Menjamu Selera Makan Malam di Ana Ikan Bakar Petai  

Wednesday, February 24, 2016

Orang kata rugi kalau datang Kuantan tak singgah menjamu selera di Ana Ikan Bakar Petai ni. Haruslah kamiorang singgah jugak untuk makan malam kat sini. Di kuantan ni terdapat 2 cawangan restaurant Ana Ikan Bakar Petai dan kedua dua tempat ni dekat je. Fiza singgah cawangan pertama yang besar sikit.

Siap disediakan ruang parking, ruang bermain, gazebo, surau dan lain lain lagi. Ini view belakang restaurant. Masa Fiza sampai sini kawasan ni tak bukak lagi. So duduk kat restaurant utama di bahagian depan.

Kalau dah sampai sini mestilah nak rasa ikan bakar petai tu lah kan. Nasiblah Fiza ni makan petai. Boleh jugak merasa. Tapi kalau korang jenis tak makan petai boleh je request tak nak petai. Husband pilih ikan siakap untuk dibakar. Selain menu ikan bakar, kamiorang tambah sata dan juga lauk sayur kailan ikan masin.

Rupa ikan bakar lebih kurang macam ni. Fiza tak amek gambar sebab lapar sangat kot. Takde mood sudah nak ambil gambar. Fikir lapar dan lapar je. Hehe.. So far ikan bakar dia memang sedap, petai pun tak berapa banyak. Okaylah kan rasa petai sikit sikit. Kamiorang tak habis makan. Sudahnya bungkus dan ratah je ikan tu.

Order jugak aiskrim kelapa yang katanya special kat sini. Since Fiza terdelete gambar tu, cari internet takde pulak. So tak dapat lah nak tunjuk kat sini. Rugi pulak takdemood nak snap gambar. Tapi memang sedap..Kenyang sampai tak larat nak makan.

Blogger Ena pun dah merasa makan kat sini, korang boleh baca entri yang Ena tulis lebih details. Makan ramai ramai dengan family/kengkawan sangat berbaloi dan puas hati sedap!


Restaurant Ana Ikan Bakar Petai
Jalan Tanjung Lumpur, Pahang, Malaysia
Phone:+60 13-904 1229

Kalau tak dapat makan kat Kuantan, kat Bangi pun ado
Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

10 comments

  1. shaz pon baru je merata ikan bakar..hehe...sekali sekala kan fizah

    ReplyDelete
  2. Dgn Bangi, Selangor pun ada. Dan mmg sentiasa fulllll! Dan kdg-2 tu lebih baik reserve dulu, dripada pergi ikut nasib dpt ke tidak. Sbb mmg sentiasa ramai. Huhuhu. Dan mmg lagi best kalau pergi situ, ajak kwn or family reramai! ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..sebab tu tak pernah pergi kat Bangi..tengok asyik FULL je.

      Delete
  3. Mekja pun dah pernah merasa mkn dekat Ana Ikan Bakar Petai ni. Dkt Bangi, heheh. Mmg kenyang sgt sis :) Duduk Pahang tp pergi mkn dkt cawangan Bangi. kehkeh. Tak aci betol :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun boleh macam tu..asal dapat merasa jugak kan tak kisah mana mana pun :)

      Delete
  4. kalau namanya ikan bakar kat tanjung lumpur, memang popular la...
    sedap kot

    ReplyDelete
  5. Kak Alycia masa ke Kuantan tak makan kat Ana Ikan Bakar sebab kat Bangi dah ada. Ada member FB suggest makan ketam telor masin di Marina Seafood. Memang terbaikk...

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi ke situ ... wlupun ramai review sedap selalu kat kat tg sepat tu ..byk medan selera

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.