Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Laksa utara sedap baq hang!

Nak tahu cerita tak? Tak nak tahu pun, nak bagitahu jugak! Dulu saya sejenis tak makan laksa. Istilah sebenar dia tak suka laksa. Tak tahu kenapa rasa macam tekak tak boleh terima.

Ditakdirkan sambung belajar kat UiTM Penang. Ambil Diploma masa tu. Semester 1 baru nak berkenalan dengan makanan utara, semester 2 mencuba cuba makan laksa. Mula-mula macam nak muntah sebab saya tahu dalam laksa ada bunga kantan.

Dan saya bukan penggemar bunga kantan. Baunya yang kuat memang susah hidung nak hadam. Satu hari tu di bulan puasa, keluar ramai ramai pergi bazaar ramadhan. Masing-masing membeli laksa, sedap katanya! Saya pun ikut ikut membeli laksa juga. Padahal tahu tak makan laksa masa tu.

Disebabkan bazaar ramadhan tu ramai orang dan malas nak tunggu, saya beli je janji ada makanan untuk berbuka. Ada hikmah disebalik pembelian laksa tu yang membuatkan saya tersuka pada Laksa.

Mula mula Rasa sesudu saya macam nak muntah. Tapi selepas sesudu tu saya cuba makan lagi dan lagi. Tak sedar habis semangkuk. Haa nampak macam tipu benar tak makan laksa masa tu. Kah! Otak bergaduh dengan lidah, suka ke tidak sebenarnya? 

Macam magik pun ada. Apalah rahsia kuah laksa sedap tu agaknya ye? Mungkin masa tu laksa tu memang sedap kurang bau bunga kantan kot. Itu bukan persoalannya sekarang sebab sekarang dah suka makan laksa. Yay!

Cuma husband je yang masih tak suka makan laksa. Tak tahu lah kenapa. Biasalah kalau tak makan sesuatu tu, bukan pelik pun. Selera lain-lain. 

Disebabkan dia tahu saya suka makan laksa, dia beli lah sebungkus laksa. Kalau nak tunggu buat sendiri memang taklah. Nak masak untuk sorang je makan memang malas lah kita awak!

Laksa utara sedap baq hang!

Macam tahu tahu je lama tak makan laksa. Alhamdulillah dapat juga makan semangkuk laksa yang sedap. Syukur dapat makan laksa sedap bila dah lama tak makan. 

Husband beli dekat kedai tepi jalan berdekatan dengan Car Wash dan Petronas jalan jelebu. Kedai ni jual macam-macam kuih muih dan makanan. Datang sini tak tahu nak pilih kuih apa sebab banyak betul jenis kuih dia. Nasi pun ada macam-macam jenis. Mee pun ada pelbagai jenis mee.

Yang bestnya kalau kau orang beli banyak pun masih dalam harga yang berpatutan. Sesuai lah untuk tekak yang mengidam nak makan macam-macam sebab dia pek dalam bekas comel beli taufu fa tu. 

Kadang kadang beli mee kari, laksa. Dapatlah merasa dua jenis, baru RM5. Macam laksa ni dapat banyak juga semangkuk. Harga sebekas RM2.50. Eh, silap! Husband kata RM2 jer!

Tak pasti juga laksa tu laksa Penang ka, Kedah ka, Perlis ka. Yang saya tahu laksa utara memang sedap baq hang!

Post a Comment

14 Comments

  1. yesss akak pun suka laksa utara! sedappp dan boleh buat ketagih..tibehh hahahah!

    tapi housemate akak ada sorang yang tak suka, sebab mee laksa tu lembik bagi dia..

    ReplyDelete
  2. Macam-macam jenis laksa yang ada kan Fiza. Kak Amie memang tak pernah laksa baik yang utara, pantai timur dan selatan iaitu laksa Johor. Cuma laksa Johor baru sekali atau dua kali makan. Itu pun makan zaman dahulukala. Susah nak jumpa laksa Johor ni. Agaknya kalau datang ek Johor, boleh makan puas-puas di sana.

    ReplyDelete
  3. Lagi banyak isi ikannya lagi sedap. Kak PC antara penggemar laksa.

    ReplyDelete
  4. Alamak kita x suka laksa utara sbb mi dia hehehe...
    Nasib baik laksa joho kita still leh telan ehehhe

    ReplyDelete
  5. Murahnya RM2.50. Mana hendak dapat harga begitu?
    Sama mula-mula tidak makan laksa sebab rasa pelik. Lepas itu makan mee sahaja dan kuah. Selepas itu makan semua. Kadang-kadang makan bunga kantan sekali. Emak selalu suruh makan bersih licin pinggan.

    ReplyDelete
  6. Memang time study la, kita belajar makan macam-macam jenis makanan. Setuju, laksa utara memang sedap. :D

    ReplyDelete
  7. suka semua jenis laksa...laksa utara yg paling suka..

    dulu2 time sekolah rendah, mak ambik tempahan buat laksa kuale, yg dibuat drpd tepung gandum..specialty laksa kuale..

    ReplyDelete
  8. Ada orang tak suka laksa sebab tak suka makan ikan. Saya dari dulu suka laksa, tapi masa belajar kat Penang bertambah2 suka pada laksa. Haha. Memang aura laksa kat Penang kot

    ReplyDelete
  9. Betul, selera masing masing kan jadi tak boleh nak paksa orang tu terima. Tapi laksa utara memang sedappppp. Housemate selalu bawak mai laksa kalau tiap kali balik rumah diorang.

    ReplyDelete
  10. Me too! Lebih suka laksa utara compare laksa Johor negeri kelahiran sendiri. hahaa

    ReplyDelete
  11. sbb makanan dekat penang sedap2 kot hahaha

    ReplyDelete
  12. Murahnya! Tengok gambar macam laksa penang. Eza pun suka makan. Tambah mama pun suka makan, so makin galak la selera nak makan ya. Hehehe. Macam biasa abah dan husband tak suka pun makan laksa. Laksa Sarawak mereka makan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.