Header Ads

Anugerah Juara Lagu 35 Strim Live HD dan Keputusan AJL 35

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 35 akan bersiaran lansung malam ni 14 Mac 2021. Tarikh AJL 35 tanpa ditunda lagi. Buat pertama kalinya AJL tanpa penonton. Boleh tonton AJL 35 live strim HD di tonton ataupun youtube rasmi TV3 Malaysia Official.

                    lagu medley ajl35 

Anugerah Juara Lagu

Sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3. Pertandingan ini bertujuan untuk mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986. 

Setiap tahun, 12 buah lagu terbaik telah dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu akhir yang akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

AJL 35 kali ini dihoskan oleh Haziq Hussni, Sherry Alhadad dan Awal Ashaari. Pengacara lounge pula Sissy Iman dan Muaz.

Anugerah Juara Lagu 35 Strim Live HD dan Keputusan AJL 35
sumber : TV3 Malaysia Official

Pembukaan tirai AJL 35 akan menampilkan persembahan Ratu Rock Malaysia, Ella bergandingan Naim Daniel dan juga Yonnyboii. Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju juga akan mempersembahkan lagu 'Baik Semula' yang baru saja release baru-baru ni. 

Persembahan penutup pentas AJL 35
  • Akim and The Majistret feat Misha Omar
  • Hazam and The Panglipur Lara feat Ziana Zain
  • Hujan feat Dayang Nurfaizah 

12 Senarai lagu AJL 35 

1. Eh 
Penyanyi : Zizi Kirana
Komposer : Navigator & Zizi Kirana
Lirik : Mambang & Zizi Kirana

2. 7 Nasihat 
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza (Pengganti : Shiha Zikir), Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta

3. Hati
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

4. Jangan Khianati Aku 
Penyanyi : Azlan & The Typewriter
Komposer : Dark
Lirik : Dark

5. Belenggu Rindu 
Penyanyi : Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

6. Kau Sakiti 
Penyanyi : Amir Masdi
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage
Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

7. Semalam
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul

8. Peluang Kedua
Penyanyi : Nabila Razali (pengganti : Hael Husaini)
Komposer : Hael Husaini & MFMF
Lirik : Hael Husaini & MFMF

9. Hutang
Penyanyi : Floor 88
Komposer : Zai Hamzah
Lirik : Achoi Floor 88

10. Gundah 
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri & Sharon Paul
Lirik : Ernie Zakri & Sharon Paul

11. Aku Bidadari Syurgamu
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza (pengganti : Aishah)
Komposer : Ippo Hafiz
Lirik : Siti Rosmizah

12. Gila
Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B 
Komposer : Noki, Loca B & Ezra Kong
Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong


Siapakah yang bakal bergelar juara AJL 35? Nantikan keputusannya nanti. Selamat menonton AJL 35 akhir. Persaingan sengit 12 finalis ajl 35 kali ni. 

Keputusan AJL35

Persembahan terbaik : Zizi Kirana
Vokal terbaik : Ernie Zakri
Tempat ketiga : Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita (Belenggu Rindu)
Tempat kedua : Aina Abdul (Semalam)
Juara Lagu : Kaka Azraff, Noki & Loca B (Gila)

sumber : https://www.xtra.com.my/ajl35/utama.html

13 comments:

  1. Zaman saya remaja dulu dipanggil Muzik-muzik..uish sanggup siapkan kerja sekolah awal-awal sebab nak ngadap TV3...Masa tu tagline TV3..🎼Tv tigaaa..Untuk andaaaaa.🎶🎵

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau final pun muzik muzik ke kak? Dulu sebelum ada astro TV3 lah yang orang suka tengok, kan? malam anugerah apa apa mesti ada yang menunggu. sekarang ni dah boleh tengok online, boleh tengok semula kalau tak sempat :)

      Delete
  2. Tahniah kepada semua pemenang. Lagu Gila memang best! :)

    ReplyDelete
  3. Lagu Gila memang patut menang..just cane la jamal ngan wani hasrita bleh menang no 3..padahal ada lagi yg best..

    ReplyDelete
  4. saya tengok kejap je lps tu dah zzzz heheeh

    ReplyDelete
  5. Lagu GILA, medley by Hannah Delisha, sedap gila

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada semua pemenang..akak sangat berpuas hati!

    ReplyDelete
  7. Tengok kat live kat youtube sekejab. Entah berapa minit entah. Husband tak berapa sihat. Tahniah kepada pemenang.

    ReplyDelete
  8. Tahun ini dapat tengok dari awal sampai akhir. Agaknya sebab teruja.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.