Rendang Sotong Kembang Selit Kupang

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Cerita semalam masih belum basi lagi kot untuk dijadikan cerita hari ni. Ceritanya semalam nak masak rendang kupang. Tapi bila tengok kupang secoet je terus tak jadi nak masak rendang kupang.

Dia punya bahan tak setaraf dengan segenggam kupang lepas buang cengkerang dia. Mujurlah ada stok sotong kembang. Ikut perancangannya, sotong tu nak masak sambal sotong nasi lemak. Nampaknya tak kesampaianlah.

baca juga : resipi rendang kupang

Sayang pulak tengok bahan-bahan rendang dah siap tumis macam banyak. Kupang pulak tak ramai nak dijadikan rendang. Campur je lah kupang dengan sotong kembang ni. Apa de hal. Sedangkan dalam laut bertemu juga. eh!

Cara melembutkan sotong kembang

Rebus sotong kembang dulu kemudian baru potong. Dengan cara merebus dulu juga dapat menghilangkan bau hanyir sotong.

Rendang Sotong Kembang


Pertama kali sebenarnya beli dan masak sotong kembang ni. Tak berapa suka sebab sotong kembang jenis sotong yang hampir tak ada rasa. Kenyal kenyal gitu je sifat dia. Nak mesra alam rasa dia dengan masakan tu kena masak lama sikit.

Asal usul sotong kembang

Sotong kembang ni asalnya daripada sotong kering saiz besar yang direndam sehingga kembang. Cara buat sotong kembang ialah dengan merendamkan sotong kering dengan menggunakan air abu, sodium/natrium bikarbonat, serbuk penaik dan sebagainya. 

Siapa rajin bolehlah cuba google cara buat sotong kembang tu. Tak rajin, beli je. 

Harga sotong kembang

Sotong kembang dijual seikat sekor. Harga RM4.++. Murah je. Cukuplah untuk satu hidangan.

Rendang Sotong Kembang

Berminyak tu dah sebati dengan masakan melayu, minyak tu boleh disudukan dan buang dulu sebelum makan. Tapi dah tergambarkan dia, lupa terus nak membuang minyak. Gitulah kejadian dia fresh from kuali.

Tak guna minyak banyak pun untuk menumis tapi dah campur santan semua tu keluar lagi lah minyaknya, kan? 

Kupang pun dah tenggelam tak nampak, ada lah terselit di celah celah sotong kembang tu. Sotong biasa mesti sedap dibuat rendang sebab jenis sotong ada rasa tapi tak pernah cuba lagi lah. Mungkin jarang orang buat. 

Sotong kembang masak apa sedap? Biasa nampak sotong kembang masak sambal je. Cadangan menu sotong kembang yang lain mungkin boleh cuba sotong kembang masak kari, sotong kembang masak kicap atau sotong kembang masak cili api. Ke ada menu sotong kembang yang lagi sedap?

20 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedappp tengok, pandai betul ambik gambar. Nampak gambar lauk tu hidup even dalam gambar 😂

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jugak masak sotong kembang.
    Nampak merbeles rendang sotong kembang + kupang fizah 😋

    ReplyDelete
  3. tak pernah la rendangkan. selalu buat sambal merah tu aje

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa suka lah tgk gambar makananan akak ni.

    ReplyDelete
  5. murah juga harga dia utk satu hidangan kan ...

    ReplyDelete
  6. Sotong kembang ni sedap juga dibuat sotong kangkung yang bubuh sambal kacang tu, atau dibuat tambahan bahan yong tau fo.

    ReplyDelete
  7. uish ni kalau makan dengan nasi panas ni boleh bertambah nasi! hahaha

    sedapnya lahai!

    ReplyDelete
  8. Sotong kembang tu yg mcm dlm yong tau foo ka?

    ReplyDelete
  9. Tak dapat nak jawab soalan Fizah sebab kurang mahir bab masak sotong ni

    ReplyDelete
  10. Tak pernah buat rendang sotong.
    Sotong kembang yang biasa dalam YTF tu kan

    ReplyDelete
  11. tak pernah lg buat masak rendang. klau beli sotong suka bt goreng tepung saja.

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya... eh ehh... salah rumah hahaahha

    ReplyDelete
  13. Haah sotong kembang macam tidak sesedap sotong biasa tapi kalau guna sotong biasa pun dapat sedikit sebab kecut.
    Tidak pernah jumpa rendang sotong kering.

    ReplyDelete
  14. baru pagi td aida makan nasi lemak sambal sotong kembang, fiza.
    kat rumah memang tak masak sotong kembang, asben x makan :(
    tu yg kalau kat kedai, memang aida amik menu sotong kembang ni.
    kreatif la rendang ni. terbaik!

    ReplyDelete
  15. betul fiza..rendang ni kalau x tumis entah shida pn biasa menumis..stgh ade xguna minyk kan :)

    ReplyDelete
  16. sedangkan dalam laut bermain bersama, inikan pula dalam rendang.. Apa ada hal kan.. kita yang masak.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Wowww, rendang sotong! Terliurrrr sayaaaa, baru harini plan tak nak makan nasi dan laukk...Hoho!!!

    ReplyDelete
  18. xpernah pula buat masak rendang sotong ni. kalau saya suka masak sambal je :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال