Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Sabarlah Duhai Hati

Sabarlah Duhai Hati, drama terbaharu lakonan Amyra Rosli dan Shaharul Ridzwan akan ditayangkan di slot Akasia pada bulan Ramadhan nanti.

Drama adaptasi novel Sabarlah Duhai Hati karya Mimie Afinies di arahkan oleh Mohd Fazli Yahya bersama Eez Jalaluddin. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading.

Drama Novel Sabarlah Duhai Hati

Drama : SABARLAH DUHAI HATI
Jumlah episod : 35
Mula tayangan : Ramadan 2021
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
Produksi : Suhan Movies & Trading

SINOPSIS SABARLAH DUHAI HATI

Selepas kehilangan kedua dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab mengambil alih tugas ibu bapanya menjaga adiknya Danish yang sebelum ini dibenci.

Untuk mengelak rancangann Opah, Affan memilih Nur Syafira yang mesra dipanggil Fira untuk dijadikan isteri. Mereka berdua sangat rapat sejak kecil lagi. Akan tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira sentiasa cuba mengelak pandangan mata Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan sepupu Affan, Nadia yang pada mulanya dijodohkan ngan Affan oleh Opahnya. Berlaku pergolakan rumahtangga  dan sentiasa diuji sehinggakan Fira lari menghilangkan diri.

SINOPSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

sumber sinopsis : mimie afinie

PELAKON SABARLAH DUHAI HATI

Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Aiman Badrul sebagai Danish
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Izzue Islam sebagai Nazim
Iman Suhana sebagai Nadia
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh
Danish Hazriq
Pablo Amirul

Post a Comment

6 Comments

  1. Gandingan kedua Amyra Rosli dan Shaharul Ridzwan. Seronok tengok mereka berlakon.

    ReplyDelete
  2. Gandingan mantap kedua-dua pelakon ini. Mesti best hasil lakonan mereka.

    ReplyDelete
  3. hurmmm..apa la agaknya kisah lalu yang buat fira gusar dan ragu2 dengan cinta affan tu yaa

    ReplyDelete
  4. alahai.. who gonna say that to me ya ? hahaha

    ReplyDelete
  5. Aaaaa..a.. stress la cite gini... baca sinopsis pun dah mendebarkan...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.