidang media dengan rasmi mengisytiharkan bahawa tragedi pesawat MH370 ialah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Susulan pengumuman itu juga, MAS mengeluarkan kenyataan akan memulakan proses pembayaran pampasan kepada kesemua 239 penumpang dan anak kapal MH370.

MH370 digantikan dengan MH318

MAS juga mengumumkan penghentian penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur- Beijing-Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan kru yang hilang bersama pesawat itu.

Kod penerbangan MH370 digantikan dengan MH318 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sementara kod MH371 ditukar kepada MH319 untuk penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

Punca kehilangan MH370 masih belum terjawab. Sungguhpun telah 7 tahun berlalu tanpa kita sedar, ianya sangat memberi impak pada waris keluarga mangsa dan seluruh negara turut merasai kehilangan ini. 

Semoga satu hari akan terjawab jua misteri kehilangan MH370 ni. Semoga waris ahli keluarga tabah dan terus kuat menghadapi ujian ini. Aaminn...

sumber :  astroawani

12 comments:

  1. Kehilangan belum terungkai.
    Harap dapat jumpa bangkai pesawat satu hari nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Tu la tadi pg dgr kat radio psl ni.. Diam x diam dh 7 tahun kan.. Menjadi misteri sungguh Mh370 ni.. Klulah ada keajaiban.. Ermmm

    ReplyDelete
  3. lama da berlaku, tapi masih jadi misteri..moga kebenaran terungkai suatu hari nanti

    ReplyDelete
  4. bomoh tikar terbang tu pon senyap je smpi skrg., hehehe

    ReplyDelete
  5. saya ingat lagi, waktu tu jam 1 pagi lebih.. kecoh di twitter kapal MH370 hilang :/ tak sedar dah masuk 7 tahun...

    ReplyDelete
  6. 7 years ! lama gila kan .. 7 years juga la atie kerja dekat office skrg ni

    ReplyDelete
  7. Sekejap je masa berlalu. Dah 7 tahun dan masih misteri kehilangannya. Semoga segala persoalan dan misteri dapat dirungkaikan. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. ke mana agaknya mereka ya... masih hidupkah? atau sudah lama meninggalkan kita?

    ReplyDelete
  9. Sedihnya bila dikenang. Hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya, hilang tanpa kesan.

    ReplyDelete
  10. masih lagi menjadi misteri dan menyentuh hati hingga ke hari ini..tak sangka, dah 7 tahun berlalu..semoga semua ahli keluarga dan teman-teman mereka yang telah pergi diberi kekuatan atas kehilangan...

    ReplyDelete
  11. Hanya Allah yang mengetahui segalanya....
    Saya memang ingat sebab sama date dengan birthday saya.. Masa tu tengah nak happy.. tetiba ada kes gini.. Sedih bila dengar pasal ni...

    ReplyDelete
  12. Masih jd misteri walaupun dh 7 thn. Hanya Allah lebih mengetahui

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.