Cantik Jagung Warna Warni. Sayang Nak Makan.

Saturday, February 20, 2016

Tak pernah tengok jagung bewarna lain selain warna kuning tu. Untuk pertama kali tengok gambar jagung berwarna lain agak jakun sikit. Kalau wujud di Malaysia memang nak tanam atau beli. Nak makan macam sayang pulak. Cantik tengok jagung yang bewarna warni ni yang diberi nama Rainbow Glass Gem Corn.

Bila close up nampak macam berkaca seperti batu permata sebab tu namanya rainbow glass germ corn.

Selain bewarna warni, ada jugak jagung hitam yang dipanggil Black Sweet Corn. Jagung hitam manis ni. Takut pulak nak makan.


Warna hitam sekata nampak cantik kan jagung manis hitam walaupun hitam. Hitam kan menawan!


Yang ni pulak namanya Double Red Sweet Corn. Warna merah yang menarik dan cantik. Kategori jagung manis juga ni.

 'Wampum' Indian Corn juga macam warna kemerahan tapi bercampur dengan warna lain seperti orange dan hitam.

Strawberry Corn pulak comel je bentuknya. Tak macam bentuk jadung yang biasa panjang. Bentuk dia macam strawberry sebab tu dipanggil strawberry corn. Confused pulak kan.. Jagung ke strawberry???

Kalau jenis jenis jagung ni ada di Malaysia mesti ramai yang mencuba rasa atau tanam termasuk Fiza. Sebab ianya sangat unik dan cantik! 

9 comments

  1. Haii ! Selamat pagi .
    Jom join segment pertama pencarian bloglist March by theathra.blogspot.my :) .http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html

    ReplyDelete
  2. nmpak mcm batu permata pn ada.. x smapi hati nk makan.. :')

    ReplyDelete
  3. sayangnya nak makan..suka tgok yg hitam tu ha...menarik...

    ReplyDelete
  4. pelik semacam warnanya. taknak la makan hehe [-(

    ReplyDelete
  5. yg kaler itam tu gerun pulak nk mkn..
    scary.. haha

    ReplyDelete
  6. bila ecah tengok jagung ni teringat dekat experiment bio. T_T haha kena kira berapa banyak warna dark purple and yellow. huhuh

    ReplyDelete
  7. Haih..kalau saya, mmg x konfiden la nk makan jagung kaler2 mcm ni selain dri kaler kuning macam besa..hat hitam tu scaryyy..

    ReplyDelete
  8. iisshh.. baru thu ada macam-macam warna..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.