Header Ads

Resipi Nasi Goreng Cili Kering Campur Sate Ayam

Stok ayam habis, udang pun habis. Habis tu nak masak apa entah? Petang nanti lah membeli barang dapur. Naik motor lah nampaknya dua tiga hari ni sebab semalam hantar kereta kena tahan wad, isnin baru stok spare part nya sampai pun. Kereta pulak dah operate. Terpaksa tunggu sampai isnin. 

Mujur lah juga tak ada hal kemana-mana bila kereta masuk wad. Dugaan hujung hujung bulan ni biasalah tu.

Malam tadi dah masak nasi tapi tak ada selera. Husband beli sate ayam dengan nasi lemak bungkus daun pisang. Ada juga lah selera nak makan. Habis juga sebungkus nasi lemak tapi sate tak habis sebab kenyang makan nasi lemak sebungkus tu.

Pagi ni, masak nasi goreng je lah nasi yang masak malam tadi tak berusik lansung. Nasi pun elok lagi. Sate pun ada tinggal sikit. Masak nasi goreng cili kering tambah sate ayam pun sedap juga tu, kan? Nasi goreng cili kering ni memang popular zaman dulu-dulu.

Muncul zaman sekarang, nasi goreng cili kering viral pergi dia.

Nasi Goreng Cili Kering Campur Sate Ayam

Resipi Nasi Goreng Cili Kering Sate Ayam

Bahan-bahan :
Nasi
3-4 tangkai cili kering
4-5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 biji telur
sate

Cara membuat nasi goreng cili kering yang sedap

1. Potong cili kering dan tumbuk bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Tumbuk kasar je tak perlu lumat. Nak blend kasar pun boleh. Saya rajin sikit, sebab tu guna kaedah menumbuk. Lagi sedap tekau! (baca: kata kau).
2. Dah tumbuk tu, panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk tadi sampai garing sikit. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Pecahkan telur, kacau lagi. Masukkan nasi dan kacau rata. Siap!

Macam tu lah masak cara saya secara ringkas. Campak-campak siap. Sedap ada rasa pedas cili kering dan manis sate ayam tu. Itu je lah menu makan tengahari hari ni. Tak payah pening-pening nak masak lauk hari ni.

Tapi pening nak beli barang apa sekarang ni. Tengah mood tak selera nak makan masakan sendiri ni. Kang masak tak makan pulak. aduh! Matilanak, ape mengada nau tekak ni. 

Maaflah sedang sibuk siapkan tempahan sampul duit raya dan tempahan design. Baru je siap ni, lepas rehat barulah dapat blogwalking nanti.


21 comments:

  1. Nak sikit, nasi goreng Fizah masak. :D
    Selamat menyiapkan design, Fizah.

    ReplyDelete
  2. macam tu pun boleh sajooorrkk..janji kenyang!

    ReplyDelete
  3. Menarik kombinasi cili kering dan sate hehe :)
    fiza masak ape pun sedap! tgk gmbar pun dah tahu hehee

    ReplyDelete
  4. wah ada sate lagi ^^ sedap nya ni nasi goreng :)

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba lagi. mesti sedap ni :)

    ReplyDelete
  6. wak tgk2 gak kalo ada sate siap cucuk lidi tuuh.. 😅

    ReplyDelete
  7. Sedapnya rupa. Lama tak makan sate. Buat nasi goreng macam ni pun good idea jugak ni Fiza.

    ReplyDelete
  8. Nasi goreng cili kering, nostalgia 😍

    ReplyDelete
  9. Unik. Tidak pernah buat.
    Ya Allah, akak pun minggu ini bateri kembung. Nasib baik sudah ganti bateri baru. Blog walking dengan hp lama. Guna hp lama, blog Fiza tidak masuk sebab hp itu kata ia tidak boleh sediakan saluran keselamatan. Baru sekarang dapat melawat blog Fiza.
    Harap kereta ok. Patah kaki juga kan kalau tiada kereta.

    ReplyDelete
  10. Sedap tu nasi goreng cili kering, ada sate ayam lagi. Kombinasi rasa yang unik!

    ReplyDelete
  11. Suka menu gini. Combine leftovers yang ada. Takdela membazir

    ReplyDelete
  12. Tengok dari gambar punnn dah nampak sedap :D
    Wah tengah siapkan tempahan sampul duit raya dan tempahan design. Semoga urusan fiza dimudahkan oleh Allah :)

    ReplyDelete
  13. kt rumah rajin mixed kan kalau ada makanan lebih2 mcm ni. terus jadi sedap nk makan

    ReplyDelete
  14. sekali tgk mcm nasi beriani laa pulak heheehe

    ReplyDelete
  15. terbaik ni.
    leftovers sate, boleh dijadikan rencah nasi goreng kan.
    best! kreatif.
    and cili kering tu, kekadang aida potong 3-4 aje.
    goreng kan. sedap!

    ReplyDelete
  16. mengancam nasi gorengnya..
    Sha pun suka guna leftovers untuk buat nasi goreng..

    ReplyDelete
  17. Saya suka nasi goreng dicampur sate gini..
    Kalau sate sahaja, kurang pulak minat..Huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.