Header Ads

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 8

Sedang Pian dan kawan-kawannya mandi di sungai, Pian menerima panggilan telefon dari Ezlan. Selepas menamatkan panggilan, Pian bergegas terus ke rumah Mak Lang untuk memantau keadaan Rai yang dikatakan sakit.

Di hospital, Laila menyuruh Ezlan menceraikan Rai. Ezlan tak bersetuju sebab bukan itu yang dia pernah janjikan sebelum ni. Laila tak nak berkongsi dengan Rai. Laila bengang dan terus pergi.

Di rumahnya, dia mula lakukan 'sesuatu'. Habis satu rumah diasap-asapnya dengan kemenyan.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 8
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episode 8

                    aku yang kau gelar isteri full episode

Mak Wan berjumpa dengan Hadi untuk berbincang tentang Laila. Maisarah tak nak masuk campur dalam hal itu.

Pian sampai di rumah Rai. Masa tu Rai ada dalam bilik bilik dan masa Rai tengok di cermin dia nampak lembaga hitam dan menjerit ketakutan. Pian terus masuk dan melihat apa yang terjadi.

Sedang Pian memapah Rai, Ezlan, Pak Leh, Mak Lang sampai masuk ke dalam rumah. Mereka terkejut Pian dengan Rai berdua. Laju je Ezlan melepaskan penumbuk dia pada Pian. Hilang sabar dibuatnya. Dan saat itu, Ezlan menceraikan Rai.

Pian lebam lebam di muka, dia teringat kata kata Mak Su dan Maryam supaya tak masuk campur hal orang lain. Dah jadi macam ni buat Pian menyesal.

Rose dan Laila berjumpa. Rose turut suka mendengar berita gembira Ezlan menceraikan Rai sebab dia pun tak suka pada Rai. Sebabnya Mak Su sentiasa bandingkan dia dengan Rai.

Maryam dapat tawaran masuk ke Universiti. Pian rasa kcewa sebab Maryam pun dah semakin tak percaya pada dia.

Laila datang ke rumah Mak Lang menjemput Ezlan. Ezlan bawak anak-anaknya sekali. Laila tak sangka Ezlan akan bawa anak-anaknya. Mak Lang pun dah bersiap dengan beg baju nak ikut sekali. Tapi Laila bertegas dan memarahi Mak Lang.

Terkejut Mak Lang dengan sikap Laila. Baru dia sedar sikap Laila yang sebenar. Rai terus ke dapur dan menangis. Mak Lang minta maaf padanya. Dah terlambat lah Mak Lang nak menyesali apa yang dia telah buat pada Rai.

Ezlan dan anak-anaknya sampai di rumah Laila. Awal-awal Laila dan bagi amaran pada Rais supaya tak pergi ke bilik atas. Malam tu, Laila lakukan upacara di bilik tersebut untuk menganggu Rai di kampung.

Pak Leh datang ke rumah Mak Su. Aku dengar tak lama lagi kau akan dapat menantu segera, kata Pak Leh. Siapa pula yang nak kahwin Mak Su Jawab. 

Bersambung...

12 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Saya tak layan laa cerita ni, tapi lepas baca ni.. rasa nak tengok laa pulak.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak,
      Hihi...kalau berminat boleh tengok :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tak pasal pasal kena penumbuk Ezlan. Niat nak tolong orang, lain jadinya.

      Delete
    2. kalu sy ada, sy tambahkan sedas lg😆

      Delete
  3. Sakit hati tengok cerita ni. Pian pun satu nak juga mnyibuk tapi tu la.. Kesian kat Rai tak de sesiapa. Mengharap suami, suami dah kena sihir. Nak harap mak mentua, di benci pula.. Sapa lagi tempat nak mengadu kalau bukan pian

    ReplyDelete
  4. Semakin tak sabar nak tengok penghujunggnya... Huhu....

    ReplyDelete
  5. nak tolong boleh tapi kenalah tengok keadaan.. kan dah menyusahkan diri.. haiah lah Pian nie.. menyesal pun tak guna.. padah yang ditempah sendiri..

    ReplyDelete
  6. agaknya kalo akak tengok ni, mau sakit hati ajeee satu jam...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.