Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Paling Mudah Dan Sedap

Thursday, December 17, 2020

Late dinner. Itu biasa. Bila minum petang lambat, kononnya dah kenyang tak nak dinner. Itu pun biasa. Yang luar biasa bila dapat dinner udang galah masak lemak cili api. Rezeki balik kampung haritu mak bagi bekal udang galah fresh.

Udang galah sungai all time favourite. Nak cepat masak, kita masak udang masak lemak cili api ikut resepi original masak lemak cili api. Tak perlu bawang bagai. Janji ada cili api dan kunyit hidup. Gerenti jadi!

Udang masak lemak kuning ni memang sedap kalau ikut resepi original masak lemak cili api style orang dulu. Ringkas dan menyelerakan. Kalau ada nanas tu boleh lah buat udang masak lemak cili api nanas.

Resipi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Paling Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan

2 ekor udang galah
Cili Api (sukat ikut tahap kepedasan masing-masing)
1-2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
2 cawan air
1/2 kotak santan
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit (koyak-koyakkan)*optional
1 batang serai (diketuk)*optional

Cara penyediaan

Blend cili api dan kunyit hidup. Masukkan udang galah, bahan blend tadi, garam, air, santan, asam keping, daun kunyit dan serai dalam periuk. Hidupkan api dapur, kacau dan biarkan masak. Tak nak santan berketul ketul dan cantik, kena rajin mengacau.

Kalau tak, biarkan je masak gitu pun boleh. Cara masak setiap orang lain lain tapi bahan-bahannya lebih kurang je. Fiza suka letak serai dan daun kunyit. Aroma serai dan daun kunyit tu best. Lagi sedap masak lemak cili api udang galah tu.

Yang tak suka serai dan daun kunyit tu tak perlu letak pun takpe. Apa jenis udang masak lemak cili api, macam ni lah caranya Fiza masak pun. Senang!


15 comments

  1. Sedap sangat ni, mesti manis je rasa udang tu

    ReplyDelete
  2. woww...besarnya udang. kecur ailio tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat udang beso sungai segamat kak yan :)

      Delete
  3. Eza kena try resipi Fiza ni. Moga husband dapat rezeki udang galah next trip pancing dia. Last trip dia dapat seekor je. Hihi Eza masak tiram ke apa. Main taram je masak. HAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba. Semoga tangkapan berhasil dapat udang galah. Aaminn..
      Main taram janji kena dengan tekak kira okay lah tu Eza :)

      Delete
    2. Amin.. Haha.. Aminkan sekali doanyaa

      Delete
  4. Replies
    1. Sabah banyak hasil laut. Udang galah mesti lagi murah sana kan.

      Delete
  5. Replies
    1. Ye, boleh tahan harganya. Sekali sekala dapat. Alhamdulillah. rezeki :)

      Delete
  6. Perghhhhh, memang sedap gilaaaa ar! Menyelerakan oiii... kalau siap nanas tu lagi bertambah selera gak tu..

    ReplyDelete
  7. tq fiza utk resepi ni :)
    tak pernah lg shida cuba msk udg galah :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.