Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 10

Mak Wan membawa Ain yang demam ke klinik. Sewaktu perjalanan balik, Mak Wan terserempak dengan Maryam. Maryam ternampak Ain dan menegur Ain. Mak Wan hairan macamana Maryam boleh kenal Ain.

Maryam menjelaskan pada Mak Wan yang Ezla, ayah Ain tu sekampung dengannya. Barulah Mak Wan faham. Ain mengenali Maryam dan mengadu pada Maryam yang dia rindukan maknya, Rai di kampung. Mak Laila tu jahat! 

Mendengar kata kata Ain tu Mak Wan memutuskan perbualan dan  dia meminta izin untuk pulang dengan memberi alasan yang suaminya dah lama tunggu di dalam kereta.

Maryam risau dan serba salah samada nak beritahu Pian atau tidak. Bila dia telefon, Pian reject panggilan Maryam pula.

Laila naik angin bila Ain terus menangis dan nak balik kampung. Ain kata dia nampak hantu. Ezlan memujuk Ain supaya tidak menangis lagi.

Rai berterus terang dengan Pian yang dia masih sayangkan Ezlan. Pian faham dan dia akan menyerahkan Rai semula pada Ezlan selepas semua apa yang berlaku ni diselesaikan. 

Dalam masa yang sama Rai turut kesian dengan Pian sebab Pian kini suaminya yang sah. Naim pula dah berkali kali pesan pada Rose supaya tidak rapat dengan Laila. Nasihat Laila, Rose elok je dengar.

Tapi nasihat Naim, satu pun tak masuk dalam kepala Rose. Naim bergaduh dengan Rose. Rose pula tak habis habis bandingkan dia dengan adik Naim Pian yang dah membuat onar itu. Naim malas nak layankan lagi, dia terus tidur.

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 10
tangkap layar aku yang kau gelar isteri episode 10



baca juga : tonton online aku yang kau gelar isteri episode 10
                    aku yang kau gelar isteri full episode

Rais terjaga dari tidur. Dia terdengar sesuatu dan nampak bayang bayang di bawah pintu bilik. Dia bangun dan pergi ke sebuah bilik dimana dia mendengar suara itu.

Bilik itu adalah bilik pemujaan Laila. Sedang dia duduk diluar pintu memerhati Laila sedang membuat sesuatu, darah menitis atas tangannya dan dia menjerit.

Rai bermimpi Rais anaknya hilang di hutan. Dia memanggil manggil nama Rais tapi masih tak berjumpa dengan Rais. Sampai di sungai, Rais muncul di celah celah batu. Mata Rais merah seperti dirasuk.

Rai nampak Rais. Dia terkejut dan menjerit lalu terjaga dari tidur. Mendengar Rai menjerit dia terus masuk ke bilik. Pian menemani Rai tidur di dalam bilik.

Laila bawa Rais ke kolam renang dan membenamkan muka Rais ke dalam kolam renang yang besar tu. Ain terjaga dan melihat abangnya tiada disebelahnya. 

Ain bangun, dia memanggil manggil nama abangnya. Dia terkejut melihatnya abangnya terkapai kapai dalam kolam renang. Ain menjerit, Abang!!!

Naim berjumpa dengan Ezlan. Ezlan seperti orang tak betul. Ezlan bingung. Laila kata Rais jatuh kolam. Ain kata Rais lemas. Ezlan risau kalau hak penjagaan anak-anak akan ditarik semula.

Naim telefon Pian untuk membantu anak-anak Ezlan. Pian dah redha dengan takdirnya. Pian pun macam dah mula suka pada Rai.

Laila jumpa Cik embun. Laila rimas dengan anak-anak Ezlan dan dia tak bahagia dengan Ezlan selagi anak-anak Ezlan masih tinggal bersama dengannya. 

Mak Lang bertanyakan pada Rai tak rindu dengan anak-anak ke? Rindu mak, Rai menjawab. Ezlan? Tanya Mak Lang lagi. Tiba-tiba Pian muncul.

Pian terdengar perbualan Mak Lang dan Rai tapi dia buat macam tak mendengar apa-apa. Mereka semua menjamu selera bersama. Selesai makan, Pian keluar berjumpa kawan-kawannya untuk mengadu sebaliknya diperli pula.

Hadi dan Sarah selamat berkahwin. Sedang mereka sedang menonton TV, Laila muncul. Laila bengang dia tak dijemput dalam perkahwinan mereka.  

Ezlan masuk ke dalam bilik anak-anaknya. Anak-anaknya mengadu takut untuk tinggal di rumah mak Laila tu.

Ezlan mendekati Pak Darus. Ezlan berasa pelik dengan rumah Laila. Ezlan meminta Pak Darus berterus terang apa yang dah berlaku. Pak Darus menyuruh Ezlan berfikir dan kembali ke jalan Allah.

Hadi pergi ke pejabatnya untuk mengambil semua haknya. Hadi menyelongkar pejabat yang telah diambil Laila. Hadi terjumpa patung dalam kotak. Sarah nasihatkan Hadi supaya tidak berjumpa dengan Laila lagi. 

Maryam menghantar message pada Pian. Pian malas nak melayannya. Dia pelik kini Maryam pula yang sibuk dengan rumahtangga orang lain. 

Pian dah mula sukakan Rai tapi Rai masih belum ada hati lagi untuk Pian. Pian terlalu muda untuknya.

Bersambung...

Post a Comment

9 Comments

  1. berpusing pusing cerita ni.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. Makin menjai-jadi ye si Laila ini..

    ReplyDelete
  3. wah detail betul fiza tulis terasa macam tengok episod ni sendiri plak

    ReplyDelete
  4. Geram dan sakit ati tonton drama ni kelmarin. nantilah simpan dulu rasa tu, ada masa nak tonton sepenuhnya.

    ReplyDelete
  5. Pian sudah ada perasaan pada Rai.
    Laila boleh pula marah Hadi tidak jemput ke majlis kahwin.

    ReplyDelete
  6. punya taksub smpi ada bilik pemujaan sendiri eee

    ReplyDelete
  7. macam ni nice..one by one plot dia fiza cerita..kalo tak tengok pun takpe, bole baca sini aje..👍

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.