Fara Fauzana Buat Keputusan Berhenti dari Hot FM. Kenapakah?

Monday, February 15, 2016

Pengumuman dari Seelan Paul dalam Hot FM AM Crew pagi tadi bahawa Fara Fauzana bakal berhenti menjadi penyampai radio @ DJ Hot FM bermula 26 Februari 2016. Pengumuman yang di sahkan sendiri oleh Fara Fauzana a.k.a Fafau. Makanya tiada lagi kedengaran suara Fafau keudara di radio.


Kenapa Fara Fauzana buat keputusan berhenti dari Hot FM? Katanya ingin berehat. Ada juga yang kata sebab Fafau nak kahwin. Pandai pandai je korang ni. Tapi kalau betul, bagus untuk Fafau. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Seperti mengikut jejak Faizal Ismail. Ada sebab kenapa kekadang kta perlu bertukar suasana kerja dan membuat sesuatu yang baru. Walaupun ramai yang sedih dengan keputusan Fafau. Ye lah tanpa Fafau, tak ceria kot. Mungkin lepas ni akan berkurang pendengar setia Hot FM sebab Fafau takde. Ke? Bukan sebab itu je. AG, Ikhwan, Liza juga akan bakal mengundurkan diri dari Hot FM dan akan keudara di sebuah stesen radio lain tetapi masih dalam rangkaian radio Media Prima juga tidak lama lagi. Tinggallah Fizie, deen, Tun Nadia, Haziq dan yang lain. Suramlah Hot FM lepas ni kan?

sumber dari murai.com



10 comments

  1. mungkin dia ada dapat peluang lagi baik kot? tak pun bukak bisnes sendiri

    ReplyDelete
  2. jatuhla rating hotfm lps ni..pasti ramai merindui gelak ketawa dia

    ReplyDelete
  3. beri laluan pada yang baharu dan segar

    ReplyDelete
  4. hurmmm..lama dh xdengar hotfm..skang dh beralih arah ke erafm plak..siyesss..sejak fbi xde mcm xbest je..

    ReplyDelete
  5. dia nak kawen dah la tu..lepas tu buka bisnes sendiri..(agak je..)

    ReplyDelete
  6. xsyok la radio HOT FM mungkin dia nak gantikan org lain la tu

    ReplyDelete
  7. memang sedih tapi tulah realiti hidup. kena tempuhi..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.