Header Ads

Kuih Badak Berendam

Lama betul tak makan kuih muih tradisional yang berasaskan bertepung pulut, santan dengan inti kelapa. Kuih koci, badak berendam, kuih sopang kuih tradisional yang menggunakan bahan asas yang sama tapi rupa dan cara penyediaan berbeza. 

Apa lagi kuih yang  lebih kurang serupa macam tu? 3 tu je yang terlintas dalam kepala. 

Sejarah kuih badak berendam

Dinamakan badak berendam kerana kuih ini seperti sekumpulan badak yang  sedang berendam di dalam lumpur. Bentuk badan badak yang terendam dalam lumpur kelihatan bulat. 

Begitulah al kisahnya sejarah kuih badak berendam.

Pesan kat husband, on the way balik rumah tolong belikan laksa. Tiba-tiba rasa macam nak makan laksa pulak.

Husband kata rezeki saya dapat laksa ni sebab tinggal satu je last tu. Alhamdulillah..

Dia beli sekali badak berendam sebab dia tahu saya suka badak berendam. Sebelum ni balik segamat, kedai favourite jual badak berendam tu memanjang tutup. 

Nikmat betul bila dapat makan something yang dah lama kita teringin nak makan. Nak buat sendiri tu, aduhaiii..dia lagi sedap bila orang pandai buat tu yang buatkan. Setuju tak? Ayat mengelat nak kerja senang je cerita dia. 

Kuih Badak Berendam


Boleh tahan besar sebiji badak ni. Harga badak berendam sebiji RM0.50 sen. Beli 4 biji cukuplah untuk merasa. Nak makan banyak dan puas hati, sila buat sendiri.  Susah nak dapat kelapa muda parut yang elok. Beli kat kedai, ada kelapa tua, lepas tu diparut sekali sampai ke tempurung kelapa. Aduh!

Spoil mood nak membuat inti. Terus tak jadi buat kuih. Jadikan santan je lah gitu. Sudahnya kuih kita beli je. Kalau dapat balik kampung ni, dah lama suruh kakak buat kuih badak berendam. Dia pakar bab membuat kuih tradisional ni. Order pakai air liur je!

                    resipi kuih badak berendam versi kuih tako

23 comments:

  1. badak berendam... namanya sinonim dengan rupanya bukan rasanya

    ReplyDelete
  2. MY suka gak kuih badak berendam ni... selalu abah yang suka buat kuih kukus kukus ni... saya tak rajin.

    ReplyDelete
  3. Akak dah lama tak jumpa badak berendam ni, Fizah. Dah termasuk kategori kueh rare dah, sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Akk pun memang tak rajjnlah nak buat kuih sebegini. Teringat arwah mak akk, rajin buat kuih traditional macam ni.

    ReplyDelete
  5. hahahah k ret igt asal nama tu cam memain rupanya btul2 eh sempena rupa badak tgk berendam heheh... adoiii... org dulu2 ni klu nama kan sesuatu mesti pelik2...
    kadang2 tu unik pun ada :D

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar tu macam asam gumpal pulakkk. Lama tak makan hehehe.

    ReplyDelete
  7. sedapnya. tak pernah try lagi buat kuih ni..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap. Suka tengok gambar Fizah..

    ReplyDelete
  9. kelakar pulak akak baca ayat "boleh tahan besar sebiji badak ni" tu..hahahah

    ReplyDelete
  10. sungguh fiza..lama xmkn tau..rasanya kuih mcm ni..kat bazar ramadhan je akn jumpa..Syukur tahun ni akan berjumpa semula hehee ^_^

    ReplyDelete
  11. Tak tahu lagi rasa kueh badak berendam ni. Hihi. Cantiklah Fiza ambik gambar. Eza kena belajar lagi cara ambik gambar untuk post entry.

    ReplyDelete
  12. kuih bulan posa he hee
    ktorg bln puasa arwah mak nesti buat juih ni
    semua suka mkn
    cuma resepi mak badak berendam tpg agak pekat

    ReplyDelete
  13. Seronok tahu order pakai air liur.
    Oh kurang minat badak berendam tapi koci suka pula.

    ReplyDelete
  14. cute badak tu dalam mangkuk tu haa hahaha :)

    ReplyDelete
  15. atie tak pernah rasa lagi kuih ni, heheheh

    ReplyDelete
  16. Oooo.. begitu kisahnya. Kiranya badak yang sedang berendam tu bulunya putih juga ye... heheheee.

    ReplyDelete
  17. makan sebiji pun dh rasa kenyang. sbb size besar

    ReplyDelete
  18. ada je org jual kt dpn opis ni tp bla smpi sy beli kuih lain hehehe

    ReplyDelete
  19. Memang susah nak jumpa.. Ramadhan ini mungkinkah ada yang jual..

    ReplyDelete
  20. Sedapp, tapi kena makan berhati hati gituh..Hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.