Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 14

Rais masih belum sihat, Mak Wan ajak Rais makan. Mak Wan terkejut bila nampak ulat dalam makanan. Ezlan dan Laila baru balik dari keluar makan. Laila rasa lain macam. Ezlan serkap jarang dan cakap Laila mengandung.

Dengar kata-kata Ezlan, Laila jadi marah. Ezlan pujuk Laila, agak redha sikit angin Laila. 

Hadi panggil seorang Ustaz untuk memagar rumahnya. Laila di bilik pemujaan dirumahnya jadi panas dan menjerit kepanasan. 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 14

                    aku yang kau gelar isteri full episode

Hadi, Maisarah, Naim, Pian dan Rai berjumpa dan berbincang untuk membantu Ezlan. Dari apa yang Rose beritahu Naim, memang betul yang Laila sihirkan Ezlan.

Maryam balik ke kampung untuk memohon bantuan ayahnya. Maryam juga singgah ke rumah Mak Su dan meminta maaf atas hal dulu kerana tinggalkan Pian disebabkan kejadian Pian dan Rai tu. Takpelah kata Mak Su. Hal tu pun dah lepas.

Ezlan masuk ke dalam bilik anak-anaknya, dia terperasan satu botol minyak yang Ain jumpa dalam pasu bunga tu. Masa dia mengambil botol minyak tu, ada satu lembaga muncul depan pintu bilik. Bila Ezlan pandang kali kedua, lembaga tu terus hilang.

Hadi beranikan diri berjumpa dengan Cik Embun untuk memberi amaran pada Cik Embun. Cik Embun apa lagi, naik angin lah dia. Berani Hadi cabar aku! Cik Embun telefon Laila dan beritahu Hadi baru je datang rumahnya. Mereka berpakat untuk santau Hadi dan Sarah.

Laila berjumpa dengan Rose dan bertanyakan pada Rose samada minyak pengasih yang dia guna tu berkesan atau tidak. Rose teragak agak untuk menjawabnya. Laila macam tahu yang Rose tak gunakan minyak pengasih tu.

Laila suruh Rose berterus terang dan mengugut Rose dia dia akan santau Rose kalau dia nak.

Mak Wan tengah sapu sampah di luar rumah. Sambil menyapu, mulutnya mengomel sendirian sebab dari tadi dia terbau bau yang busuk entah datang dari mana entah.

Ezlan muncul dan bertanyakan  pada Mak Wan dimana Laila. Laila awal pagi dah keluar kata Mak Wan. Kemudian Ezlan menunjukkan botol minyak pada Mak Wan samada Mak Wan mengetahuinya. Mak Wan serba salah untuk beritahu. Dia hanya menjawab tak tahu sebab dia risau akan keselamatan dirinya.

Ada 2 orang lelaki datang ke rumah Cik Embun, katanya mereka dapat aduan dari penduduk sekitar yang Cik Embun mengamalkan ilmu. Sekitar rumah Cik Embun mereka geledah. Cik Embun hidangkan mereka air. Selepas minum air tersebut, mereka pengsan.

Cik embun pengsankan mereka dan melakukan perkara yang tidak senonoh. 

Laila datang serang Rai dan Pian selepas rahsianya terbongkar. Rai dan Pian menasihati Laila supaya bertaubat. Laila jadi bertambah marah dan kemudian pergi.

Ezlan masuk ke dalam bilik pemujaan Laila. Dia terkejut melihat apa yang ada dalam bilik tersebut. Baru lah dia teringat kenapa selama ni dia pelik dengan keadaan dalam rumah ni. Ezlan memegang sesuatu dan membacakan ayatul kursi.

Hantu saka Laila keluar dan mengambil Ain pergi.

Laila ke rumah Cik Embun untuk bertanyakan sesuatu. Dia selalu rasa panas sedangkan dia tak melanggar pantang pun. Esoknya Laila tengok cermin, mukanya menjadi buruk.

Terus dia balik rumahnya. Dia nampak benda tu dah dibakar didalam pasu rumahnya. Terus dia melulu masuk ke dalam.

Pang! Tak semena-mena penyepak Ezlan hinggap di pipi Laila. Kau bukan manusia, kau setan, iblis!, kata Ezlan.

Laila buat begitu sebab dia nakkan perhatian dan nak kahwin dengan Ezlan. Dia tak sanggup di hina kerana paras rupa. Kalau orang lain tak pandang dia, dia tak kisah. Tapi sebab dia cintakan Ezlan, dia terasa sungguh bila Ezlan tak pedulikan dia.

Laila terus terang cakap dia membenci Rai kerana Ezlan memilih Rai. Sedangkan Rai tahu yang Laila juga sukakan Ezlan. Laila sanggup tinggalkan tuhan demi kerana cintakan Ezlan.

Ezlan menceraikan Laila dengan talak 3.

Laila masih ingat lagi kenangan mereka berdua masa berkhemah dalam hutan dulu. Ezlan memujuk Laila kerana Laila terasa hati dengan ejekan kawan kawan disebabkan paras rupa yang menyamar jadi hantu masa tu.

Laila suruh Ezlan berjanji tak akan tinggalkan Laila. Untuk memujuk Laila, Ezlan berjanji tak akan tinggalkan Laila dan temankan Laila tidur dalam khemah yang sama pada malam tu. Adakah mereka berdua terlanjur masa tu?

bersambung...

Post a Comment

11 Comments

  1. sinopsis die seram..ada ulat dalam makanan..tak berani lagi nak tgk sebab tinggal sorang takott

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita dia tak seram sangat sebenarnya Ad :)

      Delete
  2. Siap kena cerai talak 3.

    ReplyDelete
  3. Puas hati tengok Ezlan lempang die. Tapi part last semalam macam tak sangka pula Ezlan macam tu. Adoii la. Tak sabar last episod next week

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tak sangka jugak. Tapi kesian kat pian sebab dia dah suka Rai pulak..huhu

      Delete
  4. wahhh dah klimaks!!! saspen sungguh...baca je mampu..takut nak tengok kat tv 🤣

    ReplyDelete
  5. Kena stop dulu tonton drama ni. Mulai esok Kak Amie dah mula sibuk junjung tugas tambahan sampai April.

    ReplyDelete
  6. Tertinggal ni haritu.. tapi takpa, baca aje sinopsis dulu. aahahaha.. Nanti mesti Lailerr insaf.. bawak perut.. atau hantu makan anak tu.. ohmai.. serammm nokkk

    ReplyDelete
  7. Cerita tontonan ramai ni. Memang best, itu review mama Eza. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.