Kalau ada yang perasan last week Fiza bercuti sambil berbulan madu kononnya. Cuti 3 hari dari rabu sampai jumaat di Kuantan. Sambung pulak bercuti di rumah sampai semalam merehatkan diri. Sesekali lama bercuti apa salahnya kan. Bukan selalu Fiza bercuti pun. Maaf ye pada yang tunggu design siap tu, hari ni Fiza sambung kerja balik.
Okay, berbalik kepada tajuk. Fiza bertolak dari rumah pagi rabu dan sampai di Kuantan lebih kurang waktu lunch. Memang kena pada masanya. Perut pun dah lapar. Sebelum check in hotel, cari makan dulu. Sebelum bercuti memang dah senaraikan tempat tempat yang wajib pergi. So takdelah buang masa nak tercari cari lagi kan.
Sesampai di Kuantan, terus cari Warong Paksu & Maksu yang rata rata Fiza tengok popular di carian google. Nak pergi ke warong tu, Fiza guna waze senang. Dari jauh korang akan nampak signboard ni.
Sampai sana, tengok banyak sangat menu sampai blur tak tahu nak makan apa. Ada nasi campur, nasi dagang, laksam,segala kuih muih, sata, otak otak, udang celup tepung, bebola sotong celup tepung, keropok lekor dan macam macam lagilah. Rasa nak makan semua!
Memandangkan masa tu waktu lunch haruslah Fiza makan nasi campur. Ambil lauk ayam, ulam dan sambal belacan. Sambal belacan dia sedap giler kot! Husband pulak ambil nasi dagang. Menu tambahan ambil udang celup tepung dan bebola sotong celup tepung. Disebabkan lapar dan ramai orang, makanya takde lah nak ambil gambar menu pun. Sampai habis makan pun masih ramai orang. So lupakan hasrat untuk ambil gambar menu. Alhamdulillah makanan semuanya sedap! Habis licin pinggan. ^__^
Pinjam gambar broframestone je la nampaknya.
Boleh terjah blog broframestone. Dia pun datang Warong Paksu & Maksu semata mata nak makan Sotong celup tepung tu ha. Dasyat betul. Memang rasa puas hati dapat makan makanan sedap macam tu. Harga pun berpatutan jugaklah.
Esoknya Fiza datang sekali lagi makan lunch, keadaan yang sama jugak ramai orang. Tak dapat lagi nak ambil gambar buat review. Ambil gambar dari jauh pun jadilah kan. Kat sini memang selalu sentiasa ramai orang. Korang boleh parking tepi jalan atau di tempat parking yang disediakan.
Kalau korang singgah ke Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang singgah ke Warong Paksu & Maksu ni. Confirm korang tak kan menyesal datang malah esok nak datang lagi. Wahhh kemain lagi kan. Kalau dekat, seminggu sekali Fiza datang tapi ni jauh kot! Jadi, dapat merasa dua kali makan kat sini dah kira okaylah.
Lepas makan, terus check in hotel. Hotel mana??? Tunggu entri lepas ni okay.
betul.. banyak menu yang ada kat warung tu. Rambang mata bila tengok makanan yang ada.
ReplyDeletePsstt.. Blog Broframestone pun refer kat blog akak sebenarnya untuk ke sini..hihihi
mcm pernah pi je kedai tu ....dulu rajin jugak kot pi mkn area tg lumpur...skrg ni je dah jrg nk turun kuantan ... sejak tok gajah x berapa nak gajah ni
ReplyDeletemeriah betul makanan kat situ
ReplyDeletemmg puas hati kan makan kat Moksu.. kak Alycia masa ke Kuantan tahun lepas pun mkn kat sini jgk..
ReplyDeleteaida pernah skali ke sini.
ReplyDeletetime tu holiday di gambang resort.
jenjalan beli kepok lekor.
pastu makan tepi sungai kuantan tu.