Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Drama Camelia (TV3)

Drama bersiri 'Camelia' yang akan ulang siaran semula di slot Samarinda TV3 pada 16 Mac 2021, Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam menggantikan drama Aku yang kau gelar isteri

Memandangkan PKP masih lagi berlansung, pihak produksi juga terpaksa lah berhenti dulu penggambaran. Maka, masih ada lagi drama baru. Begitulah cerita dia.

Drama Camelia (TV3)
sumber : Drama Sangat TV3


Drama Camelia ni jalan cerita dia menarik. Kisah kekeluargaan. Dibintangi pelakon hebat Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.



Drama : CAMELIA
Jumlah episod : 15 episod
Mula tayangan : 16 Mac 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis,jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Azlina Pa'wan
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd

PELAKON DRAMA CAMELIA

Saharul Ridzwan sebagai Malik dewasa
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam dewasa
Ain Edruce sebagai Marina dewasa
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
Qistina Raisah sebagai Marina kecil
Puteri Balqis sebagai Mariam kecil
Redzwan Adha sebagai Malik kecil
Zarina Zainuddin sebagai Mak Dr Azman/Puan Aina
Ainina Ahmad sebagai Zainab
Nik Ramli sebagai Halim
Mak Engku @Ku Fridah sebagai Tok Su
Aidil Aziz sebagai Jamal
Ikhwan Khairuddin sebagai Zahar
Idham Maulana sebagai Leman

SINOPSIS CAMELIA

Menceritakan tentang kisah kehidupan konflik sebuah keluarga yang mula porak peranda disebabkan perangai anak anak yang bermacam macam ragam.

Malik, Mariam dan Marina tiga beradik yang tinggal bersama ibu bapa mereka Halim dan Zainab. Nenek sebelah ibu mereka juga tinggal bersama yang dipanggil Tok Su. Malik bukanlah abang kandung Mariam dan Marina, dia cuma anak angkat sahaja.

Halim dan Zainab hanya bekerja kampung dan mereka hidup dalam serba kekurangan. Mariam sejak kecil selalu rasa merendah diri disebabkan Tok Su nya yang suka melebih lebihkan adiknya Marina.

Marina dipuji lebih cantik dari Mariam. Walapun ibu, ayah dan Malik di pihaknya tapi Mariam tetap rasa tertekan sehinggalah mereka berdua dewasa. Mariam mendapat keputusan yang cemerlang.

Masing-masing juga telah berkahwin. Akan tetapi Marina tetap masih tidak berpuas hati dengan kehidupan Mariam yang kaya raya dan lebih mewah darinya.

Marina telah merancang macam-macam untuk lebih mewah dari kakaknya termasuklah ingin merampas Malik yang ketika itu menjadi suami kakaknya Mariam. 

Tekanan dan trauma yang berterusan membuatkan Mariam memiliki 'split identiti'. Dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti tersebut diberi nama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dan berusaha untuk membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

LAGU TEMA/OST DRAMA CAMELIA

Cintaiku - Alyah
Peneman - Hazama
Jika Aku Tahu - oleh Fathia Latiff

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Camelia_(drama)

Post a Comment

11 Comments

  1. rasa x bole dah guna gelaran datin kan sbb laki dia dah kena tarik kan gelaran datuk tu :p oppsss itu plak yg kita nampak haha..
    btw, x sabar nk tgu esok...

    ReplyDelete
  2. Ohhh ulangan sebab ada drama tengah shooting tapi tergendala. Ingatkan memang takde drama dah huhuhu

    ReplyDelete
  3. dah tengok dah... memang suka cite psycho gini.. huhu

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok cerita ni tapi nampak macam menarik dari sinopsis tu..isu split identity..

    ReplyDelete
  5. waaa baca sinopsis dan barisan pelakon nampak best drama ni.

    ReplyDelete
  6. tak baca plot tapi pelakon best2 so nak tgk juga

    ReplyDelete
  7. Lain bentuk plot. Watak utama ada 2 identiti.

    ReplyDelete
  8. pernah tgk drama ni dulu.
    skang siaran ulangan.
    hmmmm mcm2 ekk kerenah manusia.
    adik kakak pun boleh dengki tahap nak membunuh!

    ReplyDelete
  9. tgk drama ni..geram dgn si marina ^^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.