Lirik Lagu Gila Dan Disebalik Maksud Lagu Gila Kaka Azraff, Noki & Loca B

Lagu Gila Juara Lagu AJL 35 memang gila! Itulah dah cakap. AJL ni memang lagu yang kau tak expect tu akan menang jadi juara. Lagu Gila yang unik, bukan lagu Pop bukan juga lagu tradisional. 

Paling suka part kaka Azraff nandung-nandung tu. Suka juga part tu dalam medley AJL 35 Hannah Delisha nyanyi tu. Lenggok irama macam tu sedap didengar.

2017 : Jampi
2018 : Haram
2019 : Sumpah
2020 : Gila

Jampi haram sumpah gila! Haa menjadi satu ayat bila digabungkan. Trend juara lagu, tajuk lagu dia pendek je dan luar biasa.

Tahniah Lagu Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B berjaya menjadi juara menewaskan 11 lagu hebat lain. Tahniah buat semua pemenang. 

Gila Juara Lagu, Lirik Lagu Gila Dan Disebalik Maksud Lagu Gila Kaka Azraff, Noki & Loca B
sumber : hmetro



Naib juara : Semalam- Aina Abdul
Tempat ketiga : Belenggu Rindu-Jamal Abdillah & Wany Hasrita
Vokal Terbaik : Ernie Zakri (Gundah)
Persembahan Terbaik : Zizi Kirana (Eh!)

Judul : Gila 
Penyanyi/Artis :  Kaka Azraff, Noki & Loca B 
Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong 
Muzik : Noki, Loca B & Ezra Kong

Lirik lagu GILA-Kaka Azraff, Noki & Loca B  

(Chorus-kaka Azraff)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(Noki)
Gila terkurung terlalu lama
Minda ku tak terbuka
Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia
Dunia yang nyata ternyata
Penuh dengan penipu dusta

Hati ingin rasa sangat nak keluar
Ya baru nak mula tapi jantung berdebar
Aku takut aku jatuh aku sangat takut
Walau jatuh aku tempuh aku rempuh

Ramai yang nampak aku gila
Mereka tidak tahu apa yang ku rasa
Takut dengan dunia kerna rasa diri aku ini tak sempurna
Putaran bumi pun aku boleh rasa
Sampai masanya kita jumpa diluar sana

(Chorus-kaka Azraff)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(Loca B)
Aku laila dan dunia ni majnun
Cintaku bernafas dalam jiwa terkurung
Kepala tak sehati
Hati ku tak sekepala
Yakin ku lupa diri
Dalam mengejar dunia

Ya ia tinggi janji ikut resmi
Semakin kantung berisi
Semakin berat graviti
Aku tanggung sakit sendiri

Hayat dikandung badan
Diri ku sayang
Janji ku pada diri ku akan terus berjalan
Bukan bayangan tiada lagi khayalan
Ku jauh dari ketakutan

(Chorus-kaka Azraff)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

Maksud lagu gila kaka azraff, Noki & Loca B

Lagu gila diinspirasikan daripada kisah benar. Ezra mendapat idea menulis lagu bila mendapat mesej daripada seseorang di instagram dimana dia sedang takut dengan situasi 'gila' di bandar dan tidak tahu untuk merantau dimana keluar daripada situasi tersebut.

Dikala seluruh dunia bergelumang dengan pandemik COVID-19, kita semua terperangkap dan kesannya terhadap mental membuatkan kita semakin gila. Lagu gila bukan sekadar hiburan kosong, ada maksud disebaliknya.

Lagu gila menyampaikan mesej positif, lirik pula disusun dengan prosa mudah tetapi puitis yang membawa makna yang mendalam dalam setiap bait bait yang ditulis.

Lagu ciptaan Ezra bersama Noki dan Loca B menampilkan susunan muzik bercita rasa urban sesuai dengan trend muzik masa kini. 
"Gila menceritakan mengenai kekuatan diri dalam menangani kekalutan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa takut dan terus kental menjalani kehidupan. Ia juga lebih berkisar kepada luahan hati menerusi lirik dalam lagu ini. Boleh dikatakan ia adalah dua kisah antara saya dan Loca B dan dirangkumkan untuk menjadi sebuah lagu,"-Noki.
"Menerusi lirik yang ditulis saya letak diri sebagai seorang wanita yang mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Selain itu, saya juga cuba menolak segala anasir jahat yang cuba menghalang setiap apa yang dilakukan. Banyak cabaran yang pernah saya lalui sebelum ini, antaranya dalam mengejar cita-cita. Saya sanggup bermula dari bawah demi mengejar impian bergelar penyanyi rap. Bagi saya hidup tidak akan bermakna kalau kita tidak melakukan sesuatu dalam hidup. Bagi saya kalau tidak mulakan sekarang, saya akan menyesal di kemudian hari. Itulah jalan cerita yang cuba saya rangkumkan dalam bahagian lirik lagu Gila," - Loca B.
sumber : hmetro

Pengalah jangan bersedih. Apapun hentilah kecaman kepada sesiapapun. Kalau kita kena kecam, apa yang kita akan rasa? Sedih bukan? 

Kesannya, orang akan bercakap cakap sampai ke sudah. Mana tak stress kalau kena kecam yang meninggalkan kesan seumur hidup! Dah dah lah tu, kita pun bukan perfect sangat pun. 

11 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Rezeki dia orang, lagu ni menang. :)

    ReplyDelete
  2. hahhaha semlm first time dengar lagu ni, x tau tajuk tapi memang "gila" stress tgk cara dia nyanyi ahhaha...

    ReplyDelete
  3. hahahaha rasanya dulu tajuk lagu yg menang semuanya berpuitis... mmg trend skrg kot 'straight' to the point hehehe

    ReplyDelete
  4. lirik dia best ! tapi kena dgn betul2 baru paham haha

    ReplyDelete
  5. memang puitis habis lagu dia. tapi semestinya menjadi perhatian part korus je. Hehe

    Sesuai la musim norma baharu ni lagu Gila ni. :)

    ReplyDelete
  6. Sedap lagu ni, maybe ada la tu keunikan di mata juri. Ala orang yang kutuk-kutuk tu tahun depan tengok lagi. Haha

    ReplyDelete
  7. Saya suka! Dan saya percaa, setiap lagu mempunyai kekuatan memasing dan ada makna tersendirii.. Gituhh.. hehe..

    ReplyDelete
  8. risau juga, yang kena kecam nanti jadi macam lagu gila ni..maka berhentilah dari mengata, setiap dari kita pernah melakukan kesilapan yang ramai orang nampak..

    ReplyDelete
  9. Lagu ni memang unik. Dari mula2 keluar lagu ni memang ada kelainan dan lirik dia memang banyak word gila tu. hihi

    ReplyDelete
  10. Tengok persembahan Kaka memang nampak macam orang gila.
    Apapun akak memang pilih lagu ini untuk menang. Unik muzik dan terngiang-ngiang apa yang Kaka nyanyikan.

    ReplyDelete
  11. nyanyi pun tang "gila gila gila" tu jela heheee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال