Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Punca- Punca Bil Elektrik Tinggi. Jangan Salahkan Penapis Air Je!

Terbaca satu petikan berita semalam mengatakan penapis air punca bil elektrik tinggi. Dah kenapa pula tiba-tiba nak petik penapis air punca bil elektrik tinggi.

Baca tajuk berita je dah membuatkan warganet yang memakai penapis air jadi marah. Ye lah, sebelum ni pakai penapis air sama aje bil elektriknya, tak tinggi pun. 

Sebenarnya peralatan yang menggunakan elektrik yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk adalah punca utama bil elektrik meningkat tinggi. 

Young Living Diffuser
gambar hiasan, bau bacang dengan tajuk


Terutamanya musim panas yang sedang melanda sekarang ni. Jangan pelik kenapa bil elektrik tiba tiba tinggi.

Penapis air, penghawa dingin, peti ais dan banyak lagi antara contoh-contoh barang elektrik yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketika musim panas.

Penapis Air

Musim panas, mungkin tanpa sedar kita akan lebih kerap mengambil air sejuk dari penapis air, peralatan tersebut akan menggunakan lagi banyak tenaga elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Satu lagi, jika penapis air minuman yang menyimpan air sejuk habis, ia akan di isi dengan air baru. Dan ketika ini kompresor akan berfungsi menyejukkan air. Lebih banyak isian semula, lebih keraplah kompresor bekerja dan ini menyebabkan kadar peningkatan penggunaan elektrik.

Peti Ais

Rasanya semua orang tahu yang lebih kerap kita membuka peti sejuk ia juga meningkatkan kadar tenaga elektrik. Sama konsepnya dengan penapis air, peti ais juga akan menggunakan tenaga elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Penghawa dingin

Bil elektrik tinggi sebab aircond? Ini mesti kes kerap guna penghawa dingin. Pulak tu tak servis, penghawa dingin kena bekerja lebih, bertambah lah penggunaan tenaga elektrik tu.

Penetapan suhu antara 24 hingga 26 darjah celcius boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Pastikan penghawa dingin diservis secara berkala supaya ia dapat berfungsi secara lebih efisien dan lebih jimat.

Ada yang buat aduan bil elektrik tinggi walaupun tak menggunakan penghawa dingin. Tahukah anda, barang elektrik yang lain juga menggunakan elektrik. Sedar ke tidak tu?

Jadi di sini, bukanlah menyalahkan penapis air je sebagai punca bil elektrik tinggi. Banyak sebab lagi. Biasalah musim panas ni, barang elektrik bekerja lebih daripada biasa.

Kipas pun lebih kerap digunakan musim panas ni, kan? Bil elektrik tinggi tu puncanya dari penggunaan barang elektrik secara kerap atau tidak. Lagi kerap guna, lagi banyak lah tenaga elektrik digunakan.

Tambah lagi bila kita sekarang ni banyak masa di rumah je. Bil elektrik tinggi pkp tu dari tahun lepas lagi. Mujurlah masa tu ada subsidi Bantuan Prihatin Elektrik (BPE).

Nak jimat tu kena pandai-pandai lah. Jangan salahkan penapis air je, kesian dia. Walaupun saya tak guna penapis air, tapi kesian juga si penapis air dipersalahkan jadi highlight tajuk dia. Mana tak marah penjual penapis air.

Terus orang tak nak beli penapis air dah sebab takut bil elektrik tinggi. Tapi memang bil elektrik akan berlaku peningkatan pun lepas menggunakan penapis air buat pertama kalinya. Cuma bila dah biasa guna tu, nanti bil elektrik akan meningkat dan benda tu akan dianggap biasa je. Kan? 

Kena pandai guna konsep jimat elektrik kalau tak nak bil elektrik tinggi. Kenapa bil elektrik naik mendadak? Mana taknya, zaman PKP ni bermacam gajet dapur kita beli. Air fryer, air cooler, bread maker, diffuser dan bermacam-macam lagi lah barang elektrik.

kredit : bernama 

Post a Comment

11 Comments

  1. terima kasih perkongsiannya :)

    ReplyDelete
  2. charging phone,tablets smua ni pun punca bill eclectic naik kan

    ReplyDelete
  3. Ingtkan palingvpunca bila pasang owl tu.. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Haha..betul.
    Terkena pulak ramai yang duduk di rumah...wfh, pdpr. On segala gajet, kipas, aircond..memang la melambung bil.

    Akak pun belum guna mesin penapis air, berdua je..masih belum perlu.

    ReplyDelete
  5. Nak nak sekarang ramai wfh, student odl, lagi lah mencanak naikk bil electric nya, laptop, telefon lagi semuanya pakai electric

    ReplyDelete
  6. Kipas je dah 3 on, aircond lagi, mana bil tak naik. Tak cukup kipas atas, kipas bawah lagi. Hehe. musim panas, kan. Sama-samalah kita cuba jimat. Bila nak keluar, tutup suis. Extension pula semua on, padahal yang guna cuma 1 benda. :)

    ReplyDelete
  7. Haha kasihan penapis disalahkan. Kalau guna lama memanglah tinggi bil. Tidakpun guna tenaga solar. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Betul tu Fiza, banyak bebeno barangan elektrik yang kita gunakan. Dah tak terbilang oleh jari kiri kanan dah. Kipas jew entah berapa biji berpusing sepanjang hari, bilik anak-anak, bilik tamu, dapur, tu belum aircond waktu malam, peti sejuk, freezer, penapis air....uwaaaaa! Tak larat nak hitung. Patutlah suami asyik berbunyi kalau datang bil letrik!

    ReplyDelete
  9. Peti ais lah kan.. huhuhu..
    Nak buat macam mana kehidupan sekarang..

    ReplyDelete
  10. mungkin laa yg menyebabkn bil naik tu org dlm rumah tu ramai. dgn air cond, kipas, main game non stop... sian penapis air dipersalahkn😊

    ReplyDelete
  11. yeee..hari ni masuk opis, rasa panas aje..rupanya boss bagi arahan tutup aircond yang biasa kitorang guna...pakai aircond belah lain lak..sebab katanya bil naik dua kali ganda bulan lepas..padahal, sebenarnya bil tu bil tertunggak sebulan..sabor je lerr ciksun 🤣😂

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.