Header Ads

Hujan di Pagi hari

Awal pagi sebelum subuh dah kedengaran bunyi hujan lebat turun. Masa ni dah bangun berjaga dah. Nampak gaya macam hujan lama je ni. Ini kalau tengah mengantok, tak sorong bantal pun boleh sambung tidur.

Dua tiga hari ni kerap hujan. Alhamdulillah hujan rahmat dipagi hari. Sejuk sikit cuaca bila dah lama panas berpanjangan. Sekarang pun tengah musim bunga sakura. Kemain lagi, Malaysia pun nak acah-acah musim bunga.

Ingat lagi zaman sekolah, kalau hujan awal pagi rasa malas betul nak pergi sekolah. Liat betul nak bangun pergi sekolah. Paling menakutkan kalau dalam kasut sekoleh tersorok seketul katak! Hilang semangat nak pergi sekolah.

Konsep yang sama jugak bila bekerja dulu. Malas betul nak drive masa hujan sebab confirm akan jammed. Masa ni kalau mood tak baik boleh bergaduh berebut jalan 2 lane jadi 1 lane. Berlawan dengan lori memang kau kalah.

Hujan di Pagi hari

Harapnya hujan-hujan ni tak mengantoklah ye. Kepada yang berpuasa, selamat berpuasa. 2 hari lagi nak masuk bulan April, lepas tu bulan Ramadhan. Kejap je masa berlalu. Tapi Covid tak berlalu pergi lagi.

Entry pendek je lah pagi ni. Serius hilang idea nak menaip apa. Cerita pun nan hado. Otak penat dengan kerja dan sibuk. Bila tak cukup rehat, pantang letak kepala terus boleh terlelap. Kalau tidak, jenis manusia yang susah nak lelap mata.

Ada hikmahnya bila sibuk dengan kerja, mudah nak tidur lena. Hari ni baru ada masa sikit nak sambung blogwalking. Maaf ye kawan-kawan.

17 comments:

  1. xde idea tapi panjang gak tulis.. kihkih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terbebel panjang pulak wak. Nampak panjang, dah baca pendek je kan :)

      Delete
  2. Hujan pagi pagi hari memang lagi syok tarik selimut then sambung tidur hehehe.
    Jangan lupa rest tau! Semoga sihat sihat selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak tarik selimut, banyak kerja menanti.

      Aaminn..Terima kasih Atiqah atas doanya. Semoga awak pun rehat dan sihat selalu. Aaminn

      Delete
  3. Kat tempat saya masih hujan waktu ini. Best je cuaca sejuk.Tak macam biasa waktu ini pasti panas terik. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. hujan pagi tadi..siap guruh lg..gloomy day..

    ReplyDelete
  5. Alkisah hujan di pagi hari tadi.. Keluar rumah naik motor sebab belum hujan, tapi sekerat jalan tup² hujan lebat. Berhenti sebentar menunggu hujan reda, tapi tak reda². Dalam hati nak tinggalkan motor dan tempah grab car. Berkali² cuba tapi tiada pemandu. Akhirnya balik rumah untuk ambil kereta. Sampai rumah basah sedikit, tukar baju. Nak keluar, tiba² elektrik terputus. Autogate tak boleh buka. Kereta pun tak boleh keluar rumah. Akhirnya, tempah sekali lagi grab car, syukur dapat.. Sampai pejabat dah jam 9 lebih . ������

    ReplyDelete
  6. sedap betl hujang pagi tadi... memang malas betul nak bangun!
    Kak ret lepas bkfs bole smbg tido balik tadi hahadoiii

    ReplyDelete
  7. Luruh semua sakura lepas hujan. Alhamdulillah, hujan tu kan rahmat. Semalam kalau tak kerana keje memang nak tarik selimut

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. sejuk je bila hujan turun..

    ReplyDelete
  9. Rehat perlu cukup, barulah happy sepanjang waktu.
    Time hujan memang rasa nak tarik selimut sambung tidur hahahaaaa.

    ReplyDelete
  10. Haah seronok hujan lama-lama awal pagi.
    Hehe akak kusut juga fikiran minggu lepas. Minggu ini ajaib otak ok lepas kena cirit-birit.
    Semoga dipermudahkan urusan Fiza. Biasa ada turun naik kehidupan.

    ReplyDelete
  11. Best kan hujan.. lagi lagi kalau hujan time kita kat rumah... Memang nak lelapp aje.. hahahaha.. Kalau kat tempat kerja... rasa malas malas gitu.. layan cuaca....

    ReplyDelete
  12. cantiknya la hai gambar tu..sekarang memang selalu hujan, tapi kat johor petang2 baru hujannya..

    ReplyDelete
  13. kalau berlawan dgn lori atau bas .. mmg lupakan ja.. baik slow kan keta kita sbb diorg bukan peduli

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.