Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Bihun Goreng Je Lah

Sumpah tak tipu! Jujur cakap, hilang idea dah nak masak apa. Selera masing-masing terhadap nasi dah kelaut sangat dah ni. Pagi tadi masak bihun goreng je lah untuk brunch. Menu breakfast dan lunch sekali senang. 

Ikutkan husband nak buat tortilla wrap je. Tapi semalam dah tortilla wrap. Jemu pulak nanti. Malam tadi pun dinner nasi lemak daun pisang RM2 sebungkus tu. Alhamdulillah kenyang. Jimat tenaga masak dan jimat belanja.

Boleh tahan banyak juga sebungkus nasi lemak tu. Okaylah kan sorang sebungkus, janji kenyang je sudah. Makan malam tak payah nak beria sangat. Syukur je lah apa yang ada pun.

Bihun goreng nak sedap tambah udang kering dalam bahan tumis tu. Itulah salah satu rahsia bihun goreng sedap. Kan? 

Bihun Goreng

Masak bihun goreng terpedas sikit hari ni. Terlebih cili api ke atau cili kisar yang pedas entah. Tapi sedaplah walaupun pedas lebih sikit daripada biasa.

Rencah pun letak apa yang ade je ni. Letak udang, fishball, telur, sayur sawi dan taugeh. Tak de lah nampak sangat 'bihun bodo'. 

                   resipi bihun goreng singapore


Nak update blog pun tak ada idea dah ni. Santai-santai je entry petang ni sambil menunggu parcel sampai. Paling menyampah tunggu parcel sampai. Tak senang kerja dibuatnya. 


Betul lah kata pepatah, penantiaan satu penyeksaan!


Post a Comment

11 Comments

  1. alamak k ret klu bole nk elakkan udang kering sbb kurang gemar tapi kalau kena makan org masak yg dah letak udang goreng, kita jamah jgk la sikit, kang kecil ati tukang masak :p

    ReplyDelete
  2. Hari hari memasak pun naik jemu jugak tak tahu nak masak apa, betul tu, tunggu parcel sampai memang tak senang duduk kalau takde orang lain kat rumah. Nak mandi ke makan ke semua tak kena sebab takut courier hantar barang masa kita tengah buat kerja hahaha

    ReplyDelete
  3. bihun ni selalu jadi menu breakfast hujung minggu hehee tp tu laa, bihun bodo je laa

    ReplyDelete
  4. tu lah, orang cakap macam tu tapi akak tak suka bihun goreng rasa udang kering huhu

    ReplyDelete
  5. bihun gorenggg..suka..just nice utk dinner..

    ReplyDelete
  6. nampak bihun goreng tu macam nak keluarkan dari skrin laptop. so real...
    udang kering sbg penyedap...hmmm..tak pernah letak..nanti cuba...

    ReplyDelete
  7. Beli apalah itu? Hehe betul menunggu memang seksa. Kalau tiba-tiba muncul, gelabah cari tudung dan baju panjang.

    ReplyDelete
  8. Sedaplah bihun goreng. Suka makan apalagi yang ada aksesori macam Fiza masak tu. Tak ada aksesori pun kalau makan dengan kicap lada, laju jew masuk mulut.

    ReplyDelete
  9. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap bihun goreng

    ReplyDelete
  10. Kalau saya, bihun cammpur telurbpun dah sodappp.. Hahahaaahah. menyampah tunggu larcel.. tapi nak guna itu baranggg.. terpaksaaaaaa jugak lerr.. hahahahsha

    ReplyDelete
  11. parcel dah sampai ka belum tu ? hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.