Encik Suami singgah di pasar malam lepas balik kerja. Tanya saya nak beli apa, saya pun tak ada idea nak makan apa sebab tak berada di situ. Encik Suami kata ada nasi ambeng, nak tak? Tinggal satu bungkus je katanya. Okay beli je lah. Saya pun dah lama tak makan nasi ambeng.
Biasanya nasi ambeng dihidangkan dalam satu dulang atau talam besar untuk dikongsi bersama. Biasanya semasa kenduri atau majlis keramaian.
Nasi ambeng
Nasi ambeng merupakan hidangan tradisional masyarakat Jawa yang khususnya popular di Johor, Selangor dan beberapa kawasan lain di Malaysia.Biasanya nasi ambeng dihidangkan dalam satu dulang atau talam besar untuk dikongsi bersama. Biasanya semasa kenduri atau majlis keramaian.
"Ambeng" merujuk kepada cara hidangan ini disusun dan dihidangkan dalam satu dulang untuk dimakan secara bersama-sama, melambangkan semangat gotong-royong, kebersamaan dan mengeratkan silaturahim.

Kandungan utama hidangan nasi ambeng
- Nasi putih kukus
- Ayam masak kicap
- Sambal goreng Jawa (tempe, tauhu dan kacang panjang)
- Serondeng kelapa
- Mi goreng
- Ikan masin
Nasi ambeng ni kadang dihidangkan juga dengan bihun goreng atau ayam goreng. Lain tempat, lain komponennya. Tapi saya suka versi yang asalnya. Baru lengkap makan nasi ambeng.
Penuh bekas nasi ambeng yang Encik Suami beli ni. Cukup lengkap cuma sambal tempe tu dia letak sayur tumis kacang tauhu biasa je bukan sambal tempe jawa tu sebab tempe pun tak ada. Suhun pun tak kelihatan. Tapi macam ni pun dah kira okay dah ni.

Alhamdulillah rasa semuanya pun sedap dan kenyang betul makan nasi ambeng ni. Porsi besar. Mi goreng tu sedap macam mi goreng kantin sekolah dulu-dulu. Kalau beli nasi ambeng mesti banyak dan layak untuk dikongsi berdua. Makan sorang kadang tak habis.
Walaupun bukan keturunan orang Jawa tapi nasi ambeng ni dah jadi salah satu makanan kegemaran saya juga. Susah nak jumpa nasi ambeng yang original dan sedap. Kebanyakkannya dah diubah suai lauk pauknya.
Jangan tanya harga dan kedai mana sebab Encik Suami yang beli. Saya tahu makan je. Hihihi...
0 Comments