Kulacakes Cafe Hipster. Nikmati Mango Cheese Cake yang Sedap!

Thursday, February 25, 2016


Kalau dah sampai di Kuantan tu, tempat wajib korang singgah adalah Kulacakes Cafe. Salah satu Cafe Hipster yang menyediakan Mango Cheese Cake yang sedap ya amat. Bukan tu je sedap, semuanya menu yang ada pun sedap buat korang rasa nak order semua. Fiza tahu tempat ni pun sebab tengok ramai sangat yang dok share kat facebook. Dah alang alang ada kat Kuantan, rugilah kalau tak singgah.

Hari terakhir percutian, baru kamiorang datang sini. Untuk pergi ke sini macam biasa guna waze je. Susah jugak nak mencari, ada jugaklah terlepas pandang tempat ni. Nak cari parking pun susah. Cafe ni betul betul hujung deretan kedai.


Untuk order, korang kena order kat dalam. Pilih dan bayar kat sini.

Lepas order dah siap, bolehlah bawak dan makan kat luar kat sebelah tempat order tadi. Boleh jugak kalau nak makan kat dalam. Tapi saja  je nak rasa suasana hipster kat luar ni ha. Barulah nampak trademark Kulacakes.

Fiza order Mango cheese cake dan air kopi

Husband pilih pavlova dan Pandan Cooler. Sedap giler kot! Tempat lain tak pernah jumpa lagi air pandan cooler ni. Ini antara menu wajib cuba.

Benda sedap kena makan sikit sikit. Sayang nak habiskan.

Kamiorang makan kat sini kejap je sebab dah mula hujan rintik rintik. Tak dapat nak lepak santai lama lama. Lagipun dah nak balik dah kan. 

Nampak macam kosong dan terbiar je kan.

Tapi Fiza suka suasana macam ni. Nampak menarik dan natural.


Sempat jugak ambil gambar kat sini tandanya dah sampai sini. Walaupun hujan rintik dah. nak jugak tu. Hehe.. Terima kasih Culacakes team sediakan makanan yang sedap dan view yang cantik ni. Puas hati dapat sampai sini dan dapat merasa menu menu sedap.

Kula Cakes  

Address: A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Phone:+60 17-971 1396
Operation Hours : 1–9PM
Closed on Monday

7 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.