Header Ads

Cherry Tomatoes, Comel dan Manis. Sedap di Makan, buat pencuci muka Pun Boleh.

Suka makan tomato? Saya suka je makan tomato tapi tak de lah sampai tahap makan tomato macam makan buah. Maksudnya makan macam tu je. Tak boleh masuk ke tekak.

Nak makan tomato kena makan dengan makanan lain. Tapikan kalau dapat cherry tomatoes manis ni sedaplah kalau nak makan macam tu je. Comel-comel saiz dia macam buah anggur. Rangup dan manis isinya.

Adakah tomato sayur atau buah?

Tomato dikatakan buah dan tergolong dalam keluarga berries, berbiji dan berair. Berries juga terdapat banyak jenis. Tomato juga adalah sejenis sayur sebab banyak digunakan dalam masakan dan tidak dimakan seperti buah.

baca juga : tomato, buah ke sayur?

Ringkasnya, tomato ni ada banyak jenis. Ada kategori sayur dan buah. 

Cherry tomatoes yang comel ni rasanya manis. Siapa yang suka makan tomato tu, makan cherry tomato ni sedap. Dia rangup dan manis.

Saya suka letak cherry tomatoes ni dalam masakan especially spaghetti. Memang sedap letak cherry tomato ni berbanding tomato besar yang dipotong dadu.

Kalau nak letak cherry tomatoes dalam masakan, boleh letakkan terus atau dipotong dua. 

Cherry Tomatoes Manis

5 Cara simpan tomato supaya tahan lama

  1. Tak semua benda kena boleh simpan dalam peti ais. Sebenarnya buah tomato kita boleh simpan di luar je. Letak di dalam bekas terbuka dan simpan di ruangan dapur sama seperti menyimpan bawang. 
  2. Asingkan tomato daripada bahan lain samada simpan di luar ataupun dalam peti ais.
  3. Simpan tomato yang terlalu dalam plastik jika diletakkan dalam peti ais.
  4. Jangan buang tangkai yang ada pada tomato untuk mengekalkan tahan lama
  5. Letakkan tomato secar upside down untuk mengelakkan tomato tahan lama dan tidak lembik.

Cherry Tomatoes Manis

Kalau beli tomato besar, saya suka simpan di luar je. Tapi kalau tomato comel macam ni lebih tahan lama kalau disimpan dalam peti ais.

Cherry tomatoes sedap dicampurkan dalam spaghetti, tortilla wrap, salad dan menu masakan lain. Untuk orang diet makan eat clean sesuai sangat.

Pencuci muka tomato bersihkan kulit dan Jadikan kulit lebih glowing

Saya pernah baca satu tips kecantikan menggunakan tomato. Lebih jimat rasanya kalau gunakan cherry tomato ni daripada guna sebiji tomato besar tu.

Tips Cuci Muka dengan tomato beku

Basuh dan simpan tomato dalam peti ais sejuk beku. Tinggalkan semalaman.
Esoknya ambil dan gosokkan pada kulit lebih kurang 15 minit macam tu. Biarkan selama 1 jam dan kemudian cuci kulit muka macam biasa.

Buat setiap pagi, nanti kulit akan jadi lebih bersih dan glowing. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang berjerawat dan tona tak sekata. Boleh lah cuba petua kecantikan menggunakan tomato ni.

Tapi kalau rasa macam kulit jadi lebih teruk, sila berhenti amalkan. Mungkin kurang sesuai lah tu. Jenis kulit orang berbeza. Kalau berhasil, boleh lah diteruskan. Rajin tak rajin je lah nak mencuba ni.


17 comments:

  1. suka tgk tomato ceri ni.. comel.. tp akak mkn mcm tu je la.. kalo mmg xde rasa nk mkn, tinggalkan je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru penggemar tomato, boleh makan macam tu je :)

      Delete
  2. Dulu pernah try cuci muka pakai tomato, serik dah hahah sebab tak menjadi. Terus naik jerawat kat dahi, besar pulak tu. Dia atas kesesuaian kulit masing masing kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sesuailah tandanya tu kan. Mujur lah stop. betul betul, masing masing kulit berbeza dan ikut kesesuaian jenis kulit.

      Delete
  3. kak ret pun bkn peminat tomato tp yg tomato kecil2 ni mmg sedap kan..
    Makan camtu je mcm buat kudap2 pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dikategorikan sejenis tomato yang sedap dan boleh dimakan. jenis besar memang tak lalu nak makan terus :)

      Delete
  4. Suka sangat dulu buat snacking tomato cherry ni..
    Selalu beli tomato memang dah tak de batang..

    Tq sharing cara simpan tomato ..

    ReplyDelete
  5. tomato ceri ni orang selalu buat makan gitu saje tapi akak tak boleh telan lak kalo camtu je..mesti nak makan dengan sanwich ke atau campur dalam makanan lain..

    yang untuk kulit tu, kena belah dulu ke tomatonya atau kena blend ke..

    ReplyDelete
  6. Kak Amie suka jadikan tomato ceri sebagai snack. Sedap sangat makan cecah dengan serbuk asam boi! Tak sedap berpuluh biji masuk perut!

    ReplyDelete
  7. Ada tanam tomato ceri. Memang satu keperluan tomato ada dalam peti sejuk.
    Memang buat kuah spagheti guna tomato segar dan masak untuk kisar.
    Makan begitu sahaja tiada masalah. Kira peminat tomato selain lobak merah.

    ReplyDelete
  8. Kawan saya guna cara tomato letak kat muka tu.. memang flawless.. jadi putih merah merah.. cantik... zaman sekolah dulujimat plak tu... Tapi kalau kita selang selang guna dengan pencuci muka biasa tu.... jadik tak ek... buleh tnye mr google t.. hahaa

    ReplyDelete
  9. takleh nak makan sbb masam but its good utk skin !!! kawan atie guna tiap hari.. kulit dia flawless gila

    ReplyDelete
  10. Tomato kecik ni kalau makan dengan thousand island pun sedap. Hehe, tapi letak kat spaghetti blognese tu tepat sangat. Eza pun suka letak mini tomatoes ni. Kalau takda, guna je la tomatoes saiz normal lepas tu potong dadu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.