Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Resipi Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat

Hilang idea tak tahu ayam nak masak apa. Ermm, masak kicap lah. Dah lama tak masak kicap. Asyik makan ayam goreng dengan sambal geprek AR je. Tukar selera lah. Lagipun macam malas nak blend bahan-bahan.

Jadinya masak ayam kicap pedas mudah dan cepat. Bahan-bahan sikit dan mudah je pun nak masak ayam kicap yang ada rasa pedas manis simple ni.

                    resipi ayam goreng berempah


Resipi Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat

Resipi Ayam Masak Kicap Mudah Dan Cepat

Bahan-bahan :
8 potong ayam (1/2 ekor ayam)
5 biji Bawang kecil atau boleh guna 1-2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili api merah (yang super pedas tu)
2 sudu besar cili kisar
1 inci halia
Minyak untuk menggoreng ayam
serbuk kunyit
garam
Kicap manis
tomato (*optional)

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak, gaul rata ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ayam terlebih dahulu. Dah siap goreng, ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, kurangkan minyak dan tinggalkan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api dan halia yang dah dipotong/diracik halus. Tumis sampai naik bau dan garing sikit.
  3. Masukkan cili kisar dan gaul rata. Biarkan garing seketika.
  4. Masukkan ayam goreng yang telah dimasak, gaul rata kemudian baru letakkan kicap. Kuantiti kicap, agak-agak macam berkuah sikit. Jangan letak garam lagi sebab dah letak kicap ye.
  5. Kalau agak-agak masin, boleh tambah air dan kuah lebih sikit.

Sedap ayam kicap mudah dan cepat ni. Ada rasa pedas masam manis. Nak kurangkan pedas, boleh kurangkan penggunaan cili merah dan cili kisar. Manis tu sedap dari bawang banyak dan guna kicap manis. Pedas dan manis bergabung memang sedap. 

Letak tomato pun boleh kurangkan rasa pedas. Saja saya letak cherry tomato. Bukan sekadar hiasan, tapi untuk dimakan juga. Sedap rasa masam manis bergabung.

Inilah dia cara orang pemalas nak menumbuk atau blend bahan bahan. Kita potong-potongkan aje. Pun Sedap jugalah. Letak cili kisar tu nak bagi pekat sikit lah bahan-bahan menumis tu. Tak ada lah boring dengan bahan potong je.

Post a Comment

14 Comments

  1. Ayam masak kicap, masak merah semuanya yang mudah dan simple. Kalau saya, biasa masak lauk macam ni jelah sebab nak masak lauk hebat hebat, tak mampu lagi hehehe

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar Fiza ni kan, akak rasa macam lauk tu ada depan mata 😋

    ReplyDelete
  3. masak kicap ni macamne pun gaya nya mesti sedap heehhe... bagi akak la

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fizah. waaahhhh menggoda betul ayam masak kicap tu... SS pun baru je lepas buat menu ni. cuma SS suka letak daun kari.

    ReplyDelete
  5. Ini fav tau tak.. boleh buat tambah nasik tanpa sedar. haha

    ReplyDelete
  6. Piring fizah ini antik. Susah nak jumpa hehehehe :)

    ReplyDelete
  7. Hidangan simple macam ni lah selalunya buat kita makan bertambah-tambah :)

    ReplyDelete
  8. Memalam nengok, jadik teringin la plak.. huhu

    ReplyDelete
  9. ayam masak kicap mudah nk masak dan sedap

    ReplyDelete
  10. alah rindu pulak nak mengicap ayam..dah lama tak masak sendiri ayam kicap style mak akak..blend semua bahan, bawang lebih supaya dapat kuah lebih..nyumsss

    ReplyDelete
  11. masak kicap ni shida jumpa ada mcm2 versi..yg jenis campak2 plg sedap dan cepat hehee

    ReplyDelete
  12. Sedapppp! Eza lebih suka berkuah. Jadi Eza akan letak banyak sikit air. Hihi. Kemas sajian Fiza, gambar pun sangat cantik.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.