Soto Ayam Special Peladang Cafe

Baru je nak semangat masuk dapur pagi ni nak masak maggi goreng mamak kononnya. Dan dan tu pulak air takde. Tengok kat portal syarikat air. Sah! Air memang takde. Ada kebocoran paip jalan utama dan dijangkakan siap tengahari nanti.

Bila tak ada air ni, mood memasak dari gred A terus ke gred M. Aduii..terus rasa stress dengan diri sendiri. Order makanan lah siap-siap. Takde air ni pun tak tahu sampai pukul berapa baru nak ada. Dah tengahari ni pun masih takde lagi.

Order soto ayam special, laksa special dan nasi goreng ayam kunyit untuk husband. Laksa untuk makan petang nanti. Stand by siap-siap. 

Tempting tengok soto ayam dia yang banyak ni. Tapi sayang taugeh nan hado! Sensitip tau kalau tak ada taugeh. Boleh bawa gaduh macam ni. Mujurlah soto ayam ni sedap. Ada taugeh lagi sedap.
 
Soto Ayam Peladang Cafe

Begedil seketul besar, nasi impit pun banyak, Suhun pun banyak gila. Sambal kicap kurang pedas. Takpe, stok sambal kicap dalam peti ais ada sebagai penyelamat.

Soto ayam special RM8
Nasi goreng ayam kunyit RM9
Laksa Special RM7
Delivery charge RM5.29

Bila air takde tergendala kerja rumah. Kalau sekali elektrik tak ada lagi parah, satu kerja pun tak leh jalan. Dah ada air nanti pun confirm air keruh gila macam teh ais. Memang taklah basuh baju ke masak ke. 

Serabut pulak rasa harini bila tergendala nak buat kerja rumah. 




16 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Aduhh, takda air pulakkk! Haizzzz...Sabo jela ek...Wow, takda taugehh, kalau saaaa..memang suka takdak taugeh, KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya tak de air pulak. hihi, kita pencinta taugeh kena ada taugeh baru sedap :)

      Delete
  2. Ada taugeh lagi power kan Fiza. Soto ke, laksa ke kuah dia sangat main peranan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. saya suka ada taugeh. Kuah dia okay sedap :)

      Delete
  3. Saya pulakkk lagi suka kalau tak ada taugeh hehehe.
    Tapi tak ada air atau elektrik ni memang boleh buat mood jadi swing hahaha. Semua tak kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..faham, tak suka taugeh suka kalau takde taugeh. hihi
      Tahu takpe, mood kelaut dah bila xde air.

      Delete
  4. Saya terbalik. Makan soto memang tak nak taugeh. Tapi yang penting bergedil sedap. Kalau tak sedap boleh buat gaduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tak suka taugeh ni. hihi..begedil dia sedap cukup bahannya.

      Delete
  5. suka makan soto... ada taugeh boleh takder pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita. saya kena ada taugeh baru terasa sedap semangkuk soto tu :)

      Delete
  6. seriously i love taugeh too ! haha kalau tak ada dlm makanan yg sepatotnya ada, geram rasa

    ReplyDelete
  7. Akak bukan peminat tegar taugeh. Ada makan, tiada tidak mengapa. Hehe nasib baik sedap.

    ReplyDelete
  8. jika order byk mmg berbaloi fiza! sedap soto tp shida jrg mkn soto..

    ReplyDelete
  9. Uish!! bestnya tak ada taugeh.. isi pun penuh.. Puas makan nie.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Aduhai kesiannya air takde. Moga cepatlah dapat diselesaikan masalah ketiadaan air.
    Kalau makan soto, Kak Amie akan terkam pergedelnya dulu heheeee.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال