Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 7

Pian masih bercakap di telefon dengan abangnya Naim. Pian minta tolong Naim supaya menasihatkan Ezlan supaya tidak berkahwin dengan Laila kerana kesian pada Rai. Pian juga memberitahu yang Laila 'guna-guna' kan Ezlan.

Seram Naim mendengarnya. Sedang Pian rancak berbual dengan Naim, Mak Su muncul dan memarahi Pian. Rupanya Pak Leh yang report dekat Mak Su yang dia ternampak Pian dan Rai berdua.

Rose, isteri Naim terlalu taksub berkawan dengan Laila sebab kagum dengan kecantikan Laila. Nasihat Naim sikit pun tidak dia pedulikannya.

Di Rumah Laila
Pak Darus dan Mak Wan bersembang untuk menyelamatkan keadaan. Mereka tak nak Laila terus terpesong. Mereka bercadang untuk meminta bantuan daripada Hadi, bekas suami Laila.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 7
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episode 7



Di rumah Mak Lang
Pak Leh datang ke rumah Mak Lang untuk bawa Mak Lang ke klinik. Rai ambil peluang untuk memagar rumahnya. Laila muncul dan tiba-tiba dia terhenti langkahnya untuk masuk ke dalam rumah.

Laila tetap mahu berkahwin dengan Ezlan. Rai secara spontan menampar Laila. Sakit hatinya mendengar. Ezlan pula tak nak lepaskan Rai. Dalam masa yang sama dia ingin berkahwin dengan Laila.

Seminggu kemudian, Laila datang semula di rumah Ezlan di kampung walaupun dah berkali kali Cik Embun nasihatkan jangan kerap balik kampung. Dia risau kalau Laila terlanggar pantang larangnya.

Laila berkeras juga nak balik kampung selagi tak dapat Ezlan. Mak Lang paling teruja nak kahwinkan Ezlan dengan Laila. Dapatlah dia menumpang senang.

Mak Su rimas dengan cerita cerita Pian dengan Rai. Mak Su bercadang nak suruh Naim bawa Pian ke rumahnya supaya Pian tak dekat lagi dengan Rai. Niat Pian hanya membantu je. Maryam, kekasih Pian pun dah menasihati Pian supaya tak campur hal orang lain.

Cik Embun datang ke rumah Laila. Mak Wan juga menasihati Cik Embun supaya tak buat perkara terkutuk. Dengan Laila bolehlah dia berlembut. Dengan aku jangan haraplah, kata Cik Embun.

Sedang Rai mengupas kelapa, Mak Lang bising bising marahkan Rai. Rai tak puas hati membalas kata-kata Mak Lang. Terus Mak Lang rasa pening dan pengsan.

Laila di hospital dengan Laila. Ezlan telefon Pian untuk tengokkan Rai di rumah.

Bersambung...

11 comments:

  1. Geram kan cite ni.. tapi bila dah kena sihir.. mmg susah wooo.. Sabar jelaaa...

    ReplyDelete
  2. Semalam akak tengok drama nie, terasa sakitnya hati.. Tapi tue la, sihir tue memang masih wujud hingga sekarang, boleh porak peranda keluarga...

    ReplyDelete
  3. ni tibi berapa ni yang???
    adoiii byk btul draam2 melayu skrg ni ye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV 3.. Huhu.. yaa..memang banyak drama di TV.. huhu

      Delete
  4. Ezlan taknak pula lepaskan Rai pula.

    ReplyDelete
  5. main sihir pulak die..klo cerita melayu siohir ke, dengki ke memang tak sah klo xde..

    ReplyDelete
  6. mesti sakit ati kalau tengok drama ni hehehe... akak tak boleh tgk drama gini nanti sakit ati sampai terbawa2 ke tidur hehehe

    ReplyDelete
  7. scary la main main ilmu hitam ni, dah la benda ni tak nmpk hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuu.. dahla tak nampak... lepastu dalam keadaan tak sedar.... Pergh.... syeram...

      Delete
  8. Kisah guna-guna ni memang membawa kesan buruk. Kesian mangsa sihir disebabkan sikap tamak dan dengki.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.