Syamel dan Ernie Nikah

Selamat sudah pasangan selebriti popular Syamel dan Ernie nikah pagi tadi dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Syamel Aqmal Moh Fodzly, 28 dan Nur Ernie Shahirah Zakri, 29 diwalikan bapanya Zakri Ahmad dilansungkan di sebuah Masjid Puncak Alam.

syamel dan ernie nikah
sumber : sweetpictures


Syamel a.k.a BangMel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 berserta seutas gelang tangan berlian selain wang hantaran yang tidak dinyatakan jumlahnya. Syamel memberikan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ernie.

Majlis pernikahan Syamel dan Ernie hanya dihadiri oleh keluarga terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP). Dikatakan majlis secara tertutup akan diadakan disebuah resort di Serendah dengan bertemakan Melayu Klasik kendalian oleh The Wedding Heritage (TWH).

Baru teringat pernah review TWH ni satu masa dulu. Menarik pakej dia, boleh tahan wow juga!

Malam Berinai Ernie Zakri
sumber : google


Kisah cinta Ernie dan Syamel bukan lagi rahsia. Hubungan Syamel dan Ernie mula rapat selepas terlibat dalam sebuah rancangan iaitu program Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017. Mereka telah menjadi pasangan duet dan muncul juara dalam rancangan tersebut.

Syamel dan Ernie juga pernah dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik untuk lagu Aku Cinta dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) tahun 2018.

Hubungan Syamel dan Ernie bukan lagi spekulasi bila mereka berdua mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020. 

Syamel dan Ernie Tunang
sumber : google

Alhamdulillah, seronok bila tengok pasangan pengantin baru membina masjid. Berseri seri pengantin baru. Terpaling suka dengan busana dari tunang, malam berinai dan nikah simple je. Tak sarat dengan perhiasan. 

Who's next? Ada yang menunggu berita gembira neelofa dan Pu Riz nikah. Katanya majlis minggu ni tapi tuan punya badan masih berdiam diri. Tandanya belum lagi lah tu. Pandai pandai je netizen cakap Neelofa dan Pu Riz nikah hari ni. 

Biodata ringkas Ernie 

Seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Pernah menjadi juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009. Tahun 2018, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32 duet bersama Syamel. 

Beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Berbakat besar dalam nyanyian sama seperti makcik dan pakciknya Ziana Zain dan juga Anuar Zain.

Biodate ringkas Syamel

Seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel adalah bekas peserta Akademi Fantasia 2015 dan menang sebagai naib juara.

sumber : utusan.com.my

14 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Wah dah selamat ye jadi suami isteri. Semoga berbahagia selalu!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. moga bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  3. Tahniahhhh, suka dorang ni..comel! Hihi~ Moga bahagia berpanjangan..AMIN

    ReplyDelete
  4. Comel sangat tau diorang ni. Hepi tengok ramai artis naik pelamin

    ReplyDelete
  5. Ini pun majlis nampak ringkas dan comel.

    ReplyDelete
  6. ms diorg duet lagu Aku Cinta tu sy dpt rasakan yg diorg ni ada jodoh. ternyata mmg betul. barakallahulakuma ;-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Semoga berbahagia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  8. suka sangat tengok ernie..comel gila! mabruk buat bangmel dan ernie..semoga kekal sampai syurga! ameen

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال