Header Ads

Resipi Onde Onde Labu Sedap Manis

Onde onde, buah melaka atau kuih kelepong (panggilan orang negeri sembilan) merujuk kepada kuih tradisional bentuknya bulat dengan inti gula melaka disalut dengan kelapa parut. Onde onde ni kuih pemanis mulut yang popular masa bulan puasa.

Kat Johor panggil kuih buah melaka. Ingat lagi zaman kanak-kanak, bila mak nak buat kuih buah melaka bulan puasa. Petang sebelum berbuka tu sibuklah nak tolong buat kuih buah melaka ni. Tolong sendok kuih yang dah timbul, lepas tu golekkan dalam kelapa parut.

Kuih buah melaka warna hijau itu biasa. Kira standard warna lah pada zaman tu. Zaman sekarang ni macam-macam warna ada. Pernah juga buat kuih buah melaka warna pink, gunakan pewarna merah. 

Kalau guna pewarna asli, kuih buah melaka warna biru atau purple boleh gunakan bunga telang. Hijau guna daun pandan (ini biasa), untuk warna kuning boleh gunakan buah labu.

Ada lebih buah labu masak lemak putih semalam, sempat jugaklah menyiapkan kuih buah melaka labu/onde-onde labu manis. Cara membuat onde onde labu sama je macam resipi onde onde yang biasa tu, cuma tambahkan isi labu je.

Kadang-kadang pening juga labu ni tak tahu nak masak apa, kan? Asyik masak sayur je, sesekali kita pelbagaikan resipi labu. Untuk peminat buah labu, boleh cuba aneka masakan daripada labu ni.
 

Resipi labu 

  • Sayur labu masak lemak putih
  • Onde onde labu
  • Kuih koci labu
  • Kuih lepat labu
  • Pengat labu
  • Bubur labu
  • Cucur manis labu
  • Donut labu
  • Roti labu
  • Bingka labu
  • Kuih bom labu
  • Kuih lapis labu
  • Puding labu
  • Kuih nona manis labu
  • Kuih talam labu
  • Labu goreng rangup


Inilah hasil onde onde labu saya buat, terlebih salutan kelapa parut pulak. Warna kuning onde onde labu ni cantik walapun tak guna pewarna. Terserlah warna kuning terang tu. Walaupun presentation dia tak seberapa, tapi rasa onde onde labu ni sedap. Manis dan taklah rasa labu sangat pun.

Pertama kali buat onde onde labu dan pertama kali rasa. Sedap lah untuk yang suka makan labu.

Resipi Onde Onde Labu Sedap Manis

Resipi Onde Onde Labu Sedap Manis

Bahan-bahan 
Labu dikukus dan dilenyek (saya guna suku dari sebiji buah labu saiz kecil)
2 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
Sedikit garam
Air secukupnya
1 ketul gula melaka (potong dadu)
½ biji kelapa parut (kelapa muda)

Cara membuat onde onde labu

  1. Dalam satu bekas, satukan labu, tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat.
  3. Ambil adunan, bulatkan dan leperkan.
  4. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Bulatkan lagi sepeerti bebola.
  5. Sebelum tu, panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola yang dah siap tadi dalam air yang dah mendidih.
  6. Bila bebola kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
  7. Dalam bekas lain, sediakan kelapa parut bersama sedikit garam. Bebola yang dah ditoskan tadi, golekkan dalam bekas kelapa parut.
  8. Dah siap bersalut kelapa parut, dah siap untuk dihidangkan.

Untuk husband, kenalah buat onde onde yang biasa sebab dia tak makan labu. Sebenarnya guna air kisar daun pandan, tapi macam biasalah warna pandan original kurang pekat warnanya. Pewarna hijau pun takde, pucat lesu putih je lah rupa dia.

Kuih buah melaka

Bila buat sendiri, puas hati makan sebab letak inti buah melaka lebih dan letak kelapa parut lebih. Kalau beli, 4 biji dah RM2. Standard harga kuih sekarang sebiji RM 0.50 sen. Bila gigit, meletop dalam mulut. Sesuai sangat buat minum petang dan kuih muih untuk berbuka puasa.



13 comments:

  1. My favorite! Pernah buat sekali tapi tak jadi bulatnya ahaha jadi leper je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lebihkan tepung lagi tu kot, then masa bulatkan bagi padat sikit.

      Delete
  2. kean makan terus ngap sebiji dalam mulut
    tal boleh gigit2

    ReplyDelete
  3. kakmim x pernah lg rasa onde² labu ni tau

    ReplyDelete
  4. Ahhh keluar dahhhh menu berbuka puasa hehehe

    ReplyDelete
  5. Hehe kegigihan buat 2 jenis onde-onde.
    Haah tak nampak warna hijau.

    ReplyDelete
  6. Memang buat sendiri lebih puas hati dan puas makan..

    ReplyDelete
  7. Waa.. kegemaran ni.. Ada juga disebut kuih buah Melaka. ��

    ReplyDelete
  8. nde-onde labu memang sedap Fiza. Kak Amie suka sangat!
    Tak kisahlah warna nampak pucat, yang penting rasanya menepati selera.

    ReplyDelete
  9. firt time nampak onde-onde labu ni. nice :)

    ReplyDelete
  10. sedappp! antara kuih kegemaran akak dan suami juga...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.