Responsive Ad Slot

Slider

Tak Seindah Wajah Dayang Nurfaizah

tak seindah wajah lagu tak seindah wajah maksud lagu tak seindah wajah lirik lagu s.m salim tak seindah wajah penulis lirik tak seindah wajah
Lagu tak seindah wajah, nyanyian semula oleh Dayang Nurfaizah yang merupakan single ke tujuh dalam album 'BELAGU'. Lagu tak seindah wajah ni sangat popular satu masa dulu nyanyian  Allahyarham SM Salim.

Album 'BELAGU' Dayang Nurfaizah


Lirik Lagu Tak Seindah Wajah Dayang Nurfaizah
tangkap layar muzik video tak seindah wajah

Maksud lagu tak seindah wajah

Lagu tak seindah wajah mengandungi pesan yang tersirat. Pantun dalam lirik lagu tak seindah wajah sangat indah. Ia menggambarkan perjalanan kasih sayang kepada seseorang. Diamana wajah bukanlah kayu pengukur untuk menilai seseorang. Sesungguhnya hati juga mencerminkan keikhlasan seseorang.

Maksud yang ingin disampaikan penulis lirik tak seindah wajah melalui lagu ini jelas dan mudah difahami. Ibarat macam 'dunia tipu tipu' slang viral yang dipakai di media sosial tiktok. Ramai manusia yang bertopengkan kepuraan tak kira zaman.

Tajuk lagu : Tak Seindah Wajah
Penyanyi : Tan Sri Syed Mohamad Salim
Lagu : Ibrahim Bachik
Lirik : Rosli Hj. Ahmad
Label Muzik : Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

Lirik lagu tak seindah wajah 

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

12
( Hide )
  1. Lagu lama memang lirik mendalam.

    ReplyDelete
  2. Dayang ni dahlah makin berusia makin cantik, suara pun makin ummpphh

    ReplyDelete
  3. lagu dulu2 ni mmg penuh maksud tersirat kannn

    ReplyDelete
  4. Teringat keluhan Dayang, katanya waktu kecik2 dulu ada orang tua kata suaranya macam itik. suara itik itulah yang membawa Dayang ke puncak jaya.

    ReplyDelete
  5. lagu tudung periuk tu wajib dah buat lullaby :D

    ReplyDelete
  6. Lagu favourite kalau karok ni. Tak dengar lagi versi Dayang

    ReplyDelete
  7. Makin tua makin cantikkkkk dayang ni. Suara tetap maintain.

    ReplyDelete
  8. lagu mendalam ni.. dayang pulak nyanyi lg mantop

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu