Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 11

Pian dah mula sukakan Rai tapi Rai masih belum ada hati lagi untuk Pian. Pian terlalu muda untuknya. Maryam, bekas kekasih Pian masih tak pasti apakah perasaannya terhadap Pian.

Rose berjumpa dengan Laila. Rose meluahkan perasaannya pada Laila. Dia risau yang Naim akan berubah. Laila janji dia akan membuatkan Naim ikut cakap Rose.

Pian beritahu Rai tentang apa yang Maryam ceritakan. Rai ingin pergi ke bandar untuk selamatkan anak-anak dia dari genggaman Laila. Akan tetapi Pian tidak mengizinkannya. Pian berterus terang dengan Rai yang dia sayangkan Rai.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 11

Rai sanggup bercerai dengan Pian demi bekas suaminya dan anak-anak. Rai hanya berkahwin dengan Pian kerana terpaksa dan untuk menutup aib keluarga.

Di rumah Hadi, ada suara memberi salam. Hadi membuka pintu tapi tiada seorang pun di luar.

                    aku yang kau gelar isteri full episode

Pian dan Rai ingin datang ke bandar dan menginap di rumah Naim. Tapi Rose tak menyukainya. Rose nekad untuk buatkan Naim dengar cakapnya.

Ain masih lagi trauma dengan hantu baby tu. Mak Wan dan Pak Darus cuba untuk memulihkan keadaan. Sedang Pak Darus laungkan azan dan sembahyang berjemaah, ketika itu Laila sedang berada dalam bilik pemujaannya. 

Jampinya tidak menjadi. Laila naik angin dan mengamuk marahkan Mak Wan dan Pak Darus. Ketika itu Ezlan terlihat kejadian tersebut. Laila terus tak jadi untuk memarahi Mak Wan dan Pak Darus.

Ezlan sedar dia sepatutnya membimbing Laila. Rose datang ke rumah Laila untuk meminta pendapat Laila. Dia tak sabar nak buatkan Naim mengikut kata-katanya. Sedang dia beritahu Laila yang Pian dan Rai akan datang ke bandar, Rais mendengar perbualan mereka.

Rais seronok ibunya akan datang.  Sementara itu, Pian dan Rai berjumpa dengan Naim. Naim mencerita segalanya apa yang dia pernah nampak. Ezlan seperti orang tak betul katanya.

Ezlan keluar makan dengan Laila. Ezlan kurang berselera nak makan. Sejak mereka berkahwin, Ezlan kata dia tak pernah rasa masakan Laila. Ezlan berharap Laila lebih baik daripada Rai.

Kadang-kadang saya rasa pelik, awak nak apa sebenarnya dari saya? Ezlan bertanya pada Laila. Laila diam membisu.

Laila berjumpa dengan Cik Embun untuk mengadu. Laila tak nak kehilangan Ezlan. Laila merayu pada Cik Embun. Baiklah, aku akan tolong kau. Tak ada apa yang dapat pisahkan kau dengan Ezlan walaupun mati. Puas hati Laila mendengarnya.

Rai nak pergi ke rumah Laila. Tapi Naim suruh Laila pergi dengan Pian. Rai pulak tak nak Pian tahu. Akhirnya Rai berjaya sampai di rumah Laila. Pian pulak pergi berjumpa dengan Maryam. Pian terserempak dengan Maryam dengan seorang lelaki.

Rai gembira dapat jumpa dengan anak-anaknya walaupun hanya sementara. 

bersambung...

Post a Comment

11 Comments

  1. family love story ni mmg best kan, aaa still tak baca all spoiler sbb nak tgk sendiri nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tunggu habis nanti Atie marathon tengok ye. boleh skip baca :)

      Delete
  2. x ada apa dapat pisahkan kau dgn Ezlan? hahahaha percaya betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, berani betul manusia boleh cakap macam tu. Sedangkan Allah maha hebat dari segalanya :)

      Delete
  3. Dah mula berjinak-jinak tonton tiga empat episod.

    ReplyDelete
  4. Wah ayat 'tiada dapat pisahkan kau dengan Ezlan walaupun mati'macam maksudkan Laila mati pun masih bersama dengan Ezlan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya kalau mati pun bersama agaknya lah kot.

      Delete
  5. seram jugak ni kalo tengok sorang2 malam2...

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak tengok episod last! Huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. Tgk trailer pun seram.. harap dpt bg pengajaran utk penonton

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.