Header Ads

Tempahan Sampul Duit Raya Hipster 2021

Tenggelam timbul tuan blog ni. Hari ni bebas sikit dari fasa sibuk sebab tempahan sampul duit raya dan juga design banner dah siap. Phew! Legalah sikit boleh bertenang sebentar sementara nak siapkan next order.

Syukur masih ada yang sudi tempah. Ada yang setiap tahun tempah. Terima kasih repeat order. Tempahan sampul duit raya hipster ni anytime je. Ada yang order untuk kenduri kahwin. Letak duit selit bagi sedara mara rewang macam tu. Atau nak bagi duit salam kaut ke.

Tahun ni dah terima beberapa tempahan sampul duit raya hipster. Walaupun raya masih samar-samar. Alhamdulillah rezeki masuk. Tahun lepas masuk juga order, tapi kurang lah macam sebelum ni. Mood raya kelaut masa tu, kan?

Tempahan Sampul Duit Raya Hipster 2021

Sampul Duit Raya Hipster 2021 by Azhafizah Graphic

Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 120gsm
GLUELESS (TANPA GAM)
HANDMADE

Minimum order : 20pcs
Maximum order : 500pcs
1pek : 10pcs


Sampul duit raya hipster ni saya dah buat sejak tahun 2016 lagi. Lama dah rupanya. Pernah jugalah popular sekejap masuk paper. 

Kemain excited lagi tapi tahun berikutnya covid pulak, Ramailah yang tak jadi nak order. Bekalan paper pun tak dapat ambil sebab tak boleh rentas negeri. Terpaksalah refund. Bukan rezeki saya. Tahun ni pun buat mana yang termampu siapkan selagi masih ada permintaan dan kudrat.

Berminat nak order, boleh terus whatsapp untuk tempahan : https://bit.ly/3tMiKW4

Tahun ni masih mencari idea untuk design yang baru. Idea tak muncul muncul lagi. Merayau rayau entah mana. 

Tak tahu lah raya dapat balik kampung ke tidak tahun ni ye. Bulan Ramadhan pun nak dekat ni. Ikutkan nak buat tempahan ni sebelum masuk bulan Ramadhan. Tak nak kacau bulan Ramadhan, boleh rehat sikit dengan ibadah bulan Ramadhan gitu.


23 comments:

  1. kan...
    raya kita masih samar2 kemeriahannya.
    kalau la beraya tanpa rentas negeri, sedih la aida :(
    sesedih pun, kena akur dan faham la kan usaha kerajaan.
    moga covid ni nyah segera!

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa.. suka laaa Sis nengok..
    Raya tak Raya, Sis tetap juga beri duir raya pada sapa yang Sis jumpa, tak kisahlah kat kedai makan sekalipun, niat sedekah aje..

    ReplyDelete
  3. cantik sampul..kombinasi kaler brown & black..

    ReplyDelete
  4. wah..menariks....dah start dah yer. moga terus success!

    ReplyDelete
  5. raya kita ni mesti nak ada sampul raya, baru meriah anak-anak. Poket kita tak meriah tak apa asalkan anak2 bahagia.

    ReplyDelete
  6. Cantik sampul raya guna craft paper gini.

    Aritu baca berita, katanya boleh rentas negeri selepas dua minggu raya.
    Kira memang beraya kat rumah masing-masing la tahun ni nampaknya.

    ReplyDelete
  7. cantek nyaaaa fiza!!
    maybe next time kak ret bole order...

    ReplyDelete
  8. Cantik betul design sampul duit raya nya..

    ReplyDelete
  9. kita biasa guna sampul free je. insyaAllah ada rezeki boleh la tempah dekat kak az :D

    ReplyDelete
  10. Memang mencari sampul duit raya ni bila dekat2 raya.

    ReplyDelete
  11. Cantikkk! Rasa sayang nak buang kalau sampul cantik macam ni :D

    ReplyDelete
  12. Pernah le juga buat sampul raya sendiri. Dulu orang rumah ada bukak kedai baju, jadi sampul raya sebagai bahan promosi.. Sekarang ni, kedai dah entah ke mana.. :)

    ReplyDelete
  13. suka tengok dan suka penggunaan kertas tu...macam nak order jugak la nanti..tunggu rezeki masuk luuu..insya'Allah

    ReplyDelete
  14. Itulah macam petanda orang hendak beraya dan berkunjung raya.
    Elok juga siapkan sebelum Ramadhan. Alhamdulillah ada rezeki orang tempah.

    ReplyDelete
  15. mudah-mudahan byk tempahannya fiza :)
    All the best tau!

    ReplyDelete
  16. Cantiknya! Kalau saya, sampul lawa tak bagi budak-budak sebab nanti diorang buang. Bagi untuk salam kaut or anak saudara yang dah besar

    ReplyDelete
  17. Cantik betul sampul raya. Memang Fiza punya tangan ajaiblah!
    moga banyak tempahan masuk.

    ReplyDelete
  18. Cantikkk, teringin pulak tempah..tapi tuhla...last last year punya masih ada...Boleh try buat tambah tambah ni..hehe...

    ReplyDelete
  19. cantik fiza design sampul ni. kertas tu yg nampak sampul raya ni rare..hehe

    ReplyDelete
  20. ni ngam kalau order untuk company hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.