Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Kelebihan Nisfu Sya'ban Dan Amalan Nisfu Sya'ban Yang Digalakkan

Bulan Sya'ban adalah bulan yang mulia dan banyak peristiwa besar berlaku di pada bulan Sya'ban dalam sejarah Islam. Bulan Sya'ban juga digelar sebagai bulan penuh Rahmat.

Antaranya peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Sya'ban adalah pemindahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa menuju kaabah. Satu lagi peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadat solat.

Nisfu Sya'ban 2021 jatuh pada tanggal 28 Mac, Ahad. Malam Nisfu Sya'ban bermulanya waktu maghrib bermaksud kita dah memasuki pertengahan bulan Syaban. Bermakna, kita akan bertemu bulan Ramadhan tak lama lagi.

Nisfu Syaban adalah

Nisfu Sya'ban (Nisf bermaksud separuh) merupakan peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'ban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bermaksud setengah. 

Nisfu Sya'ban adalah setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban pula adalah malam ke-15 Sya'ban iaitu siangnya 14 haribulan Sya'ban.

Kelebihan Nisfu Sya'ban

Malam Nisfu Syaban merupakan salah satu malam yang sangat istimewa selain malam Lailatul Qadar. Umat Islam dianjurkan untuk menghidupkan bulan Sya'ban dengan memperbanyakkan ibadah membaca Al-Aquran, beristighfar, bertaubat, berdoa, solat hajat dan menambah ibadah yang lainnya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Pada bulan Sya'ban juga Allah SWT membuka pintu keampunan seluas-luasnya untuk Umat Islam memohon keampunan. Sesungguhnya berdoa pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab.
Firman Allah SWT:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. [Nuh:10]
Walaupun tiada amalan khusus untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban seperti yang dijelaskan oleh Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al -Bakri. Umat Islam dianjurkan untuk mengambil peluang untuk mengisi malam Nisfu Sya'ban dengan perbanyakkan amal ibadah.

Kelebihan Nisfu Sya'ban Dan Amalan Nisfu Sya'ban Yang Digalakkan
sumber : Irsyad Al-Hadith

Amalan Nisfu Sya'ban ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum dan dianjurkan untuk mengamalkannya. 

Amalan Nisfu Sya'ban yang digalakkan

1. Puasa sunat
Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW, umat Islam digalakkan membanyakkan puasa di bulan Sya’aban.

2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan.

3. Berdoa
Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hamba-Nya berdoa nescaya Allah SWT akan memperkenankan doa mereka.

4. Mengadakan majlis kenduri
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Mengadakan kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.

5. Bertahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Amalan-amalan yang disebutkan boleh diamalkan dalam bulan Sya’aban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.

sumber : muftiwp

Post a Comment

23 Comments

  1. salam Nisfu syaaban
    alhamdulillah
    insyaallah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    tq atas perkongsian.. =')

    xsabar nk jumpa bulan ramadhan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.

      Tak lama je lagi nak sambut Ramadhan :)

      Delete
  3. thanks 4 sharing. yg berpuasa hari ni selamat berpuasa ;-)

    ReplyDelete
  4. Salam nisfu syaaban! Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t :)

    ReplyDelete
  5. Sedar-sedar sudah masuk pertengahan Syaaban.
    Alhamdulillah moga kita pertingkatkan amalan menuju Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. nampak bulan mengambang x mlm tadi? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak wak sebab tak keluar rumah pun :)

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Perkongsian ilmu yang baik. Moga bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Pengisian di bulan mulia dengan amal ibadah mampu menambah taqwa dan dekat diri kepada Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  10. Salam Nisfu Syaaban.. Moga kita sampai ke Ramadan 2021 ni dan seterusnya... Amin ya Rabb!

    ReplyDelete
  11. dah lepas nisfu sya'aban, maksudnya tak sampai dua minggu lagi nak masuk Ramadhan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.