Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Projek Anchor SPM

Selepas berakhirnya kampong pisang bersiri-siri, satu lagi drama 'Projek Anchor SPM' akan ditayangkan. Projek Anchor SPM adalah drama premium Astro Originals yang akan ditayangkan bermula pada hari Isnin, 15 Mac 2021 di Astro Citra.

Projek Anchor SPM

Drama Projek Anchor SPM diinspirasikan daripada sebuah penipuan yang dirahsiakan berlaku di Malaysia. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Sebuah drama terbitan Alpha47 Films bersama Astro Shaw dibawah arahan Razaisyam Rashid bersama Anwar Ashraf.

Selain boleh ditonton di saluran Astro Citra 108HD dan 128 HD, boleh juga di strim On Demand dan Astro GO.

Drama : Projek Anchor SPM
Jumlah episod : 8
Mula tayangan : 15 Mac - 3 Mei 2021
Waktu siaran : Isnin, 9.00 malam
Siaran TV : Astro Citra 108 (HD) & 128 (SD)
Penulis skrip : Anwari Ashraf
Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf
Produksi : Alpha47 Films, Astro Shaw

SINOPSIS PROJEK ANCHOR SPM

Menceritakan kisah sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands iaitu merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Seorang pelajar bernama Aizat merupakan kapten pasukan ragbi yang disegani. Begitu juga dengan Hilmi, Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang. Botol, gelaran kawan baik mereka dan sentiasa bersama waktu susah dan senang.

Aaidaa pula pelajar yang paling cemerlang akademik di STIA. Tetapi dia suka menyendiri. Dia bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja yang kurang mahir pendidikan untuk membuat persiapan peperiksaan terbesar iaitu SPM.

Aizat agak nakal dan telah beberapa kali mencuri keluar daripada kampus sekolah pada waktu malam. Akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang memberi amaran kepada Aizat. Jika tak nak dibuang sekolah, dia perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.

Aizat sangat terdesak dan  mencuba mencari jalan keluar. Akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa dan menghasilkan sebuah rancangan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang dalam SPM melalui strategi meniru secara besar-besaran.

PELAKON PROJEK ANCHOR SPM/CAST

Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
Aedy Ashraf sebagai Aizat
Shasha Abedul sebagai Jaja
Nadhir Nasar sebagai Hilmi
Chubb-E sebagai Botol
Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
Tony Eusoff sebagai Zubir
Daniella Sya sebagai Tai Ying
Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
Fadhli Masoot sebagai Zaim
Taufiq Izmir sebagai Cheng
Hasnul Rahmat
Danish Hazriq

Cerita ni jangan ada yang betul betul buat pula meniru masa exam. Pertama kali pandang poster dan tajuk Projek Anchor SPM ni terus mengingatkan saya cerita Thailand bad genius. 

Projek Anchor SPM-Bad Genius-Cheaters-The Perfect Score

Okay, lepas tu ada yang kata bad genius bukanlah cerita asalnya pun. Cheaters, The Perfect score adalah cerita yang lebih kurang idea dia. Biasalah pusing pusing situ juga dalam industri. Tak boleh lah nak claim idea sendiri ke apa. Kadang kita pun dapat inspirasi orang lain juga. Kan?

Inspirasi okaylah jangan tiruvasi bulat-bulat betul. Pernah tengok versi Thailand bad genius je. Nak tengok versi Malaysia Projek Anchor SPM nanti. 2 lagi belum tengok.

Post a Comment

12 Comments

  1. oooo jalan citer nya lebih kurang eh antara cheaters, perfect score ngan bad genius?!
    so antara 4 ni, mana yg syiok nak layan?

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang dengan bad genius, so nanti nak kena tengok, best ke tidak hehehe

    ReplyDelete
  3. trailer sikit sgt kt tv, nmpk mcm best..

    ReplyDelete
  4. Kalau ada kelapangan nanti bolehlah layan

    ReplyDelete
  5. memula baca ingat macam kpop tadi..baca lagi, uikk macam bad genius ni..

    ReplyDelete
  6. Ada Adlin Aman Ramlie tu... suka tengok lakonannya.

    ReplyDelete
  7. Jalan cerita pun pasal tiru periksa. Hehe jangan dikatakan meniru drama lain pula.

    ReplyDelete
  8. Amik inspirasi sikit2 xpe. Remaja suka la kot cerita ni.

    ReplyDelete
  9. nak tengok meskipun dah lamaaaa tinggalkan dunia SPM! Layan Versi Malaysia pulakkkk.. Kih kih... Bad genius tu memang mantopp..

    ReplyDelete
  10. kalau tul tiru cita2 asal negara luar tapi make sure kita tiru yg bg baik trus ! hehe

    ReplyDelete
  11. Haah Eza pun pernah tengok jalan cerita macam ni. Perempuan tu pandai tu pandai then dia perlu kewangan kot. Sebab tu dia setuju sediakan jawapan untuk exam. Tapi tak ingat la cerita apa. Macam cerita korea. Hihi.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.