Header Ads

Mi Goreng Cili Ala Kampung Maggi

MAGGI® memperkenalkan mi goreng citarasa Malaysia. Ada yang dah cuba? Dah lama mencari, baru sekarang dapat cuba rasa. Agak terlajak laris juga ye mi goreng baharu Maggi ni.

MAGGI® Mi Goreng ada 2 perisa baharu iaitu :
  • Mi goreng perisa sambal tumis ikan bilis
  • Mi goreng perisa cili ala kampung

MAGGI® Mi Goreng perisa sambal tumis ikan bilis

Dihasilkan daripada bahan-bahan sebenar seperti ikan bilis, cili, bawang dan bawang putih. Mi kenyal 100% diperbuat daripada gandum dari Australia.
 

MAGGI® Mi Goreng perisa cili ala kampung

Dihasilkan daripada bahan-bahan sebenar seperti cili, bawang dan bawang putih. Mi kenyal 100% diperbuat daripada gandum dari Australia.

Tapi saya dapat cuba mi goreng cili ala kampung je. Jadilah kan, dapat rasa. Nak juga into the scene mencuba benda-benda baru yang agak viral mungkin? sebab tu cepat habis.

Cara saya masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api. Pecahkan telur, masukkan kacang panjang potong kecil dan juga sawi bunga. Masukkan mi maggi yang dah rebus dan toskan, masukkan segala perencah dan kacau rata.

Akhir sekali baru taburkan kriuk kriuk tu.

Mi Goreng Cili Ala Kampung Maggi

Kalau malas tumis, boleh je rendam mi maggi dengan air panas. Toskan dan masukkan dalam mangkuk, masukkan perencah dan kacau rata. Mudah je pun.

Rasa mi goreng cili ala kampung maggi ni tak lah sepedas yang disangka walaupun dah tumis dengan cili kampung sebenar. Mungkin saya letak 2 tangkai cili je. Perisa pun guna serbuk cili, jadi tahap kepedasan tu tak sangat.

Orang tak makan pedas boleh makan ni. Tak pedas walaupun cili ala kampung. Mi segera dia kenyal dan sedap dikunyah. Kesimpulan dia, mi goreng cili ala kampung maggi ni sedap! Boleh repeat lagi.

Masak 3 bungkus untuk 2 orang kenyang makan. Tinggal 2 bungkus boleh buat stok bila lapar atau tak ada selera nak makan nasi.

Mi Goreng Cili Ala Kampung Maggi

Lepas ni nak cuba perisa sambal tumis ikan bilis pulak. Kalaulah ada rezeki jumpa.

26 comments:

  1. ok belum jumpa lagi...
    ni bole msk list beli brg2 tesco nanti ni haha tq fizah share n inform :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam susah nak jumpa je kak. Saya pun baru jumpa ni. Dapat pun 1 pek, 5 pcs :)
      Semoga ada rezeki kakret jumpa juga nanti. Aaminn

      Delete
  2. Tidak nampak lagi di Mydin. Oh tidak pedas ya? Hehe lambat macam itu hendak cuba.

    ReplyDelete
  3. Ah sedapnyaaaa...dah lama tak beli maggi perasa baru...biasa dulu ada baru je beli...pantas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni kalau ada yang baru pun tak sempat nak pantas, cepat nau habisnya..huhu

      Delete
  4. atie mmg takleh makan la ni,sbb tak makan pedas huhuhu

    ReplyDelete
  5. Eh menarik jugak kan, nak carik la hehe

    ReplyDelete
  6. Terliur pulak tengok maggi ni nak nak tengah puasa harini hahaha. Extra terliur rasanya :D

    ReplyDelete
  7. ok..nak beli. suami MY mmg peminat megi goreng. tengah malam dia boleh rendam megi sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat membeli kak, kalau ada lagi satu sambal tumis tu pun macam sedap je.

      Delete
  8. Nampak sedap & classic dalam pinggan legend tu...

    ReplyDelete
  9. sedapnya nmpk maggi ni kak fiza. so far x pernah nmpk lg dkt kedai.

    ReplyDelete
  10. ada nampak hari tu kat pasar raya... tp mcm biasa laa sy tgk je. belinya tak hehehe

    ReplyDelete
  11. Fuhyooooo, nampak menarik ah!!! Nanti leh try... xpernah beli gak.. huhu

    ReplyDelete
  12. selama ni suka makan mee goreng indomie..lepas ni boleh la cuba mee maggi pulak..

    ReplyDelete
  13. Sedap mee goreng maggie baru ni. Boleh terima tekak. Just pedas sikit rasanya. Sekali je pernah beli sebab husband tak makan pedas.

    ReplyDelete
  14. Dia kena masuk mcm tu baru sedap..setakat rendam buh perencah xjd sedapnyee kan hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.