Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 13

Belum sempat Rais dan Ain menyelamatkan diri keluar rumah Laila, Laila muncul dengan rotan. Rais kena rotan dengan Laila sampai demam panas. Ain mengadu pada ayahnya Ezlan tapi Ezlan tak pedulikannya.

Mak Wan rasa bersalah sebab sebelum ni dia menghalang Laila untuk berbuat jahat dengan Ezlan. Disebabkan ugutan tu, Mak Wan rasa itulah puncanya. 


Sedang Pian berbual dengan Rai di sebuah kedai makan, Maryam muncul dengan kawan lelakinya.  Maryam memberitahu pada Rai yang Pian cintakan Rai.

Seusai Rai sembahyang jemaah dengan Pian, Rai dirasuk. Pian dicekik Rai dengan kuat. Mujur Pian berjaya melepaskannya. Dalam masa yang sama, Laila sedang melakukan pemujaan di rumahnya. Maknanya, Rai dirasuk disebabkan perbuatan Laila.

                    aku yang kau gelar isteri full episode

Misi Rose nak calitkan minyak pengasih tak kesampaian. Belum sempat nak kena calit, kantoi! Naim bengang dan Rose merayu minta maaf pada Naim.

Rais dan Ain bercadang untuk minta tolong Mak Wan keluar dari rumah. Laila muncul depan pintu dan mengugut mereka. Laila dah tak tahan dengan karenah anak-anak Ezlan. Tiba-tiba Laila seperti mual nak muntah.

Pening ke dia? mengandung ke? baru je Laila cakap tadi dia tak sukakan budak-budak. Dia nak Ezlan je! Sah! Laila mengandung.

Cik Embun marah dan suruh Laila gugurkan kandungan tu. Dia tak nak Laila ada pewaris. 

Keadaan Rai masih teruk. Nak makan pun tak berselera. Rai minta tolong Rose untuk memujuk Laila membenarkan anak-anaknya berjumpanya.

Rose pergi ke rumah Laila, Ain sedang bermain di luar rumah. Ain tanya mana maknya, Rose menolak Ain lalu terjatuh terkena pasu bunga. Keluar sesuatu dari pasu bunga tu. Sebotol kecil minyak, mungkin botol minyak pengasih Laila.

Botol tu tidak boleh dibawa masuk ke dalam rumah sebab tu Laila letakkan dalam pasu luar rumah. Ain ambil dan bawa ke bilik. Ain berikan pada Rais. Pada masa tu Laila mula resah serba tak kena. Badannya rasa panas.


bersambung...

12 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Mainan sihir memang aniaya mangsa, syirik betul kan.

    ReplyDelete
  2. Tak ingat dah bila tengok... kita baca review jer

    ReplyDelete
  3. ooh macam tu ceritanya. thanks fior update, saya tak sempat dah nak tengok cerita ni malam-malam sebab kkena tido awal sebab anak kena pergi sekolah esokkannya

    ReplyDelete
  4. wuuuu dah kembali makan tuan...rasa macam nak tengok jugak..sebab bila baca ni kita tak kenal wataknya macam mana..jadi konfius banyak sangat nama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasss Lailaaaa Panasss... Tak sabo nak tunggu dedua terbakoooo.. Bahahahaha

      Delete
  5. Banyak sangat benda-benda hitam sampai ada kena letak luar di pasu.

    ReplyDelete
  6. sebab umpama kita jemput benda tu masuk rumah kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال