Rendang Kupang Dan Sayur Labu Masak Lemak Putih. Harini Mood Rajin Masak!

Harini mood rajin sikit ke dapur. Ada stok kupang yang dah siap masak dan dikopek cengkerangnya siap-siap petang semalam. Harini kenalah masak kan dia. Simpan lama tak sedap pulak nanti. Stok santan segar pun masih ada lebihan buat rendang sotong kembang selit kupang haritu.

Ini kira tebus balik masak rendang kupang yang tak cukup hari tu. Husband pun dah siap cakap masak rendang kupang je lah. Sedap katanya. 

                   resipi kupang sambal tumis cili api
                   resipi kupang goreng berlada

cara buat rendang kupang saya dah kongsikan dalam entri sebelum ni, boleh klik link yang saya kongsikan kat atas tu. 

resipi rendang kupang sedap dan mudah

Sambil menunggu rendang masak, saya siapkan sayur labu masak lemak. Masak suku je dari buah labu. Dapatlah semangkuk. Masak sikit bukan apa, sebab husband tak makan. Kenalah masak sikit je untuk makan sorang. 

Masak lemak labu putih simple

Labu masak lemak ni agak cair sikit sebab guna santan segar perahan hujung hujung. Tak berapa pekat sangat. Alang alang guna santan segar buat rendang, masak lah sekali untuk sayur lemak labu. Dia lagi sedap guna santan segar walaupun cair.

Masak lemak labu putih simple

Rasa santan segar tu lagi harum dan berlemak sikit. Lama tak makan labu. Barulah berselera sikit makan masakan yang dah lama tak makan. 


Ada lebihan labu tu macam plan nak buat onde-onde labu. Entah jadi ke tidak ni. Takut takut termalas pulak petang nanti. 



10 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Wah! Sedapnya. Tumpang jamu mata di sini sekejap.

    ReplyDelete
  2. Tidak sedap ke sebelum ini kupang campur sotong kembang?
    Macam buat lauk balas dendam: kupang semata-mata.

    ReplyDelete
  3. tok tok! tuan rumah ada x? sy dtg nk mkn hahahahha

    ReplyDelete
  4. Teknik mengambil gambar yang membuka selera orang yang melihatnya. ��

    ReplyDelete
  5. menu sedap membuka selera ni...dah lama tak makan masak lemak labu..

    ReplyDelete
  6. terlambat atie bw sini, dah menjadi pun onde onde labu tu hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال