Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Resipi Ayam Goreng Kunyit Berlada

Selera makan ayam dah kembali lagi. Sebelum ni dah masak ayam kicap, lepas tu masak ayam goreng kunyit berlada. Dua-dua resipi mudah je. Bila kau dah ada mood makan ayam, boleh lah pelbagaikan menu untuk tidak boring.

Resipi ayam goreng kunyit berlada ni mengingatkan zaman masa kanak-kanak. Dari kecil mak dah ajar makan pedas. Itu yang suka makan pedas. Mak masak simple simple je pun sedap. Air tangan mak, kan? Mana mahunya tak sedap!

Masakan kampung ni kalau nak sedap, memang kena gunakan lesung tumbuk bahan-bahan tu. Saya masih gunakan lesung untuk masakan simple. Masak untuk portion berdua bolehlah. Cuba kau kena masak portion saiz besar, blender jugalah dicari. 

Tapi kalau dah sejenis gigih jugak nak menumbuk, why not?

Perasan juga ada resipi ayam goreng kunyit viral. Kenapa tiba-tiba viral, oh patutlah pun sebab resipi ayam goreng kunyit khairul aming rupanya. Saya tak gunalah resipi tu. Ini resipi mak saya, masak cara saya. 

Resipi Ayam Goreng Kunyit Berlada

Ayam dalam gambar terlebih 'nur'. Kuning bercahaya betul rupanya. 

Resipi ayam goreng kunyit berlada

Bahan-bahan :
Ayam potong kecil
Cili api (ikut tahap pedas masing-masing)
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang meraha atau boleh guna 1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang serai * diketuk
serbuk kunyit
garam
minyak masak
air secukupnya

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu. 
2. Sambil menunggu ayam masak. Tumbuk cili api, kunyit, bawang merah dan bawang putih.
3. Bila ayam dah masak, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak dan tinggalkan minyak untuk menumis bahan tumbuk. Tumiskan serai di ketuk dengan bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan garing sikit. Masukkan garam sikit tak perlu banyak.
4. Masukkan air kalau nak ayam goreng kunyit berkuah sikit. Akhir sekali baru masukkan ayam goreng yang dah masak dan gaul rata. Siap!

Resipi ayam goreng kunyit berlada versi orang dalam mood rajin. Rajin nak menumbuk atau nak blend. Bila datang malas tu, potong potongkan je bahan tumbuk tadi tu. Pun boleh. Sedap juga cuma kurang mesra lah rasa dia.

Resipi ni lebih kurang resipi ayam goreng berlado minang. Kalau nak tambah asam keping, tomato atau bahan-bahan masam pun boleh. Kali ni saja tak nak letak asam keping, nak kekalkan rasa pedas bersama serai dan kemanisan bawang.

Ada orang suka goreng ayam half cook, selera saya goreng masak terus. Ikut selera masing-masing. Janji menepati selera sendiri.


Post a Comment

13 Comments

  1. sedap nih, akak biasa panggi ayam masak cili ... kering-kering gitu tapi layan makan dengan ulam atau sayur lemak

    ReplyDelete
  2. wak dh lama x makan ayam goreng kunyit tapi ni tambah berlada., tgk gmbr yg ohsem pon lg sedapp., ;p

    ReplyDelete
  3. Aaa... sedapnyaaaa... saya suka jugak.. asalkan lembut isi di dalam... fuhhh...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap jugak ni. makan kunyit bagus utk kesihatan dalaman fiza :)

    ReplyDelete
  5. memang ada nur ayam tu ek..hahaha..kalo akak pulak, tak boleh ayam or ikan half cook..kena masak sepenuhnya...kalo rasa tak masak tu memang terbantut selera..

    ReplyDelete
  6. Ayam macam ni makan dngan nasi panas je memang menambah. Sedapnya

    ReplyDelete
  7. Menarik nampak nya cara fiza ni :)

    ReplyDelete
  8. Ok ni pun Eza akan try. Hehehe. Eza masih belajar lagi memasak ni. Nice sharing. Tq sangat.

    ReplyDelete
  9. Hehe masing-masing ada cara masak ayam masak kunyit.

    ReplyDelete
  10. yang jenis masak berlada ni atie kurang makan, sbb pedas haha

    ReplyDelete
  11. aida suka half cook, fiza.
    tapi kalau cook pun, apo salah kan :)
    kalau sodap, abis jugak.
    ni lauk kegemaran aida, senang nak masak.
    and anak2 kalau makan, abis sekali hidang!
    senang ati kita yg penat masak ni :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.