Cuba Buat Air Cincau Laici Ketagih. Tak Ketagih Pulak Rasanya.

Pernah cuba air cincau laici ketagih? Lepas minum jadi ketagih sebab sedap sangat lah tu. Air cincau laici ketagih viral katanya. Tapi macam lambat pulak tahu. Ke tak berapa viral sangat sebenarnya? Terperasan ada yang share di group masakan, kita pun mulalah rasa macam nak cuba juga.

Macam sedap je buat air cincau laici ketagih ni untuk berbuka puasa atau dihidang ketika musim panas. Air cincau kosong dah biasa sangat. Why not cuba resipi air cincau laici ketagih pulak.

Resipi Air Cincau Laici Ketagih

Bahan-bahan :
1 liter fresh milk farm fresh
1 tin susu krimer Sejat Cair
1 tin susu krimer Manis Pekat
2 block cincau 
2 tin laici
biji selasih secukupnya
Sedikit garam
ais batu

Cara penyediaan :
1. Cincang cincau kemudian masukkan bersama semua bahan ke dalam bekas. 
2. Akhir sekali masukkan ais batu. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi : srezuan nazlan ismail (kalau tuan punya resipi baca, sila bagi link ye)

Itu resipi asal air cincau laici ketagih. Disebabkan nak rasa macamana rasa air cincau laici ketagih tu, saya buat secawan dan adjust sukatan bahan-bahan. Takut bila buat banyak, tak kena dengan tekak membazir pulak, kan?

Resipi Air Cincau Laici Ketagih

Derhaka sikit kat resipi asal, saya tak letak krimer sejat cair sebab dah gunakan susu segar. Nanti terlampau rasa susu pulak.

Air cincau laici ni memang sedap diminum sejuk-sejuk. Gabungan cincau, laici dan susu memang sedap. Tapi cepat muak sebab rasa susu. Sorry, tak ketagih pulak untuk buat cawan kedua. 

Minuman bersusu ni kena minum fresh selepas dibuat. Kalau simpan lama, jadi rasa tak sedap sebab susu cepat rasa masam.

Resepi guna cincau

  • air cincau kosong
  • air cincau gula melaka
  • air sirap bandung cincau 
  • air sirap bandung cincau laici
  • Jagung cincau
  • teh ais cincau 
  • milo cincau

Baru saya perasan, air cincau laici ketagih ni lebih kurang Cha bang ang/ Cha bak ang/Cha ba ang viral di Thailand. Bahan-bahan dia lebih kurang cuma tak letakkan laici je.

Cha ba ang

Sejenis pemanis mulut yang popular dan air viral di Thailand. Minuman cincau Thailand yang dicampurkan dengan susu penuh krim, susu pekat manis, susu cair, gula karamel, selasih, esen vanilla, secubit garam dan dihidangkan bersama ais batu.

Lepas ni nak cuba buat cha ba ang lah. Nampak menarik je bila campur dengan gula karamel tu. Mungkin better rasa dia. Ke macam lebih kurang air minuman boba je?

16 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sedapnya cincau minum pada waktu petang ni bestt,sejuk tekak

    ReplyDelete
  2. Nama kena gempak, barulah orang tertarik. Hehe, kalau betul ketagih kang AADK datang siasat pulak.

    ReplyDelete
  3. Ni kalau time puasa ni, mahu meleleh air liur hahaha. Memang sedap betull.

    ReplyDelete
  4. tak pernah jumpa pun resepi nih, tapi kalau ada cincau layan lak time berbuka puasa di musim panas membahang compom layan...

    ReplyDelete
  5. Wah.. boleh buat untuk buka puasa nanti ini.. Cuma nak kena adjust sukatan jelah..

    ReplyDelete
  6. First time akak denagr pasal cincau laici ketagih ni..memang la akak x perasan

    ReplyDelete
  7. suka soya cincau...menarik..ada laici, ada cincau..

    ReplyDelete
  8. Time buka puasa memang sedap minum begini. Tak lama lagi bulan puasa akan menjelma.

    ReplyDelete
  9. Kalau saya, laici campur cincau ok lagi kot. Dah dicampur susu, susah tekak aku terima. Orang lain mungkin suka.

    ReplyDelete
  10. Haah sampai guna 3 jenis susu. Rasa 2 jenis pun sudah ok.
    Hehe betul lambat habiskan susu cepat masam dan kalau minum boleh cirit-birit.

    ReplyDelete
  11. Wow... baru pertama kali jugak dengor.. Ker.. saya x berapa ikuti perkembangan semasa... Muahahaha.. Xpa.. cuba cha ba ang tuuu pulakkk. hehehe

    ReplyDelete
  12. Tengah bayangkan air tu mengalir kat tekak... aduhai, nikmatnya!

    ReplyDelete
  13. minum time berbuka memang nikmat betul ni..hehe

    ReplyDelete
  14. agaknya lebih kurang macam puding koktel or puding gembira kitorang panggil, cuma jelly/sumi tu diganti dengan cincau..guna krimer sejat lebih sedap..tapi tak berapa sihat lah kan..

    ReplyDelete
  15. mama suka buat ni sbb dia ckp klu beli kat kedai cincau sikit jer

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال