Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 9

Mendengar kata-kata Pak Leh, Mak Su naik hangin dan menghalau Pak Leh pergi dari rumahnya. Mak Su suruh Naim balik kampung untuk berbincang tentang Pian. Pian asyik terkurung dalam bilik membuatkan Mak Su risau.

Naim ajak isterinya Rose balik kampung. Tapi macam biasalah Rose tak nak ikut balik. Dia menganggap keluarga Naim bukan keluarganya. Naim tak dapat nak berbuat apa. Dia balik kampung seorang diri.

Mak Su dah tak tahu nak buat apa, Naim mencadangkan Pian berkahwin dengan Rai. Pian tak nak sebab dia tak ada perasaan pun pada Rai yang dianggap kakak tu. 

Sarah rasa tak sedap hati dan berjumpa dengan Hadi. Sarah teringat kisahnya berjumpa dengan Laila sebelum ni. Laila memberitahu Sarah yang dia akan kahwin. Maknanya dia berjaya mendapatkan Ezlan dan memberitahu Hadi tentang berita itu.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 9
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episode 9

                    aku yang kau gelar isteri full episode

Laila berjumpa dengan Cik Embun. Dia menceritakan tentang Rose. Mungkin Rose juga nak cantik macam Laila. Cik Embun mengingatkan Laila supaya tak mempercayai sesiapa.

Ezlan dan Rai sah bercerai. Rai terpaksa melepaskan hak penjagaan anak-anak kepada bekas suaminya Ezlan.

Naim datang merisik Rai untuk adiknya. Rai tak nak sebab dia sayangkan Ezlan tapi mendengarkan kata-kata Naim yang Pian banyak membantunya selama ni membuatkan Rai terkedu.

Mak Lang dah berbaik dengan Rai. Mak Lang memujuk Rai untuk menerima pinangan tu. Dalam keterpaksaan juga, Pian terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin dengan Rai.

Rais, anak Ezlan nak pergi ke sekolah. Mak Wan beritahu hal tu pada Ezlan. Bila Ezlan beritahu Laila, Laila tak bersetuju.

3 bulan kemudian...

Walaupun Pian dan Rai dah berkahwin, tapi hubungan mereka tidak seperti suami isteri. Masing-masing masih belum boleh terima kenyataan.

Di rumah Laila, Ain terdengar bayi menangis. Dia ternampak seorang bayi merangkak dan mengikutinya. Tiba-tiba bayi tersebut melompat dan esoknya Ain demam.

Bersambung...

Post a Comment

10 Comments

  1. Stress behtul kitaaaa lahhh. Adoyai!!!!

    ReplyDelete
  2. Ramai jugak ye layan drama ni, kita dah lama dah tak tengok drama melayu, so lepas ni boleh try tengok

    ReplyDelete
  3. lama lagi nak habis ni, huhuh tak sabar nak tgkkk

    ReplyDelete
  4. Akak tak tengok cerita ni. Huhu.

    ReplyDelete
  5. Aduh ada juga kes kahwin paksa dalam cerita seram ini.

    ReplyDelete
  6. Tadi sempat tonton online drama ni, tapi tak boleh layan terus...tak masuk dapur nanti hihiiiii!

    ReplyDelete
  7. Wah.. akhirnya Laila dapat juga Ezlan ye..

    ReplyDelete
  8. mak aiii seram ending episod ni! ishhhh

    ReplyDelete
  9. ade yg taw tjuk lagu dlm episode 9 ni. mse pian kna marah dgn naim sbb xnk kawin.duk cri xjumpa2.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.