Swiss Roll Kelapa Parut Kering

Harini nampak cuaca agak mendung. Tapi belum nampak tanda-tanda nak hujan lagi. Entah hujan entah tidak. Syukur je lah cuaca tak panas macam selalu. Kelmarin pun dah hujan dan sejuk seharian.

Pagi ni tak tahu nak sarapan apa. Haritu balik kampung, mak pun macam saya juga. Tak ada selera makan. Banyak fikir atau kepenatan entah. Jemu masakan sendiri pun boleh jadi juga tu agaknya.

Tapi bila cucu balik, selera pulak katanya. Sakit rindu lah tu. Ye lah kan, bila banyak fikir badan dan otak seiring tak sihat. Mood selera pun rasa macam malas je.

Cara terbaik, kita beli lah makanan yang jarang dimakan tapi makanan favourite lah. Swiss roll kelapa parut dah lama juga saya mencari. Rezeki dapat jumpa di Giant Pilah haritu masa beli butterscotch muffin.

Swissroll Kelapa Parut

Sebelum ni ada je jual swiss roll ni kat 99 Speedmart. Sejak PKP dia laku pulak agaknya. Terus tak nampak wujud dekat 99 Speedmart. Rasa Swiss roll ni tak pernah berubah. Sedap! Kek gulung sedap dipasaran. Murah pun murah.

Kegemaran ramai agaknya tu yang cepat habis. Swiss roll yang lembut macam sponge kek dengan filling yang tak manis pun. Lagi menarik swiss roll tu warna warni dan ditaburi dengan kelapa parut kering.

Kelapa parut pun tak manis. Dalam satu pek loaf ada 8 potongan swiss roll. Ada 4 warna. Satu warna ada 2 potongan swiss roll.

Ini kalau nafsu makan goyah, sekali makan habis 8 potong. Lagi-lagi tengah lapar. Langsai terus. Tak tinggal orang belakang dah. Tapi tak pernah lagi jadi macam tu pun. Paling banyak pun 2 potong je, itupun macam kenyang dah. 

Bukan saya lah kalau makan boleh sampai 8 potong sekali. Lainlah kalau lapar gila. Memang habis lah cerita dia.

Harga bawah RM5, nama dia sponge delight dari Fuji Bakery. 

18 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. pernah nampak tapi x penah lagi membelinya hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedap kek gulung ni. Pernah belajar di kelas masakan tapi tak berani buat di dapur sendiri, takut tak jadi hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni sedap kak amie. Saya xpernah cuba buat juga. risau tak menjadi..hihi..marilah kita practise nanti :)

      Delete
  3. ok kita tengok je sebab kurang minat ngan kelapa parut...
    tapi ada setengah kuih mcm onde-onde ok lagi la bole telan sebab ada gula hahaha, so rasa kelapa tu tenggealm dek gula melaka hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay baik, faham faham. KakRet geng tak makan kelapa parut. ohh macam tu, kena buat onde onde tanpa kelapa parut macam tu :)

      Delete
  4. biasa nampak di speedmart tp tak pernah beli... pasni nak kene cari lah, udah orang kata sedap heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speedmart sini cepat habis agaknya. Sila cuba kak :)

      Delete
  5. selalu nampak dekat kedai. tapi tak pernah try lagi. hehe

    ReplyDelete
  6. Macam-macam perisa buat. Pandangan mata pun cantik rupa gulungan.

    ReplyDelete
  7. Eh, akak pernah nampak la kat speed 99, swiss roll ni. Lain kali, akak beli. :)

    ReplyDelete
  8. tak lalu makan sebab sakit rindu ni, dah lama tak jumpa cucu cucu

    ReplyDelete
  9. akak pun suka swiss roll macam ni..sesekali makan, orang lain belanja, lagi sodappp

    ReplyDelete
  10. Ehhh, x pernahhh rasaaaaaa... Mursng minat yang berkelapa parut ni... tapi leh try... hoho.. Cute pulak warnanyaaaaaa!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال